Waktu: tak tahu sebab tiba lewat-3 pagi
Tema: hitam, merah
Ahli: Nenah, Viviana, Cabell, Megat,yuyu, ekal, aku, Incik dd, kak haidar, tamrin, fahmy, maslin, black,hetty, kak megat dan abg ipar megat
Penganjur: Cabel dan Megat
Lokasi: Astaria, Ampang
Menu: Nasi lemak kg baru, Roti jala spesial cabel, sate, dimsum karipap er?, kek batik, cocktail, pau, sandwiches,barbican
Nota: Parti ZOmbie bertukar kepada rock setan, kerana seperti tiada zombie yang kelihatan melainkan jin-jin yang memang notti.

Jaket berjaya didapatkan, studded dan leopard print,legging berjaya, headband juga wajib, aksesori pas, tapi boot agak lari tema coraknya..Aku tak tahu kenapa aku memilih ankle boot ini kerana banyak lagi yang lebih sesuai.. Tiada jawapan.. hak.
Parti ayam2 sekalian untuk yuyu dan ekal buat kali terakher sebelum mereka dengan selamatnya bergelar suami isteri pada minggu hadapan...dan aku telah pun mendapat cuti..Yay!!!!
Parti ayam bujang lah konon ni bertemakan rock zombie anjuran pengantin paling latest dalam senarai terkini iaitu Shahila@cabel & Megat. Ternyata, jika nak diikutkan tak perlu hairan kerana yang menganjur itu adalah megat. Kami semua tahu beliau adalah artistik, idealistik, bombastik, sarkastik..hahaha...kami semua pelajar seni. Maka mungkin agak tahu bagaimana mahu berekspresi dengan lebih melampau...oops...haha
Aku tiba agak lewat kerana menunggu suami pulang dari peperiksaan..Ouh nenah dan viviana turut bersama kami. Diva tiba lewat, jadi kami agak ketakutan jika semua orang marah...hahaha...
Makanan yang disajikan memang agak lazat. Dan kejadian yang berlaku seperti biasa agak tidak terkawal kerana jumlah kali ini bertambah dan kami semua melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur.
Yang seronok juga viviana boleh mengrequest best dress dari penganjur, dan tup2..aku dan suami yang berentap hasil undian ahli-ahli yang budiman..haha
Permainan kali ini juga agak lain dan seronok, kerana diadaptasi dari rancangan spontan. Memang pecah perut mereka gelak.. Aduhai, dan mini jamming dari megat dan ekal juga ada. Siap megat main organ okeh. Kami suka....

**Kata cabel crown telah digantikan dengan tanduk jin dan tongkatnya sekali..huhu...kami pasrah saja...ikut penganjur



Ada macam-macam perasa..lazatt



**Sangat seronok dan yuyu telah kembali ke alam nyata iaitu kembali sibuk dengan persiapan akhir untuk majlisnya pada minggu hadapan. Insyallah, aku akan membantu beliau membuat hiasan meja beradap, meja vip dan bunga tangan. Nerbes ok...
Selamat pengantin baru juga buat Niki..
Foto kredit untuk Fahmy, Aku dan Nenah.