Isnin, 29 Jun 2009

Away...

Aku akan terbang ke Bali pagi ini...

Semoga ketemu bila daku pulang jumaat nanti..

Daaada...

Jumaat, 26 Jun 2009

Unofficial


Majlis Resepsi, Bukit Piatu, Melaka
20.Jun.2009






Kredit untuk Fad Photoplay (Tagged by Syahrin Aziz)



Sepanjang perjalanan (rawak didapati daripada rakan-rakan)























Mereka di belakang tabir

Dari kiri Zam aka Mafia Manggis (video), Fad Photoplay, Syahrin Aziz



Khas buat kami pasangan raja sehari





Kredit untuk Mohd Razali dan Akmal (Applemint)--mereka ada membuat montaj khusus ketika majlis tersebutt...weeee...sangat terharu..Terima Kasih guyss!!--sila rujuk link
Kredit untuk Ben
Kredit untuk Hafifi
Kredit untuk Newan dan Tonet
Kredit untuk rakan-rakan seperti Nadia, Wawa, Fila & Umai, Intan, K.in dan etc kerana sudi memuat turun gambar sekitar majlis resepsi ku.. Jasa baik anda sangat aku hargai...

Gambar-gambar diatas adalah hak milik tercipta oleh mereka-mereka diatas.

DAN ANTARA YANG PALING BERJASA...KREDIT UNTUK TIAR ZAINAL..MUAHHH!!


**Akan berangkat malam ini ke Pasir Salak kompleks bersejarah untuk majlis bertandang...Doakan kami..


Khamis, 25 Jun 2009

Cerita di sebalik

Baru aku mempunyai masa untuk mencoretkan tentang majlis pernikahanku..
Malas untuk melewe-lewe.. Jumaat tempoh hari tepat jam 3, aku memulakan khatam Al-Quran, percaya tak...ini adalah sesi yang paling aku takuti, kalah debaran untuk bernikah..kerana aku tidaklah begitu pandai mengaji..Hampir mahu pengsan aku melakukan latihan bersama Mak Longku yang merupakan ustazah itu. Dan percaya tak no 2.. Janji ingin mengkuarantinkan diri sendiri seminggu sebelum majlis hanyalah omong kosong. hari-hari aku keluar untuk mencari apa sahaja yang tidak cukup. Aku tahu orang lain boleh belikan, tapi tidak cukup membuatkan aku puas hati..Ah! lantaklah...aku mahu beli sendiri..dan beberapa jam sebelum dinikahpun aku keluar dari jam 11 pagi hingga jam 2 menyelesaikan apa yang patut. Masa tu memang rasa seperti mahu pengsan dan mahu khatam Quran lagi..Adoi..cuak tak ingat..Aku takut tersasul-sasul ketika mengaji..
Dan khatam Quran hanya selesai sekitar jam 5. gila....masih banyak perkara yang tidak selesai.. bilik pengantin pun aku tak usik...tengok-tengok..sepupuku Kak dir dah menyiapkan segalanya...Terimas kak..

Kelam kabut aku dibuatnya kerana pada waktu tersebut rakan-rakanku ada yang sudah tiba. Aku tidak mampu melayan mereka kerana aku terlalu sibuk dan kelam.. Dan ah! baju nikahku tidak bergosok lagi...huaaaa.... dan yang memakan masa adalah selendang nikahku yang amat sukar mahu digosok..kecerewetan aku yang tidak mahu sedikit renyuk pun mengundang malapetaka kerana habis aku cabut kesemua mutiara yang ada diatasnya dengan sesi amukan..terkejut mak aku dibuatnya.. dengan bunga tangan yang tidak nampak batang hidung kerana sesi pembatalan pelamin pada hari sebelumnya telah membatalkan banyak perkara..Lalu çhef Zainal yang banyak membantuku pada majlis tempoh hari, bertungkus lumus menyiapkan bunga tangan terdesak ku itu.. Tapi hasilnya cantik...hehe..

