ok. Nak tunjuk bahawa sejak 2 bulan ni, aku sedang baca buku ini..Bff hafifi yang bagi baca. Dia kata sangat bagus dan berfaedah untuk saya yang belum mengandung ini. Haa..sayang awak!!!
Tadaaaaa
Buku ni sangat sesuai kepada anda-anda yang masih bujang, merancang untuk berkahwin, sedang bertunang, yang baru berkahwin, yang sudah lama berkahwen atau pun para lelaki yang ingin tambahan ilmu pengetahuan.. Tapi lihat kulit buku macam terlalu advance ya????
ouh tak sebenarnya..cuba anda lihat tajuknya betul2... Ya, ia adalah buku ilmu sebelum mengandung.. Isi kandungan memang terbaik lah... Tak hairan bahawa ia adalah Best Seller untuk pregnancy book.. serata dunia okeh. Maka tak perlulah diperlekehkan atau memandang enteng tentangnya. Sebab ada alasan yang aku dengar...tebal lah , orang putih lah, ah..lambat lagi lah...atau pun malas...Terpulang pada anda...
Kebaikan yang aku dapati daripada ia adalah...
Apa yang perlu kita tahu sebelum kita boleh mengandung.. Selalunya, kita nak kahwin, kita hanya fikir tentang persiapan perkahwinan.. tapi yang ni terfikir tak??
Adakah anda cukup bersedia dan sihat untuk mengandung?
Orang akan selalu kata..Ya..dah bersedia ......tapi adakah anda rasa anda FIZIKAL anda CUKUP BERSEDIA?
yes!!! orang kata lepas kahwin, malam pertama, BOH terus...
tapi cukupkah ilmu anda untuk BOH terus tu??
Aku akui aku adalah termasuk golongan orang kurang ilmu tersebut... Yang kita tahu nak buat anak....bila jadi, ,melekat...YES!!! anda hebat....
tapi tahukah bahawa.. janin itu cukup sihat ke? cukup kuat ke?? semuanya gara-gara sifat malas nak ambil tahu.. bila mengandung...Yay!! berjaya...
bila sudah mengandung baru nak baca buku, nak tahu tentang segala2 yang perlu tentang kandungan....
Namun sebenarnya ia boleh dilakukan sebelum kita mengandung lagi..
APa yang aku dapati daripada buku ini adalah
Bersediakah kita untuk mengandung? Kenapa ia begitu penting?
Sebenarnya, healty pregnancy bermula sebelum perempuan mengandung lagi.. macam tak percaya kan?..Sebelum sperma dan ovum bertemu. Sebelum anda pulang dan beritahu suami khabar gembira tersebut, Sebelum ia mula berkembang hebat di dalam perut..
Kenapa aku berkata begitu? bukan aku ...tapi penulis buku ini... berdasarkan ilmu, buku, kajian sains dan lain2
Healty pregnancy bermula adalah sebelum kita menjangkakan kandungan itu. Maka, sebelum kita menjangkakan ia, haruslah kita bersedia dari pelbagai sudut.
Sudut apa??
Sudut bahawa keadaan fizikal kita dan pasangan cukup bersedia (bukan keinginan ok)..
1. Dari sudut medikal
-saranan doktor contohnya...Mesti anda ingat..."eh..aku bukan sakit pon..jadah nak periksa doktor' ...tapi anda lupa bahawa anda bukan doktor yang boleh menentukan keadaaan fizikal anda luar dan dalam..
-maka jalan terbaik adalah--- PRECONCEPTIONS CHECKUP (SANGAT PENTING WOOO)
dari sinilah anda akan tahu anda boleh dan cukup sihat untuk mengandung, Bukan hanya perempuan saja ok, pasangan pun boleh check.
Check apa?
Check general health.. seperti
-berat badan ideal, medication overview( ada ambil apa2 supplement tak, ubat2tan x?)
-Blood test- Penting, sebab ia akan merungkai segala macam sejarah kesihatan anda.(Mungkin pernah ada hepatitis b ke apa ke?
-Sejarah penyakit daripada keluarga seperti Kencing manis, Darah Tinggi, dll ... Jika ada..harus dapatkan nasihat doktor..kerana ia memungkinkan kita mewarisi penyakit tersebut lantas akan memburukkan keadaan ketika mengandung mungkin.
