Selasa, 9 Jun 2009

Aku wanita besi

Ya..itulah perkataan yang agak bertepatan denganku pada waktu kini. Kerana aku mulai biasa dah.

Jadual seminggu ini sangat padat..Semalam (isnin)..berjumpa dengan penggubah bunga
pada majlis nanti iaitu Uncle Muszku dari Flora etc...sambil mengintai isterinya Aunty Mida menyiapkan bunga Pahar yang sangat tradisional dan kaya dengan bunga-bungaan untuk ku..Aku lihat seimbas pun dah telan air liur..Aduh...Terimas sangat-sangat Aunty..jerit perih kalian sangat saya hargai. Kemudian terus bergegas ke Hartamas untuk sesi sedikit perbincangan dengan Chef Zainal Tg. Puteri .. Beliau ini juga sangat lah baik hati kerana insan yang turut menaja (ayat ini macam tak sesuai je--aku bukan artis k) mini pelamin dan kek di malam nikah dan resepsi...Ahak...Chef Zainal ini memang agak dikenali kerana multi bakatnya. Kostum teater P.Ramlee, majlis rakan-rakan artis (baru-baru ini Yatt), dan anda semua harus ke teratak hebatnya di Hartamas. Sekali datang memang akan terpesona dengan keihkhlasan beliau dalam memartabatkan dunia seni klasik---sila rujuk entry ini---
Bila berbincang, sungguh banyak idea-idea yang bernas...aku yang konon banyak idea(sambil datang bawak contoh-contoh) pun agak tekebelakang..hik

Dan Hari ini sangatlah menduga segala mala kesabaran.. Aku harus ambil baju resepsi dari Sitti--empunya Rumah Kebaya ... diwaktu juga kakakku dimasukkan ke hospital..Aduh..memang agak kelam aku. Sedih kerana...di waktu aku akan menuju kegembiraan..Kakak aku merana kerana terpaksa dibedah hari ini juga..Hancur luluh aku bila mengetahuinya.. Dengan kesesakan dan salah jalan ke sana sini..aku memang sangat lah tak boleh tahan..mengejarkan kakak aku yang menderita di hospital.. Aku harus ada di sampingnya...Mak berada di Melaka, Abah di Negeri 9 ...Tapi sesampainya aku di Ampang Puteri .. (dari Kl-Shah Alam-Kl semula) kecewanya aku bila tengok katilnya kosong dan dia telah pun dibawa ke bilik pembedahan. Aduhh!! serba salahnya tak dapat dibendung. Aku tunggu di ruangan menunggu berseorangan. Jururawat bilang pembedahan akan mengambil masa sekitar 2 jam. Oleh kerana aku ada temujanji dengan orang tentang hal kahwin ni, aku bergegas ke sana ..nasib di Ampang jua... dan kemudian mengisi perut yang tidak diisi sejak pagi dengan incik dd yang hadir menemani...Tup-tup sampai di bilik pembedahan...jururawat kata..pembedahan kakak aku telah selesai..dan beliau telah pun dibawa ke biliknye...Adus!! sekali lagi...aku macam orang hilang arah dah...kesana-sini...sudahnya..kakak aku mesti ingat dia sorang-sorang tanpa ada sesiapa yang menunggunye...'Anil ada lah sebenarnya'...

Sesampai di bilik beliau ditempatkan...dia dapat buka mata..dan aku berbual dengannya walaupun suaranya perlahan... Kemudian beransur-ansur adiknya dan rakannya hadir memeriahkan suasana... Kemudian aku harus beredar kerana harus kerja...walaupun sudah minta izin datang lewat......uuu....

Entahlah...sedangkan kakak aku ini akan jadi tunjang pada majlis perkahwinan aku nanti..Sedikit sebanyak, aku dan mak harus mengambil alih dan menyiapkan apa yang tidak siap di tangannya..Tak mengapalah..yang penting dia dapat berehat dan segera pulih... Ouh...tak kena lagi ke tajuk diatas dengan aku sekarang ni........

17 ulasan:

Nariko berkata...

oh.. semoga kakakmu cepat sembuh

apa je lagi yg tak siap anil? lg seminggu lebih je.. jgn lupa sampul untuk tok kadi and co ye.. igtkan bakal suami untuk siapkan

fana berkata...

hopefully kakak anil chat di majlis nnt.. chayok anil..

sweet cravings berkata...

anil, semoga kakak kamu cepat sembuh juga! kamu memang wanita besi- jelas sudah.. :)

hidden.wing berkata...

semoga ur sis segera sembuh anil, be strong & take care :)

goblogbyfarah berkata...

hope kakak awk cepat sembuh dan boleh sama2 meraikan hari besar tu nanti :)

dhila berkata...

anil..gigih sungguh kamu ye. kesana kemari..mcm2 dugaan. ekceli if u dun mind kakak awk sakit pe? smoga kakak awk cepat sembuh...

[ Hanie ] berkata...

byk sungguh dugaan bakal pengantin ni yer. Smoga terus cekal, dan dipemudahkan semuanya. Mungkin ade hikmah disebaliknya kan? Doa bersama kamu

AmyMizzunderstood berkata...

yup!!kamu mmg wanita besi!orang kata ni la dugaan b4 kahwin kan kan?sabar la anil..be strong!
after this sila la berehat..

wardah berkata...

be strong ok anil..kami tau awk mmg spt tajuk di atas..tanpa ragu lagi..semoga kakak anil cpt sembuh..yg penting anil kene cukup rehat..dh nk dekat sgt ni dear..take care

nasya naim berkata...

::sabar yer anill..dugaan..tp akn jd satu kenangan terindah tau..::

Ummi Alisya berkata...

biaselah tuh anil...memang dugaan nak kawin nih hebat2! akak dulu pun lagik seminggu majlisnya, ade jugak masaelah yg x diduga datang... kene tabah yer. sok dlm rumahtgga juga akan diuji... ade beby pun akan diuji. lumrah hidup.. sabor ajer lah...

achmal berkata...

byk betul dugaan kamu akhir2 ni anil sayam.

bersabarlah ade hikmahnye disebalik dugaan2 tuh.
harap kamu bertabah. jangan putus asa. istana bahagia kamu sedang menanti.
semuga kakak kamu cepat sembuh anil
cheer up sis!

Putri Ramlan berkata...

ngeheh! semakin hari semakin excited. weds kamu pasti grand! :D

white lilies berkata...

sorry to hear abt ur sister...hope she will get well soon..

nak tanya, rumah kebaya yg u pgi tu, kedai dia kat mana? baju2 dia ok tak?

KAK RAINBOW berkata...

anil bersabar ye dgn dugaan nie.

Reena berkata...

semoga segalanya selamat dan kakak anil sihat menjelang wedding anil nnt. :)

Mila berkata...

mungkin dugaan ini menggantikan musibah yang akan berlaku di majlis kau...Wallahu'alam...

Tinggi hikmah orang yang sabar nih...

moga dipermudahkan urusanmu