Sedar tak sedar, sudah jam 7, sebentar lagi jurumekap sampai..dan nah...tiba-tiba dia mengetuk pintu...hahaha...padan muka..aku belum mandi...Pukul 7 setengah barulah sesi mekap bermula..dan seperti yang diketahui mekap memakan masa hampir 2 jam..Jadi jika dihitung jam 9 setengah lah ia berakhir..Ya..betul rakan-rakan... Ha...bayangkanlah sepatutnya nikah bermula selepas Isyak bukan??

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut..ketika sesi mekap..tiba-tiba blackout!!!! menjerit lah semua orang di dalam rumah tu... Waaaa....aku mahu menangis dikala itu juga..tapi...eh!! bila melihat ada lampu di sekeliling luar rumah..ia jelas menunjukkan yang tiada gangguan bekalan elektrik...OOooo...ini mesti short kt mana-mana ni... Sekejap sahaja..elektrik sudah ada kembali ...syukurlahh..

Kemudian berbalik kepada jam 9 setengah tadi..Pak imam sudah mula bising, pihak lelaki sudah sampai jam 9 tadi..semua hanya menunggu pengantin perempuan yang tidak siap-siap lagi..iaitu aku...
Abah masuk dan bertanya...'mana sijil-sijil asal?' .........apa????!!!!! semestinya aku tak bawaaaa!!!!... lantas abah berkata 'ada yang ak jadi nikah malam ni kang?????'...huwaaaa....aku dah nak pengsan sekali lagi....dan semua menenangkan aku bahawa..tak perlu sijil asal....nehi....cuma perlu kad pengenalan saja..ouh....aku tak sanggup menerima kejutan dan dugaan hebat-hebat ni..

Pak Imam bising lagi..dan aku mula panik kerana rambut tak buat lagi...aku dah menjerit-jerit di bilik...itulah ..inilah....semua yang buka pintu aku jerit suruh tutup...aku dah panas bontot..suara aku dah serak..
Pak imam tak mahu tunggu, lantas redah masuk bilik aku untuk meminta tandatangan aku...Au...!! kepal aku togel ni... terkulat-kulat aku malu...sebelum ni kemain lagi bertudung litup bila jumpa imam tersebut...bila tiba hari nikah..ambik!! terbogel kepala aku...
Keluar saja Pak imam , jurumekap, Salima terus memakaikan ku selendang...huh...cepatlah...siap!!! Lantas terus ke mini pelamin aku yang dah tak macam mini pelamin. Terkedek-kedek aku ke mini pelamin yang hanya disebalik bilik aku..Sambil bersimpuh, semua menjegilkan mata ke arahku mengarahkan ku senyum...Almaklumlah stressed teramat...Apatah lagi bila melihat muka bakal suamiku itu serious yang amat...alahai...macam tak sampai saja nafas ke dada aku ni.

Kemuadian...adoi!! Pap!!!! blackout lagi!!!! Alahai...apakah?????

tak sudah-sudah...lantas tak sampai beberapa minit, ia dihidupkan kembali..Mereka berbisik-bisik..'ada orang sabotaj ke?' ...hak...siapalah pula nak sabotaj majlis ku ni... tak ada maknanya...

Tak lama kemudian..ehem..saat yang dinanti... Lafaz nikah akan dimulakan.. Abah dengan yakinnya mewalikan aku .... dan kemudian disambut bakal suamiku.. tup..tup..semua buat muka pelik????? aku dah berkerut-kerut dahi... Mikrofon yang kuat sudah membuktikan masyarakat sekeliling memang dengar apa yang abah sebut... 'dengan mas kahwinnya Rmxx,xxx,xx tunai...' alooo.... Abah...itu hantaran...hahahahha... Pak Imam menegur abah...kekekeke....aku ketawa kecil...abah...matilah incik dd kalau mas kahwinnya pun dengan harga sebegitu....