Kemudian pergi ke Gyneacological health ( PAKAR SAKIT PUAN)
-Yang ini sangat penting WOOOOO. Barulah anda tahu peranakan anda cukup sihat untuk mengandung ke tidak. Ramai wanita tidak menyedari perkara ini.
-Doktor akan memeriksa Ovari, rahim, ada sebarang masalah ke tidak, bagaimana dengan pelvik kita, pundi kencing dan juga period kita..
-ujian Pepsmere
Disarankan kerana ia adalah ujian untuk mengesan sebarang kanser servik, jangkitan apa2 virus dan simptom2 penyakit perempuan yang lain.
dan alhamdulillah..segala yang diatas ini telah selamat dilakukan olehku. tapi hasil ujian Pepsmere, aku tak ambil lagi. Tak takut tapi tiada masa untuk mengetahui keputusannya..heheh
-Imbasan genetik tentang latar belakang kesihatan keluarga kita. Untuk kembar pun kita akan tahu juga.
2. Pemakanan yang sihat
- Tolonglah sesiapa yang gemar Kopi, kafein supaya mengurangkan tabiat itu kerana ia akan membantutkan sistem kesuburan kita.
-Merokok dan Minuman keras juga tidak elok untuk kesuburan
- Terlalu banyak protein dalam pemakanan (aku dah berhenti minum protein shake)
- Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti cereal, sayur2an dan juga buah2, maka..bila kita subur, dapat hasilkan janin yang sihat.
3.Financial prepp perlu...
Siapa kata kewangan tak perlu bersedia???? Bila kita sudah terfikir untuk mengandunglah, kita kena bijak berbelanja..apa yang perlu dikurangan. Memulakan tabungan untuk anak, barang-barang bayi
Bagi yang cerdik, dari sekarang sudah mula membeli kelengakapan bayi agar, ketika sudah ada ia...macam nak terberak nak beli pampers selalu, bertin2 susu..
Sekarang dah boleh beli pampers sikit2, susu, dan peralatan lain... lama2 jadi bukit kan...
Insurans juga perlu..Aku kini seperti mahu ada insuran PRU-lady. Persediaan bila menjadi ibu, jika apa2 berlaku, ada sokongan dari belakang, seperti kejadian luar jangka ke.
4. Persediaan untuk proses membuat bayi
yang ini sangat sulit untuk dicerita... bila masa yang tepat, keadaan yang sesuai dan cara-cara yang sepatutnya
Hahahahaha
Yang penting, diatas semua hanya sebahagian sedikit demi sedikit daripada isi kandungan buku ini. Bagaimana ia membimbing kita untuk bersedia ke arah bahagian penting dalam hidup kita. Bagaimana kita harus memikirkan dari sudut kesihatan. Adakah rahim kita cukup stabil untuk mengandung. Bagaimanakah mahu menghasilkan janin yang berkualiti. Maka, kita sendiri harus kualitikan cara hidup kita. Kerana datangnya janin itu dari kita dan pasangan bukan?? Secara bijaknya, kita sendiri tidak harus mementingkan diri sendiri tanpa perlu menjaga kestabilan dan kesihatan diri kita.
Maka, bukan ilmu ketika mengandung saja yang paling penting tapi sebelum kita mengandung itu sendiri!! Dimana kita dan pasangan cukup adil dan sihat untuk memberi nyawa kepada anak kita untuk menghindarkan perkara yang kita tidak mahu berlaku terhadap anak kita nanti. dan juga rahim kita. Untuk mengelak sebarang permasalahan terhadap kandungan sebelum kita mengandung. Ada baiknya kita sendiri pergi berjumpa dengan Gynea untuk mendapat nasihat dan pemeriksaan sebelum kita BENAR2 BERSEDIA UNTUK MENGANDUNG..
Jika ada yang bercadang untuk bunting pelamin, eloklah anda dan tunang membuat pemeriksaan kesihatan dan kesuburan untuk mengetahuidengan lebih jelas status kesihatan anda. Keadaan rahim anda sebelum anda DIBOHHH.. hehehe
Dan satu lagi yang aku sedari setelah membaca buku ini. Ia membuat aku sedar bahawa tiada salahnya kita mempunyai perancangan dalam kehidupan kita. Kita sendiri sebagai ahli dalam keluarga, mempunyai hak untuk memilih jalan yang selesa demi kebahagian yang kita tuju.
