Isnin, 7 Jun 2010

RUGI IF TAK BACA



Hahahahahahahahahahahahaha... Kepada yang belum menonton LBS ni..bolehlah baca review tanpa kasihan langsung yang tertera di bawah ini.

sebelum tu nak gelak lagii.....hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha...ok cukup kot...hahaha..ok enoughhh anilll!!!

ok..sebelum tu review di bawah ini bukan tulisan ku okeh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN

see. CAPS. maksudnya aku tengah emosi. maka, filem ini akan direview oleh aku dengantanpa kasihan langsung.

cinema almost full. siap diorang bukak panggung first lagi and itu lah cinema paling besar dalam GSC tu. and aku macam dapat rasa aura semua ada high expectation untuk filem LBS ni. tapi, in the end serius aku rasa frust gila babi. semuanya tak berkesan kat hati aku. semuanya tak seperti yang aku harapkan. mari review para pelakon dulu.

Farid Kamil (Kasyah)

well, macam yang aku cakap sebelum ni. aku memang tak berkenan si FK ni jadi Kasyah.aku cuba cintai watak dia. CUBA ye. CUBAAAAA lihat dia sebagai Kasyah! malangnya, tiada aura Kasyah pun weh. seriusly. ni untuk aku lah. si FK ni tak baca novel dulu ke before lakonkan watak Kasyah tu ha? ke memang dia tak layak langsung jadi Kasyah? bila aura Kasyah dah hilang, apa lagi yang kau nak harapkan dalam filem ni?

Lisa Surihani (Ayu)

beliau menjayakan watak Ayu dengan agak baik. memang sesuai gila lah watak Ayu dengan dia. lemah lembut, ayu. cantik apa semua. MALANGNYA, she was trying soooooooooooooo hard bila part sedih-sedih, marah-marah malangnya 1 pun tak berkesan kat hati aku. kalau ye pun air mata kau tu palsu, kasi real la weh. bengang gila. ni dah la air mata palsu, nangis pun macam buat-buat. nasib beliau lawa. lawa gila!

Que Haidar (Azmi)

watak mamat ni asyik menjerit je ha. hahaha. tapi memang berkesan lah watak Azmi ni. memang pemarah, kaki pukul semua. terbaik lakonan dia. lagipun watak-watak jahat semua tu memang dah biasa beliau lakonkan. so, tiada apa yang luar biasa.

Shikin apaentahnamadia (Ayu-2)----Amelia (anil yg tulis ;p)

beliau ni pelakon baru. sorry to say, lakonan beliau hanya men-spoilkan watak Ayu yang telah diperbaharui wajahnya. macam kaku. macam tak menjiwai watak Ayu yang mencintai Kasyah. dan watak dia masa hilang ingatan tu lagi tak boleh blahhhhhhhhhhhh!

Fazura (Katherina)

dia ni lah watak yang paling lekat dalam otak sebaik saja aku habis tengok movie ni. sebab dia lawa gila hahaha. tapi aku tak pandang fazura sebagai Kate. aku nampak dia sebagai “dia sendiri”. tiada elemen Kate pun yang dia jayakan.

Raja Farah (Suzana)

LOL. minah ni menangis fake gilaaaaaaaaaa! tak banyak yang aku nak huraikan watak dia sebab ada beberapa slot je pun scene dia. tapi watak dia biasa-biasa ja lah.

boring.

mengantuk.

watak semua tak berkesan.

fake.

masa mula-mula cerita, aku macam rasa best sikit part Kasyah letakkan cicak dalam coke,part diorang kenakan cikgu Loga dan Siti. masa tu ja aku rasa best. dan 2 part tu saja yang menunjukkan KESETENAN si Kasyah. hoi! 2 peristiwa saja okayyyyy! jadi apa motif kau buat filem LBS kalau benda2 setan kau buat 2 je? 80% semua plot cinta. mana elemen2 persahabatan antara Kasyah, Sapi, Man dan Cincai? dan aku hampir-hampir lupa Kasyah ada 3 orang kawan dia. plot diorang sama sangat sangat sangat sikit! siapa Sapi, siapa Man, siapa Cincai pun aku tak tahu! dalam movie ni, semua berlakon pakat tak sebut nama.

ada 1 part agak tak logik.

