Hari raya kedua agak mencabar kerana aku dan suami akan pulang ke Negeri Sembilan pula..Rembau pojaan hati.. Namun begitu, pagi-pagi bangun harus pusing ke rumah bapa saudara suami dulu.. Tengah hari menjelma je...lantas...aku pun dah panas bontot..Antara Perak dan Negeri Sembilan bukan sedekat Sogo dan Mydin..
Bertolak dari Perak, suami bawa kereta macam nak terbang.. Setibanya di Senawang, jammed pula.. Apalagi..haruslah lorong kecemasan sehinggalah tol Simpang Ampat.. Sah memang dah tertinggal rombongan.. Setibanya di Rembau, keluarga dan saudara maraku baru saja keluar dari rumah Long Sipah ataupun senang kata rumah Amy ataupun juga...hehehe...orang kenal dia sebagai Phia.. Dia adalah saudara saya, dulu berjiran di kampung moyang iaitu di Kota, dari kecil sehingga usia belasan tahun.. Walaupun kecik comel lote..dia berpangkat mak saudara..jadi dengan rasminya dia makcik amy kepada aku...Amy jangan marah naa...

Dia kata..'jangan masuk blog k'
tapi aku mahu...hahaha
Cuba catch up kembali rombongan, lantas destinasi ke Port Dickson pula. Rumah Mak Teh iaitu sepupu abah.. Sebenarnya setiap tahun, jadual raya adalah tetap..dan aku tak mahu ketinggalan jadual hari raya kedua walaupun kini sudah berbahagi raya.
Salah satu aktviti mereka adalah.........
Salah satu aktviti mereka adalah.........

Setibanya di kampung tercinta..Kota, Rembau..Ini rumah moyang aku..belah abah..Destinasi wajib...Walaupun aku tak sempat ketemu atuk, nenek sejak lahir namun, kami seluruh warga rumah ini...(semua adik beradik abah) tidak pernah mengabaikan rumah pusaka ini.. Ikutkan atuk dan nenek berpindah randah sebab atuk polis. Abah dibesarkan moyang (aku sempat ketemu moyang hingga aku darjah 4), dan rumah ini juga tempat adik beradik abah dibesarkan. Maka sangat tidak relevan kalau rumah ini ditinggalkan. Mana lagi generasi kita nak balik kampung bila tiba raya jika kita tidak pelihara rumah pusaka walaupun orang tua dah tiada.. Kami tak nak anak cucu nanti beraya di bandar hanya kerana tiada kampung lagi. Sedih..


Suami memang teruja nak balik Kota ni..aku sibuk cerita ada sungai di belakang rumah, ada kambing, lembu, kerbau di sepanjang dan celah-celah jalan.

Ha...acara yang dinantikan sejak siang hari lagi oleh segenap makhluk di rumah ni...
PERANG MERCUN!
Mercun papan.....Lihat ini.......

Wahahahahaha..dimanakah mereka..cuba teka....hahahaha...
Kena ada telinga yang tebal macam goblin bila berada di celah letupan itu seperti merekaa.....
Sesi kemuncak...pembakaran thunder clap 10 batang serentak..memang gilakk..

Jika dilihat, seperti aku mengenggam thunder clap tu...hahaha...
Balik semula ke Melaka pada malam itu juga....
Raya ketiga...


Habis sudah gambar hari raya. Hanya ada di sekitar hingga raya ketiga sahaja. Kerana aku pulang ke KL dan bekerja pada keesokan harinya. Sedangkan mereka sedang begumbira di kampung... Haha....Ketawalah...
Namun begitu, raya keenam iaitu cuti hari minggu , dapat pulang ke tanah air iaitu Kluang. Oleh kerana bateri tiada, maka..tidak dapatlah aku mematri memori di Kluang Rail Coffee yang menjadi agenda wajib setiap kali pulang ke Kluang..
Kesimpulannya, dalam masa 7 hari, 4 buah negeri aku beraya..Huh...tapi jarak tidak membataskan rayaku..
dan gembira kerana pengalaman pertama beraya sebagai isteri dan di tempat baru menjanjikan kelainan.
**dan pertama kali juga akan mahu mengadakan rumah terbuka di kediaman sendiri nanti..UUhhh....