Aku cakap berbelit2? haha..Aku cuma ingin nyatakan disini. Merancang untuk mengandung tiada salahnya. Tidak kiralah anak pertama, kedua, ketiga atau seterusnya. Tiada beza, kerana hanya kita saja yang tahu bagaimana mahu mencorak kehidupan kita. Apa yang kita mahu tanpa perlu mendengar cakap2 orang. Hidup kita setelah berkahwin adalah untuk suami, apa saja keputusan, perbincangan sesama kita..itu yang paling penting. Suami adalah nakhoda keluarga. Hidup hanya untuknya sehingga lah hadirnya si kecil. Maka, tidak salah untuk mengabdikan diri untuknya puas2 sebelum kita betul2 bersedia untuk menjadi ibu pula. Berkahwin adalah untuk hidup bersama suami, sehidup semati dengannya. Itu menjadi matlamat utama sebelum kita memikirkan hadiah untuknya pula. Jadi tak perlu pertikaikan berapa lama masa itu diambil.
TIdak perlu bersikap prejudis atau diktator hanya kerana mereka ingin bercinta sepuas2nya tanpa kehadiran si kecil secepat yang mungkin seperti masyarakat kita selalu adili. Membuat kesimpulan mereka tak puas bersosial, kewangan kurang stabil, mahu berbulan madukah adalah kenyataan kejam yang terlalu subjektif utuk dinilai. Adakah kita terfikir apakah punca2 nya? Kita tak pernah tahu kerana mereka bukan suami atau isteri kita. Mahupun keluarga kita. Hanya kerana cakap makcik2, cakap orang2 tua atau 'banyak orang kata' merancang tak eloklah, apalah untuk anak pertama..kita terus menghukum mereka. Ouh tiada langsung hak kah untuk mereka membina hidup tanpa perlu diadili masyarakat luar??
Kita tidak pernah bertanya kenapa..kerana kandungan buku itu buat aku celik.. Terlalu banyak faktor untuk kita mempertahankan hak itu. Sebab2 positif yang aku dapati daripada buku itu untuk cukup aku fahami.
Biarlah mereka ingin bermanja sebelum memikul tanggungjawab besar
Biarlah mereka bercinta dan mengenali hati budi masing-masing setelah berkahwin
Biarlah mereka cuba untuk menyesuaikan diri dalam alam rumahtangga yang masih baru
Biarlah mereka merencanakan kehidupan yang stabil dan normal seperti yang mereka inginkan.
BERILAH mereka ruang untuk membina kehidupan bahagia mengikut jalan yang mereka inginkan.
Kita sebagai manusia tak perlu meghukum dan bersikap prejudis. Setiap rezeki datang daripada-NYA.
Kerana jika tiba masa itu...kehidupan, kasih sayang ,duniawi hanya untuk dia.. Si kecil yang sangat tidak ternilai itu. Maka, sebelum betul-betul tiba saat itu, nikmati kehidupan anda bersama suami sepuas mana anda mahukan. Tidak perlu mendengar tohmahan masyarakat. Mereka yang konon bijak pandai itu juga yang akan menjatuhkan kita bila mereka ingin menjatuhkan kita. Manusiaaa.
Ingin aku petik kata Hazrizal Abdul Jamil daripada buku "Aku Terima Nikahnya"
Pada bab terakher - 'Dua Sepasang Itu Masih Ada'
"Kerana sibuk dengan rutin seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam. Suami lihat isteri sebagai ibu kepada anak-anaknya. Isteri pula lihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam rumah tangga"
Renungkanlah..... Tidak salah meminjam sedikit masa itu untuk memberi sepenuh kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada suami sebelum ia tumpah kepada anak-anak pula. Rebutlah peluang itu selagi boleh
dan petikan dari entri ini cukup syahdu
***Maaf entri panjang gila dan harap maaf juga jika mengguris perasaan seiapa..daku cuma berharap anda dapat manfaat darinya kerana aku hanya ingin berkongsi dan ia semata kerana niat yang baik :D
34 ulasan:
wow!very good info bebeh..daku berhasrat utk memiliki buku ni gk la.mgkn akan lebih paham tang aturan hidup yg kita sendiri harus tentukan..sharing is caring..
What to Expect mang sgt best lah hehe..now Jiha pon baca tp What to Expect..when you are expecting... semua jawapan ada dlm tu
bagusnya review pasal buku ni, rasa macam nak beli jugak... very informative nampak gayanya.. syabas for recommending it to us anil!