part Ayu bagitau Kasyah yang dia dah terlanjur dengan Azmi. suppose moment itu jadi sedih sebab Ayu memang nak tinggalkan Kasyah sebab Azmi datang balik. TAPI dalam movie tu, lepas je Ayu cakap dia pernah terlanjur blablabla kat Kasyah, terus diorang dating bercinta-cinta, peluk2. doesnt make a sense! ikutkan, masa tu memang Ayu dah tinggalkan Kasyah. surely lah part sedihhhhhhhhh. tapi jadi kelakar pulak.

part muka Ayu terbakar.

sumpah lawak time niiiiiiiiiii! padahal, masa dalam novel nangis2 aku baca part Ayu nak ubah wajah dia. masa ni, muka Ayu memang teruk terbakar dan habis berbalut muka dia. plus dia mcm pakai shawl kat kepala dia. tak tahu apa motif. aku yang tengok muka dia pun punya gelak gilaa T________T. mamat-mamat yang duduk depan aku semua cakap”macam hantu bungkus” hahaa. lawak muka Ayu time tu. dan aku rasa moment tu patut jadi antara moment yang tersedih. malangnya,aku ketawa tengok muka Ayu macam hantu bungkus dah.

plot-plot cerita.

inilah yang paling berbaloi untuk menitiskan air mata berdarah. messy gila jalan cerita dia. kalau kau tengok movie ni, kau akan dapat rasa semua plot ada tiba-tiba.

  • tiba-tiba Kasyah jumpa Ayu terus bercinta.
  • tiba-tiba lepas kahwin, terus Ayu kena pukul dengan Azmi,then Ayu terus accident.
  • tiba-tiba mak Ayu-2 (merujuk Ayu yang telah berubah wajah) datang rumah nak duduk dengan Ayu,then Azmi datang pukul Ayu, terus hilang ingatan.
  • tiba-tiba jumpa Kate,kerja dengan Kate and masa wedding Kasyah dengan Ayu, Kate datang siap sedih-sedih! masalahnya,sebelum tu takde pun tunjuk part Kate suka Kasyah?
  • tiba-tiba Kasyah kena pukul dengan Hisyam then Kate marah Hisyam.sedangkan Kasyah dengan Kate takde tunjuk aura-aura bercinta pun. jadi, mana relevannya Hisyam nak pukul Kasyah?

TIBA-TIBA kat sini maksudnya, out of nowhere tiba-tiba ada plot ni. tak sempat nak feeling yang sebelum tu pun.

aku agak director filem ni (Sharad Sharan) dah bajet agaknya semua orang pernah baca novel Lagenda Budak Setan. macam kawan aku tadi, dia agak tak berapa faham dengan jalan cerita ni. bila aku dah terangkan macam dalam novel, baru dia faham. kalau tak, dia sendiri tak tahu yang Ayu saja reka-reka cerita dia dah terlanjur dengan Azmi sebab taknak Kasyah taruh harapan pada beliau. kalau tak, kawan aku takkan tahu yang Kate dan Kasyah pernah suka satu sama lain and that’s why Kate sedih masa Kasyah kahwin dengan Ayu. dan siapa yang tak baca novel ni takkan tahu yang Ayu sebenarnya dah pulih ingatan balik sebelum dia meninggal (masa dia tumpah darah lepas lahirkan anak dia)

aku tahu bila filem diadaptasi dari novel, memang tak mungkin 100% sama. tapi, aku rasa disebabkan 100% tak samalah, aku frust gila bila tengok. sejam pertama pun dah boring gila. mungkin sebab larut sangat dengan novel dia :) sayang, karya Ahadiat hancur macam tu ja. filem ni tak boleh dijadikan Lagenda langsung sebagaimana novel diaT_____________T

FK gagal menjiwai watak Kasyah sebagai pencinta wanita yang paling setia. gagal menjiwai watak setan Kasyah. gagal jadi gangster. gagal jadi presiden dalam group kawan-kawan diorang yang anti perempuan. dan yang pastinya, FK memang gagal untuk menjadi the real Kasyah dalam novel Lagenda Budak Setan.

ini review ikhlas dari aku. aku tak reti nak review dari segi gambar ke, penataan cahaya ke, apa menatang ke. yang pastinya, 3 tahi bintang untuk filem LBS dari 10 tahi bintang. jangan terpedaya dengan review emosi aku. (sila abaikan title entry hahaha) korang pergi tengok sendiri. kalau sependapat dengan aku, boleh lah share dengan aku ok? :)

setakat ni aku tak jumpa lagi review yang cakap LBS ni best gila sampai kena tengok 8 kali kat wayang LOL. walau apa pun, OST dia memang terrrrrrbaik!oh ya, durasi filem ini 2 jam ye. selamat menonton! :)

Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kredit kepada DIA NI

Aku banyak bersetuju dengan minah ni punya review.. tulus dan ikhlas walaupun kejam

Tapi ada jugak sesetengah yang aku tidak bersetuju.. seperti adegan Kate menangis bila Kasyah beritahu beliau akan berkahwin. Hurm. Secara rasionalnya, tak perlulah semua adegan hendak ditonjolkan seperti Kate suka pada Kasyah. Faham-faham sendiri sudah. Sebab Kate memang tunjuk sangat yang dia ambil berat pada Kasyah dan jelas-jelas suka lah kan. Tak kan lah pi basuh kencing Kasyah tu konon nak buat kerja amal bukan??

Dan juga semua orang seperti tidak boleh terima kenapalah si Sharad Sharan ni buat filem ni???? Yelah helloooo... DIVA dan Tipu kanan kiri tu memang hahahaha ok!! FYI, mamat ni lah yang offer diri pada Ahadiat untuk arahkan filem ini??? SO... suka atau tidak, kalau tak...tiada siapa pun mahu arah filem ni.. ataupun novel ni akan terus berkubur hingga ditelan zaman.

Bak kata aku..... kalau tak kerana Sharad Sharan ni.... tak siapa tahu pasal LBS ni kepada mereka tak baca novel.. Maka.. salahkan Kabir Bhatia kenapa dia tak pernah baca novel LBS dan tawar diri untuk arahkan filem ni... Aku kata begitu sebab sungguhlah ramai manusia yang persoalkan kenapalah bukan Kabir yang direct...BTW u should thanks to Sharad.. Walaupun filem ni memang gagal dari jalan cerita... FAILEDDD WEY!!!!!!!!

Maka, aku faham dengan rayuan minah itu---Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!

Tetapiiiiiiiiiiii.. LBS ini sedang menjalankan penggambaraan drama pulak!!!

NANGISSSSSSS T_____T

pssttt: AMARAN KERAS kepada anda berumur 25 tahun ke bawah yang ingin mengatakan..Aku tak baca novel dia pun!!!!Ada aku kisah! FYI, novel ini aku baca ketika aku berumur 13 tahun dan sekarang aku berumur 27 tahun. Maka, mustahil kanak-kanak berusia 11 tahun kebawah baca novel cinta remaja ini ok. Kalau baca pun besar rahmat... So, tak perlu tunjuk cool!


24 ulasan:

Sarah Abd Rahim berkata...

Marketing strategy "Rugi If Tak Baca" kau memang berjaya sebab aku pun dah sampai kat blog kau. Sekali pasal review dahhhhh hehe..

anil lutaze berkata...

ahahahahahaha...betul lah babe...rugi if tak baca...review berani mati punya...kahkah..aku sampaikan je...

MY berkata...

my godness...

mmg ramai lah org ckp lyn novel lg best dari tgk movie.. haih..
I do hv a high expectation..
baca semua review cmnie.. kesimpulannya.. download ja nnt..

Fathiyah berkata...

wakaka.anil,kte setuju bebenor dgn minah ni.90%.hehe.alahai,ada drama ke?nangis weh.hopefully kalo drama nih,buat la setiap plot dr noveldrama kan pjg.br ada feel.nak buat telenovela pon den tak kesah.td ada kwn kte ckp,nak cr dvd lanun jelah cm nih.hehe

shapattnson berkata...

bila disebut2 semua tu baru i ingat2 skit novel yg pernah i baca lebih kurang 10 thn yang lepas ..tapi masa i g tgk(gara2 dibelanja kwn) mmg diorg start becinta i dah naik hangin sbb tiba2 kan suka becinta ntah apa2 im so emo sbb crita nampak sangat fake dan rasa bodoh pun ada tgk ..tagisan LS tu aku kesian tgk sbb dia berabis nak buat sedih tapi xmenjadi heheheeh ...lakonan QH plak menjerit2 mcm bukan lelaki dah ..siap nyaring lagi pelakon baru tu totaly kaku giler ..lakonan fazura plak nampak mcm cat skit terubat la juga walaupun bukan 100% dia menjiwai tapi lakonan dia yg bersahaja tu nampak la natural ...kesemua crita nih mcm nak pendekkan masa jer i raas mcm kelam kabut sangat ...kalau sape tak baca buku memang takkan faham sumpah!!!watak ibu dia plak langsung tak kena ..betul kata u ..semuanya TIBA-TIBA hehehe ...apa pun tak tgk movie ni pun tak rugila baik u all baca novel dia ..lagi thrill i tell you!!! okey cukup panjang plak ..sekian

