Lack of updates. Ya sure. blog aku, mestilah begitu. Hehe..ada beberapa ingin dikongsi tapi ah! kemudian mungkin.
Petang ini Aku, Diah dan Amy akan mengadakan mesyuarat kecil2an berkenaan
Gathering Bazaar kita
(sila rujuk blog diah) nanti di Mid Valley.
Apakah yang akan dibincangkan, mungkin berkenaan lokasi, tarikh, penyertaan, program, sumber makanan dan minuman, tempoh, TEMA mungkin..hehehe dll.
Berkenaan bayaran mungkin juga akan diputuskan, kerana, anda semua sedia maklum, tiada perkara dan benda yang percuma di dunia fana ini. Maka, lokasi kalau boleh yang percuma lah kan, supaya kita semua dapat bergembira semaksima mungkin. Tetapi jika Taman Tasik tiada bumbung, kalau hujan bagaimanakah?
perkara2 sebegini lah yang akan kami bincangkan sedalam2nya.
Kemudian, kami faham tentang komitmen masing2 dimana anda semua ada yang sibuk pada bulan 3, begitu juga bulan 4. Sebolehnya, kami mahu semua dikalangan kita dapat hadir dan tiada komitmen pada hari tersebut, tapi sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang , tuhan yang akan menentukan takdir tersebut.
Maka, apa yang cuba kusampaikan adalah, kami tidaklah dapat memuaskan permintaan seorang demi seorang. Cuma kami harap tarikh yang dipilih nanti akan dapat dihadiri oleh anda sekelian ya.
Tentang perisian program pula, kami akan cuba isikan dengan aktiviti yang sangat menarik malah gembira. Dan harap-harap kita semua dapat manfaat daripadanya.
Yang penting aku teruja, kamu juga teruja kan. Doakan
meeting kami petang nanti bertemu kata sepakat yang akan membawa keterujaan dan keputusan yang sehabis baik...Yay!!!!
Nantikan hasilnya ya!