Anil, this is my 'text book' since last year, before kawen!! Becuz of this book, i've stopped taking caffeine...mmg sngt bagus and recommended to all~!! Buku nie is on top of my fav reading list now!! Hehe
hi anil,
im ur silent reader... wonder how much is the book and is it easy to get it in any book shops? tq
-nally-
Waaaa syabas anil.. This is a very informative entry dan buku ini nampaknya sangat bagus. I pun nak beli nanti! Yay thanks for the info :)
nice thought babe!
true, kadang2 kita sukaaaa sgt nak pregnant tanpa fikir dah ready ke belum. memanglah, anak tu rezeki. tapi kalau kita tak betul2 bersedia fizikal dan mental, boleh sedikit sebanyak menganggu marriage. that's my two cent. no offence :D
ohhh anil..terlalu banyak yg tepat dlm fakta yang kamu bagi ni.. dan takde apa yg boleh buat kita tak setuju..
sangat benar...
tak salah nak merancang.. tp org sekeliling kadang mcm tak pernah nak paham..
kadangkala terlintas juga kat hati ni, mcm awal sgt je nak ada anak pulak dah, rasa mcm blum puas hidup berdua.. blum puas manja2..*tp takut nak luahkan secara jelas sbb nanti rasa mcm tak bersyukur*
tp itu rezeki kan namanya...
tetap siapkan diri untuk keadaan baru tu nanti
Kak..
skrg kT da keliru dah..
kT lg sbulan lebih je lg akan melangkah ke alam perkahwinan..
Dan tentang mempunyai anak nie..
mak kT pnah nasihat kat kt supaya merancang dan klo bleh jgn ada bB dulu klo baru kwin..
tapi tunaG plak berpendapat, nnti klo merancang..tkut trus xdpt anak lgsung..
hmm..xtau nk wat ape.. ;(
sangat memberi motivasi untuk qah anil.. :)
nanti qah ceritakan pada rafiqy.. mesti seronok~
thanks anil..
owhh anil dah pergi check up rupanya..patutla anil ckp ada appointment ngan doc ritu yer?heheheh..baru la amy paham...ohh amy pun nk buat la..
::wah anil..ader goor news ka?::
panjang tapi berbaloi-baloi ;)
thanks for sharing, nil! *laju2 nak pergi MPH*
anil.......sgt berguna la info u bg tu.....nnti nak cr la buku ni..sgt berguna utk org cam sy yg nk kawen lg 2bln ni....
nota kaki : nnti nak jempot anil dtg wedding la..kalo sudi..sbb tgk u xcited sgt kalo attend wedding..hehehe :p
ooowh anil dear, sgt berinformasi entry kali ini, thanks for sharing....bagus betul buku itew...hehe
mase anil bgtau suruh dptkan buku ini yg versi advanced punye aritu, mmg tercari2 la hanie ni kat kedai buku, tp tak ingat nama pengarang! gagaa. Thanks for sharing anil.
dgr nasihat2 anil dan pengalaman anil mase jumpe doc aritu adelah sgt membuka mata, selama ni tatau pun kene buat persediaan dalaman dulu sblom pregnant huu.
insyaallah, berkat info anil ni, rezkimu (baby) akan ade nnt. Ke dh ade ni? hehehe :D
great entry anil.saya setuju dgn pendapat anda :)
oleh itu silalah gunakan sepenuhnya masa bersama suami,sementara menunggu rezeki dr Allah dtg nanti.bila Dia tahu kita bersedia,insya Allah,datanglah the little miracle:)
bila sudah mengandung baru nak baca buku, nak tahu tentang segala2 yang perlu tentang kandungan....
uhuksss ayat ni mak terasa sangatt..sentap nox..sentap occay...ahakss
sebenarnya apa yg diperkatakan oleh puan Anil pada entri kali ini banyak benarnya, ..kite pun mula mencari/berusaha mendalami ilmu ibu2 ini setelah sah mengandung...
kite pernah berangan yang buat entri yang berbentuk saranan dan kesederan spt Anil lakukan ini..tapi masalahnya penulisan gue tak secanggih ini..lantaran itu, membuat entri mcm ini sekadar menjadi angan2 sahaja...huhu
tapi mujur Anil ada...
thanks to ths brilliant entry!! braVo kakak!!
pasal kewangan juga,juga perlu dititik beratkan...kena pandai2 berjimat..jgn khuatir, inshallah ada rezeki anak tu...