Jelas menunjukkan abah pula yang menggelabah...hak..bakal suami steady ja... Kemudian lafaz tersebut tidak dikira...Walaupun bagi orang yang tidak berapa mendengar menganggap..sang bakal suami 2 kali lafaz... tak mengapalah labu...Akhirnya dengan sekali lafaz...aku sah bergelar Puan anil....hik...

Yang kelakarnya...pengantin perempuan biasanya akan menitiskan airmata...tapi aku tak boleh tahan lah...aku tersengih-sengih tanda suka hati lalu tidak mahu dianggap tak malu....aku lantas mengambil bunga tangan dan menutup muka ku...hahahahaha...gila sukaa....dan kena marah dengan mereka-mereka yang berada berhampiran....

Alhamdulillah...akhirnya aku lega bergelar isteri ...pada umur 26 tahun ni...

Selesai upacara pembatalan air sembahyang, sarung cincin, sesi bersalam dengan anggota keluarga...Haa...di kala ini lah airmata ku mengalir...aku sedih kerana waktu aku dinikahkan ibuku tidak kelihatan... apabila bersalaman barulah namapak..Tapi ibu relaks saja...aku yang beria meleleh airmata...Lantas ditarik keluar dari rumah...dann waaa....aku lihat ramai gila orang...dan aku tahu orang kampung memang akan ada di waktu malam pernikahan...

Sesi nyayian ghazal, bunga api dan juga kompang menghiasi atucara majlis pernikahanku pada malam tersebut...Aku bersanding, sesi bergambar bersama saudara mara, potong pulut kuning, kemudian berarak (pelik berarak lewat kerana kompang yang lewat) ....dan sesi bersalaman dengan saudara mara dan orang kampung...itu yang wujud gambar dimana aku meninggalkan jauh suamiku di belakang..hahaha

Sesungguhnya..aku gembira kerana dalam macam-macam peristiwa..segalanya berjalan lancar...dan aku masih menggelarkan majlis pernikahan ku itu adalah malam tragedi...



Keluarga hebatku


**Gambar resepsi akan menyusul kemudian



Selasa, 23 Jun 2009

Pernikahanku












Terima Kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus untuk merealisasikan impian ku dalam mengejar bahagia bersama lelaki tercinta..Segala susah payah selama seminggu di kampung sangatlah tidak terbalas..Juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir memeriahkan majlis...Memang sangat tidak terkawal...haha...

Dan Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada Hanie.... Tahun depan kita sambut Anniversary bersama sama ya...


Semoga bahagia melingkari hidup saya


Isnin, 22 Jun 2009

Alhamdulillah!


**eh baru sdr ku nmpk muncit dlm pic ni...tidak..ku suda turun 5 kg tau..hak..


Selamat Pengantin Baru buat kami...

hik!

Terima kasih kepada yang sudi hadir...

**Myra (sweet cravings)...adakah kamu hadir????? saya dapat hadiahz kamu..tapi saya tidak jumpa kamu?? :(

Isnin, 15 Jun 2009

Terakhir kali

aku akan pulang dalam masa 15 minit...

Harapanku adalah semoga semua berjalan lancar

dan semua tetamu undangan dapat menghadirkan diri..

kad sudah dilayangkan kepada semuanya pada minggu lepas..

Namun, jika sesiapa yang tidak dapat dari si posmen lagi, aku sertakan peta rumah untuk backup k..



Terima kasih kepada kalian semua kerana sokongan dan perhatian yang diberikan sebelum ini..Aku amat menghargainya...Semoga kita berjumpa di 20jun ya


Dada

Selasa, 9 Jun 2009

Aku wanita besi

Ya..itulah perkataan yang agak bertepatan denganku pada waktu kini. Kerana aku mulai biasa dah.