Atiqah Adnan berkata...

even qah tak baca novel tu.. tapi review yang anil share dalam ni qah macam dapat rasa feel novel lagi best dari movie...

agak kecewa sebab feel tak sama..tapi cerita masih best juga lah... bOleh gelak2 n sedih2 sikit.. pelakon salah pilih kOt..dah buhsan tengok FK dalam movie n LS pun sameee...ade pelakon yang lagi layak... director tak bUat research kOt dalam pemilihan pelakon... hhaha terlebih sudaaa...

psstt hope dram best.. tukar pelakon laa..

fatin berkata...

dan crite dia sangat laju..dan some part ada yang mcm tak link..geram sebab trlalu fokus kat depa dorg smpai dahi FK dan dagu LS kne cut..oh tak paham

dialicious berkata...

Anil!!kalo nak citer psl ni mmg xabis rasanya.diah xtau plak psl sharad tu buat cite diva n tipu kiri kanan tu.kesiannya!tp diah hrp die dpt membantu ahadiat sedikit sebyk sbb kesian ahadiat pnh kene tipu duit n jatuh bankrap raasanya.RUpenye part plastik surgery tu mmg ade dlm novel ker?huhuh..diah lansung xigt part tu.other things commentator tu ckp mmg betul.cite tu tidakla laju tp die byk buang masa kt bende2 xpenting.contoh part QH pukul ayu tu lama gile.bosan!
mak ayu tu pakai subang bling bling masa nazak..cuteee sgt!!;p dahla rmbt sikit lg nak jadi rihanna
Skng ni i xpuashati bile org kasi review best gile 4/5 stars and ade yg nak tgk berkali2 siap pakai sekotak tisu..erk..hellOOOOO??

z a t i e berkata...

setuju sgt..mule2 tu mmg sgt teruja nk pg tgk LBS ni..pastu kecewa..x spt yg dharapkn..i think director ni x sesuai buat cite ni..plus the script sgttt la tidak best okey...mse ayu blk dr hosp(hilg ingtan), mak die ckp "..selamat pulang.." nada mcm smcm je..huhu..mase bce novel LBS ni dlu siap leh touching2..tp tidak bile tgk muvie die..hopefully 2nd part muvi ni diberi kt director lain...klu bole ;p

zielalala... berkata...

ms promotion dulu mmg gedik sgt nk g tgk..tp bila dh mcm2 review xbest je mcm xsemangat nk g tgk..membazir je buat hape..frustla cmni sbb novel best gile..buat filem cm hampeh..burukkan nama lagenda budak setan tu je..huh

Unknown berkata...

aiseh.. x best ek? bru nk nonton. =)

ain.ya.nun. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ain.ya.nun. berkata...

dah rugi da ponsss =/
*ko wat posting lmbt nau la anil oi. =p

tgok midnite sampai boleh lelap2 muvee nih.

tah pape tah. *nyesal 100x sbb beriye nk tgok, beriye ckp kat tunang cite ni bez.

nsb bek la lagu hilangnye cinta tu bez, so boleh la ai bg mrkah 1/10.

goblogbyfarah berkata...

ngeh ngeh ngeh... lebih baik tgk toy story 3 :P

phia berkata...

tak rugi baca dan tak rugi duet sbb belom tgk lagi. heheh. tq nil :D

Yann berkata...

hmm.baru plan nak tgok.

neway,,thanks sbb selamatkan uit tiket i..hahahah

review yg plg best tok dibaca.terbaek!berjaya mempengaruhi otak i..kihkih

anil lutaze berkata...