:)
OH EMM GEEE~
ni blog anil ke? errrkkk~
pasni, agak-agak bff hafifi nak bagi saye pinjam tak :'( kalau tak, weekend ni saye bergegas ke Kinokuniya @ Boarders la :"> hik~
good luck anil! ;D
I totally agree with you. Family planning is very important. It's totally CRAP when "people" say, if u take contraceptive pills before ur 1st pregnancy, u terus tak boleh mengandung, mandullah dsbgnya".
Ini adalah kata2 orang yg jahil tapi berlagak pandai.They hev little knowledge about what they are talking about and simply say so because "other people" have said so before. Tanyalah mana2 gynae or GP, this is untrue. If u couldnt conceive after u took the pills it's not the pills yg sebabkan u tak boleh, but it's ur OWN body system.
Hence, pre natal medical check up is very important and it will open up those shallow minds.Bacalah byk buku and rujuk GP & gynae for more knowledge.
p/s: Yasmin contraceptive pill is the most recommended brand by GP now. It has less side effects. For those yg nak merancang family, take it a month or 2 before ur wedding day so it will build up ur hormone. If dah kahwin baru nak take, chance that u'll get pregnant is high. =)
pjg gile en3 kali nie.tapi sgt berinfo.aku pon punya mslh period yg xtetap.sb tu takut nk kawen!!!
thnxs sgt2.mcm nk dptkan buku tu skrg.
babe, longest entry i guess. sangat byk info. eh babe, first aku tgk cover buku pon, dah rase mcm advance gak. hehe. mekaseh nok rekemenkan buku ni. nak gak aku carik kt mph mlm nih (=
ok dear. As a doctor i really like your views and yes, everything that u said amat lah important to any B2B (and wife already).
BTW -- gals. if any of you or ur tunang had any family member who had thalassemia or any genetic disease -- you may need to get both of you screened b4 u got married. Pasal kalau lepas kahwin you discover that both you had the thalassemia trait -- it'll might be dextrimental to any conception plans --
sorrylah I actually can write a very loooong entry pasal ni - also stuff macam persediaan untuk mengandung -- apa nak buat kalau miscarry --- macammana nak check fertility etc *because ppl always ask me anyway.
and also all B2B -- merancang keluarga is VERY important ok...
Ini mesej free dari Kemeterian Kesihatan Malaysia :D
bila sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, harus juga bersedia untuk menjadi ayah dan ibu...cuma bezanya ada yg diberikan rezeki awal ada yg lambat..ada yg merancang dan ada yg juga tidak
tetapi maaf cakap, terkadang bakal2 pengantin lebih sibuk persiapan kawen dan kurang ambil peduli kesihatan diri - period cycle, rubella, family health history and so on (mgkn juga sbb kita bknlah bljr bhgian kesihatan, doktor, so on)
slps disahkan mengandung juga lebih banyak ilmu harus dipelajari...termasuklah breastfeeding, penjagaan anak, termasuk juga ilmu2 berpantang....etc
nak pi cr buku ni jugak la
blm terlambat lg nak bc nih.hehe.sempat2.kene marathon bc nih.ada some preparation yg kte dah buat pon.insyallah
thanks anil... u have opened up other people's eyes on family planning! thanks so much! :)
i still wanna b honeymooning with the hubster, but i also wanna be preggy... hahah... but i think, i will do the same like you, pg gp before ape2 terjadi.. thanks ya...
sukanye entry ni!! wakil luahan rasa hatiku juge yang sdg merancang untuk masih berdua-duan bersama suami.tapi x larat nk jwb soklan org... i shld get this book ASAP.. thanks anil!!
anil i think i should buy this book ...dan buat pemeriksaan sebenarnya saya masih blur ..
Pru lady amat penting :)
bukan utk bersalin saje...tp pru lady plus plan yang saya mik, saya bakal mendpt bonus sempena perkahwinan saya nanti :)doakan ye
begitu istimewanya pru lady plus plan from prudential( promote sket) tp kebenaraanya memang sudah terbukti.
~bayu--yupe sharing is caring
~jiha--haha..saya mahu beli edisi itu pula..x sabar
~ami--thanks ami..utk ilmu sebelum masanya tiba..at least kita punya masa utk bersedia
~tasya--wow..text book..hehehe...kan..tp i lambat gile nak abes baca.. i pon x amek caffeine dah..