Jadual seminggu ini sangat padat..Semalam (isnin)..berjumpa dengan penggubah bunga
pada majlis nanti iaitu Uncle Muszku dari Flora etc...sambil mengintai isterinya Aunty Mida menyiapkan bunga Pahar yang sangat tradisional dan kaya dengan bunga-bungaan untuk ku..Aku lihat seimbas pun dah telan air liur..Aduh...Terimas sangat-sangat Aunty..jerit perih kalian sangat saya hargai. Kemudian terus bergegas ke Hartamas untuk sesi sedikit perbincangan dengan Chef Zainal Tg. Puteri .. Beliau ini juga sangat lah baik hati kerana insan yang turut menaja (ayat ini macam tak sesuai je--aku bukan artis k) mini pelamin dan kek di malam nikah dan resepsi...Ahak...Chef Zainal ini memang agak dikenali kerana multi bakatnya. Kostum teater P.Ramlee, majlis rakan-rakan artis (baru-baru ini Yatt), dan anda semua harus ke teratak hebatnya di Hartamas. Sekali datang memang akan terpesona dengan keihkhlasan beliau dalam memartabatkan dunia seni klasik---sila rujuk entry ini---
Bila berbincang, sungguh banyak idea-idea yang bernas...aku yang konon banyak idea(sambil datang bawak contoh-contoh) pun agak tekebelakang..hik

Dan Hari ini sangatlah menduga segala mala kesabaran.. Aku harus ambil baju resepsi dari Sitti--empunya Rumah Kebaya ... diwaktu juga kakakku dimasukkan ke hospital..Aduh..memang agak kelam aku. Sedih kerana...di waktu aku akan menuju kegembiraan..Kakak aku merana kerana terpaksa dibedah hari ini juga..Hancur luluh aku bila mengetahuinya.. Dengan kesesakan dan salah jalan ke sana sini..aku memang sangat lah tak boleh tahan..mengejarkan kakak aku yang menderita di hospital.. Aku harus ada di sampingnya...Mak berada di Melaka, Abah di Negeri 9 ...Tapi sesampainya aku di Ampang Puteri .. (dari Kl-Shah Alam-Kl semula) kecewanya aku bila tengok katilnya kosong dan dia telah pun dibawa ke bilik pembedahan. Aduhh!! serba salahnya tak dapat dibendung. Aku tunggu di ruangan menunggu berseorangan. Jururawat bilang pembedahan akan mengambil masa sekitar 2 jam. Oleh kerana aku ada temujanji dengan orang tentang hal kahwin ni, aku bergegas ke sana ..nasib di Ampang jua... dan kemudian mengisi perut yang tidak diisi sejak pagi dengan incik dd yang hadir menemani...Tup-tup sampai di bilik pembedahan...jururawat kata..pembedahan kakak aku telah selesai..dan beliau telah pun dibawa ke biliknye...Adus!! sekali lagi...aku macam orang hilang arah dah...kesana-sini...sudahnya..kakak aku mesti ingat dia sorang-sorang tanpa ada sesiapa yang menunggunye...'Anil ada lah sebenarnya'...

Sesampai di bilik beliau ditempatkan...dia dapat buka mata..dan aku berbual dengannya walaupun suaranya perlahan... Kemudian beransur-ansur adiknya dan rakannya hadir memeriahkan suasana... Kemudian aku harus beredar kerana harus kerja...walaupun sudah minta izin datang lewat......uuu....

Entahlah...sedangkan kakak aku ini akan jadi tunjang pada majlis perkahwinan aku nanti..Sedikit sebanyak, aku dan mak harus mengambil alih dan menyiapkan apa yang tidak siap di tangannya..Tak mengapalah..yang penting dia dapat berehat dan segera pulih... Ouh...tak kena lagi ke tajuk diatas dengan aku sekarang ni........