MY-- apa pon movie..slalu novellg best..feeling lain mcm ..sebab bila kita baca..seolah2 kitalah pelakon yg akan melakonkannya..dok byg2kan camtu lah cmni lah kan..hehehe.. sila2 donwload..takpun tnggu je lah tayangannya pd hari raya ke nanti..hehehe

fathiyah--hahaha..mmg menanges bila tgk dramanya..tp mana tau kot lg sedap ke..sebab berepisod..harap dapat tampung seluruh novel tu punya story

sha--mmg ala2 80an punya melankolik percintaan dia..hahaha..lisa berjaya nanges sekali jee.. pastu yg adoo!!!watak mak dia yg paling kelakar habesss..hahahhahaha

qah--mmg novel lg best apapon...even harry poter pon..elemen sedih, gelak tu adelah..tp mcm x sampai kan..yupe me too harap drama dpt selamatkan keadaan.. hrp bukan sharad sharan tu lg..hahaha

fatin--mana x laju..dia nak kejar brp buah punya novel..mcm katun pon ada.. tang kerat dagu, dahi tu..memula mcm best je ngk ala2 close up..lelama rasa nk terajang..kahkah

diah--psl bankrap tu betol..sian gak..kutipan tu harus bg ahadiat tu sket..sedih kan tipu kanan kiri n diva nya director yg arahkan filem tu kan..aduhaii..ha'ah part QH pukul lisa tu lama okeh!! betullah..byk kot part yg tapaper jee...eh..betullahhhhh..mak dia nye subang amboiiiiiiii!!!! hahahahaha...apdaaa..kelako lah cte ni..yg kate review cte ni bes adalah org buta hati..siyess!!

anil lutaze berkata...

zatie--yupe2..mmg director ni x sesuai arah filem ni.. genre mcm x kena kot..dia kanslalu buat cte funny bodo2 alang..bab script tu setuju sgt2...siyess..x sesuai utk era 2010 ni..tp kalau bersambung..mcm die je yg akansmbong juga..sbb siok sendiri kot

zila--x yah lah zila..baik awak save duit beli bunga ke ape ke..lg berbaloi2..

modus--bukan x best..tapi failedd..tak sama er?? hehehehe

dak pink---kahkahkah..1/10 tu sbb lagu je er...bijak bijak..hahahhahaha... alaa..aku terlambat post...sorilah merugikan duitmu..aku pun ada org belanja.. :p

farah--yupe2..toy story mmg ingin ditonton..

amy phia---bijak gila ur statement....waa...i kagumm!!

yan--tahniah2 sbb x habeskan duit lg.. hehehe

[ Hanie ] berkata...

huu...memula rase nk tgk..jadi terbantut bile dgr komen2 yg kurang senang :D ramai yg kecewa kan

ajjah berkata...

anil every word is so true.. frust gila tengok cerita ni.. kaku, kaku, bosan.. masa tengok tu pun, orang keliling gelak la, complaint la.. sigh... ini pun ahadiat kata boleh kalahkan twilight saga..

Tanpa Nama berkata...

urm, overall tak worth watching langsung. baik beli buku, feeling sorang2. btw, FK bawak watak kasyah mcam gatal gile. Padahal dalam buku, kasyah tuh tade pun mcm tu.. haha.

susudalambotol berkata...

ini entri paling panjang setakat ini ke hape? haha.

Rosie Flowerie berkata...

erk...i pon bace novel ni da lame giler and terus terang da tgk jln citer..tp movie LBS mmg mendukacitakan...silap i gak put high expectation tp hasil tk bes....ayu pas plastic surgery tu mmg fail la weih....tp for those yg da bace novel tu pasti tau bahawa novel LBS mmg menjadi lagenda...
oh yea...cuba ganti FK ngan Sam? (adik zizie ezzete tu?)

hidayah berkata...

betul filem ni tak best.ade bnyk kesilapan dalam citer ni.antaranya, korang perasan tak mase si farid kamil nak jumpe lisa buat pertama kali..lisa bleh ckp kat farah, "ckp je la aku tak ade kat umah ker"..padahal scene sebelum ni member si FK ade ckp, "aku dgar budak tu satu blok dgn si xxx"..itu bukan rumah la..itu kan blok asrama..terang2an ade budak lalu baru balik kelas...memang teruk skrip die..lepas tu, masa die da tukar muke, jd syikin and gaduh dgn si que..before terhantuk kepala kat pasu, die bleh panggil mak die "emak"..pastu si emak bahasakan dirinye "ibu" pulak..
mane penah tgok wayang sedih, penonton kiri kanan gelak bagai..sume melepaskan rase kecewa..dan ternyata, aku pun kecewa..baru nak sokong filem melayu, tp akhirnya kena nganjing ngan laki aku..