~nally--rm49.90 kalau x silap..of course ada kt mph, times, popular dll..sebab best seller kan..sila dptkan
~tina--sure no probs..sharing is caring again
~farah--saya sgt setuju..pucuk pangkalnya hati sndiri..tepok dada tnye hati n tanya suami juga..hehe
~dayu--haah...tp awak pon ada gap utk bermanja2 ngn suami rite..dan msti dh x sbr dgn baby tu sbb masa hamper dah utk die jengah dunia..
~@re-long--x bolehlah tunang ckp mcm tu..its ok, kalau nak ada baby terus if dah sedia tp kalau sbb merancang , tkot x dpt anak langsong tu..dah jaoh sgt dik..rezeki di tngn tuhan..dia yg menentukan. bukannya kita..dan jgn suka dgr ckp org ok.. berbincang betul2 apa yg terbaek utk rumah tangga anda nanti..
~qah--yes..berbincang itu membawa muafakat
~amy--yupe..hari check up ku adalah hari nikah awak..heehe...
~syanaim--ni msti x baca habes ni.. hahaha
~amy phia--haha..ku spt duta celcom kah?? hak..gi lah mph n gynea juga tau..
~rose--thankx jempot..hehehe..haah..insyalah berguna utk mgnhadapi persediaan anda nnti..
~ms abby--nnti nk dkt kawen bolehlah baca buku itu..
~hanie--amboi..trus serkap je er..haha..tu nmpk x writer dia..beli la yg 'when ur expecting punya' lagi berbaloi2..sesuai utk hanie...yg gebu lg comey ni
~yuni--ringkas tp penuh makna statement anda.. kudos dear
~naddy nad--OMG!!! jgn sentappp syg.. x tuju kt sesiapa pon..itu adalah lumrah masyrkt. i pon begitu kalau x disdrkan oleh my fren..sbb itu i rasa ingin berkongsi supaya minda msyrkt kita berubah...ilmu sebelum waktu tersebut pnitng jua sbnrnya...no offense ye nad...sorry sgt!!
~anisr--ala..ni anil lah...personaliti yg lg satu..hahaha...wey...dia akan kasik pjm tp maslahnya kat aku...haha..nnti ku pulang balik pd hafifi, lantas pjmkan pd mu pula..
~zia--wowww...strong statemtn..saya setuju..mmg sbnrnya own body system itu sndiri..sbb tu sebelom nk jatuh hukum..better check ..so x kan timbul istilah..merancang akan susah nk dpt anak trus..
~fareezan--jgn psl period x ttp takot nak kwen lah awak...hehe..kelaka..but comell
~bet--waa..mg advance ko nok..2,3 months before ko kawen pon ok..ko n tunang gi checkup n baca buku tu..bru ko lbh bersedia. insyallah
~dytia--hahahaha..i suka psl mesej dr kementerian kesihatan tu...thanks ida for the knowledge...
~ms tepung--betol tu.. tp kkdg org ni x sama..bersedia berkahwin x semestinya bersedia jd ibu bapa..kerana peranan itu totally different kan..n ilmu2wan ttg persediaan dalaman mmg kena la seiring dgn persiapan kawen..but as u know..kawen sekali seumor hdup (insyallah) tu yg semua excited tu kot..(saya dulu pon)...hehe
~fathiyah--haha...marathon baca?? sempat?? hehe lain mcm je bunyi..hehe..kidding..haha..
~princess--saya pon disedarkan oleh my fren..thanks to her..yupe2..apa2 pon pg gp dlu..baru kita boleh decide mne yg terbaek kan..
~hanim--its ok..org lama2 akan diam..kita just teruskan kehidupan apa yg kita dan suami lebih mahukan.. silalah beli buku ini..mngkin awak akan lbh clear.
~sha--beli dan faham apa yg awak akan kena check..tp kalau pg jumpa gynea..ckp je nk buat preconceive checkup.. diorg tahu apa yg perlu dilakukan... ;D
~aweennye--hi..saya mmg pengguna prudential sejak berthn tp masa bujang..apelah sgt yg saya fikirkan ttg prulady..tp kini insyallah..akan mahu ambil..
anil : hhahaha no big deal la laling, kite sentap ngada2 je..wakakaka.
jgn risau, bg kite entri awk kali ni ada benarnya..bagus sekali
:)
anil, agree 200%! penat nak dengar org judge mcm2.
and pasti akan beli buku ni! tq for the write up!
Catat Ulasan