Ahad, 7 Jun 2009

Tragedi lagi

Aku baru pulang dari kampung dengan harapan untuk menyelesaikan berbagai-bagai perkara.Namun, segala-galanya kerja tuhan, keretaku dilanda kemurungan akibat kesesakan, dan akhirnya menunjukkan protes apabila mematikan enjin beliau sendiri di tengah jalan iaitu di lebuhraya. Nasib baik sudah sampai tol Ayer Keroh..Walaupun bertimpa-timpa hon di belakang, aku masih cuba memujuk beliau, 'hiduplah...hiduplah...plis...plis...' ......'hello....kau baru dibawa ke spa tak sampai seminggu...tukar segala macam..takkan dah tunjuk perangai..'..akhirnya ia mahu hidupkan enjinnya semula...Mak ai..aku dah lambat dah ni...Aku mahu ke kenduri Apis.. huh...dahlah sorang-sorang. Lalu menghubungi abah dan dinasihatkan berhenti di tepi tol itu untuk menunggu penyelamat iaitu sepupuku..Tapi oleh kerana semua pusat rawatan dan spa-spa berdekatan memang tak buka sempena keputeraan agong kita..maka haruslah pasrah..

Ku tinggalkan jua...'haa...baru kau tahu nasib kau'..... hubungi incik dd...dengan baik hati beliau datang ke Melaka, namun hanya tiba sekitar maghrib selepas menyelesaikan beberapa urusan. Dapatlah juga beliau berjumpa imam...ada rahmat datang ke Melaka menolong tunangmu ini...

Tetapi segala perancangan pada hari Sabtu tersebut hanya terbang bagai angin lalu. Tak dapat pergi ke majlis Apis sahabatku, terbatal lah temujanji dengan pembuat kek kahwin dan bridal di Melaka. Uuhh...memang boleh tahan dugaan itu. Setelah di susun semula..temujanji hanya boleh dilakukan pada minggu hadapan (minggu terakhir sebelum diijab kabul) ..gila!!..

Siang tadi, incik dd kata, kena bawa pulang juga kereta, mungkin akan diperiksa di Kl sahaja..aku takut, maka kami bertukar kereta, dan sebelum pulang, aku mahu juga singgah ke rumah Apis, dan dengan kesesatan, akhirnya aku sempat berjumpa beliau yang ingin bertandang ke rumah pengantin lelaki sudah... Tak mengapalah..asalkan aku dapat ketemu pengantin.

**Tak dapat menyertakan gambar kerana tak kuasa memindah.

Ouh ya..30 Mei lalu..aku berkesempatan ke Majlis puan Amy-Wan...hihihihi... Aku memang teruja..Oleh kerana tidak jadi pulang ke Melaka pada minggu tersebut, jadi aku membuat keputusan ke majlis beliau...

Silalah nikmati


Cantik kan Puan Amy..



Reaksi beliau tatkala aku menyatakan chandeliernya comel


Dan juga ini memang lah comell

Selamat berbahagia Puan Amy dan Wan....

Ihik...dan aku semakin kalot....Adoi...


**Puan Amy sgt tinggi.. ;P~

Khamis, 4 Jun 2009

PENGUMUMAN


Kepada rakan-rakan yang masih belum menerima kad jemputan saya lagi..Diharap tidak menyangka saya buat-buat lupa...haha...Tidak..bukan begitu..Saya ingin sekali mengirim pada anda semua..Tapi ada beberapa permasalah yang menghalang saya berbuat demikian.. Insyallah, minggu hadapan saya akan mengirim khusus untuk rakan-rakan sekalian

***Sesiapa yang sudi, silalah tulis alamat ya. Masih sempat berbuat demikian.

Selasa, 2 Jun 2009

Angan-angan


18 hari lagi bakal bertukar status..Namun, buat masa kini, aku tak berapa memikirkan seperti orang lain fikir, berdebar-debar nak jadi isteri orang, teruja, gelabah, fikir bagaimana mahu jadi isteri nanti..dan lain-lain lagi..tidak..aku belum cukup masa untuk itu...jahat kan aku?? ini oleh kerana....bermacam-macam perkara lagi yang belum selesai...aku seperti dah tak pandai senyum lagi.. Seperti semua benda bertimpa-timpa kena buat. Tangan aku ada satu. minta pertolongan saudara pun.. rasanya macam sikit-sikit saja bolehlah..kang pengsan pula mereka... Yang pasti... rasa macam tak cukup masa..dalam satu hari..kena buat macam-macam..kalau tangan ada sepuluh alangkah baiknya..

Dan aku tak tidur di bilik lagi..bahagian yang paling sedih.uhuk...aku tidur di ruang tamu dengan bermacam-macam benda yang aku terpaksa kerjakan..dah macam rumah kongsi indon agaknya..ahaha..nasib baik ada sofa kulit lembut bapaku...terima kasih abah...bila aku ngantuk..aku terus baring dan tertidur dengan tv terbuka..kalau aku terjaga..baru aku tutup...kemudian, aku tersedar seolah2 aku terkejot beruk bila aku sedar dah pagi..memang itulah rutin harian..Baru aku sedar alangkah beruntungnya jika orang ber adik beradik ramai...huh...

Okay..untuk terapi aku pada hari ini untuk mengubat duka lara... Aku mempunyai impian ketika hari nikah nanti, minggu depan akan ambil.. Aku harap itu kali terakhir aku akan pergi ke Dzul De Classique sebelum balik ke Melaka. Rasanya dah muak ke Kajang tu...Kak Ina kata..selagi tak mula majlis itu..ada saja nak dibuatnya..hak..

Dihari nikah..aku akan memakai selendang seperti di bawah ini..dan haruslah ia dari sumber inspirasi kahwinku sepanjang masa--Aliah..






Selendang tersebut daripada chiffon (agaknya lah), Mulanya mak kata jojet, tapi bila aku tunjukkan gambar tersebut di Alinas, mereka berkata itu Chiffon...maka aku ikutlah...Dari awal tahun sebenarnya aku sudah mulakan operasi mencari selendang itu..tapi hampa..memang tak ada. Di Alinas ada satu tapi pendek seperti di bawah ini.



dan ya...aku tak mahu...aku mahu panjang seperti ini..




Credit to Syahrin Aziz dan Fatihin.com

dan ia haruslah bersulam, mungkin letak sedikit manik..dan ouh.. sungguh polos..saya sungguh suka...Mak memang pening kerana selalu menemani aku mencari selendang ajaib itu kesana sini.. Akhirnya..aku buat keputusan harus tempah..kerana tahu tidak akan berjumpa jua..Lantas menghantarnya pada Kak ina dan eh...dia sungguh merasakan apa yang terbaik untuk aku. Pada waktu itu juga dia potong kain dan mengukur kepanjangannya padaku....Mula-mula memang panjang amat...tapi sebab aku pokok renek...maka..dipendekkan di bawah punggung..dan beliau ingin meletakkan bidding mutiara sedikit ..mengikut konsep pakaianku pada hari nikah itu...

Aku memilih selendang jenis begini kerana, baju ku bukan lah chiffon, aku menggunakan lace yang diberi incik dd ketika hantaran tunang dulu. Aku ketepikan soal citarasa, sebab ketika bertunang dahulu dah pakai chiffon, maka apa salahnya memakai kain pemberian beliau. hik.. Harap beliau suka...Oleh kerana lace itu amatlah jarang, dan aku tak pakai lining ok...(tak patut betul)...kerana takut Pak imam lari nanti..maka...selendang yang panjang itu akan menutupi seluruh bahagian atas badanku...Nah..taktik yang agak bernas (konon)...hak..


Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang aku ingini..dan seperti biasa...aku tak suka mengharap yang terlalu indah dan cantik..Takut kecewa kalau tak jadi seperti yang sangat diberangankan itu....Harap aku, semoga ia menyenangkan dan aku boleh nampak molek ketika memakainya (walau dalam hati memang lah inginkan semua yang terbaik)...