Jumaat, 25 Jun 2010

Maaf

Salam

Ya, aku masih belum memprivasi kan blog ini
Punca... Aku tidak berjumpa dengan waktu yang ingin aku luangkan untuk blog ini
Sebelum apa apa pun, aku ingin ucapkan maaf sekiranya anda tidak dapat membuka blog ini nanti
kerana invitasi hanya boleh diberikan kepada 100 orang sahaja.
Dan aku terpaksa memilih.
Dan juga orang terpilih itu akan diberi keutamaan pada rakan rakan
Maafkan aku terpaksa berbuat sebegini.
Aku tiada pilihan

Apa pun terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada blog ini.
Anda juga telah menceriakan hidup aku sebelum ini dengan komen komen yang menyentuh, mencuit dan mengguris hati selama dua tahun ini
Andai tiada perpisahan alangkah bagus
Tapi apakan daya
Masa merubah
keutamaan berubah
manusia juga berubah
Privasi hidupku juga berubah

Aku harap aku dapat melaksanakannya secepat mungkin
Berharap pada minggu hadapan selewat-lewatnya
Ada ole2 buat kamu semua sebelum ia diprivasikan
Insyallah
Doakan ya

Sampai ketemu lagi

**Usia perkahwinan kami telah setahun Alhamdulillah**

Rabu, 9 Jun 2010

PERHATIAN SEMUA!!!!

Hai...Hai...Rajin pula aku berentri minggu ni kan!!!! Akan TETAPI!!!! Seperti dengan tajuknya. Inginlah diumumkan bahawa aku akan memPRIVATEKAN blog ini demi menjaga keselamatan ia.

Untuk pengetahuan anda.. Begitu banyak beruk-beruk yang telah menyalahgunakan kebebasan pembacaan percuma yang aku berikan selama ini. Dengan kepercayaan bahawa hanya anda-anda kawan aku sahaja akan ambil pusing blog ini. Setelah 2 tahun, akhirnya ia telah dinodai oleh beruk-beruk yang tidak bertanggungjawab dan kini masanya untuk kawal dan sekat kebebasan itu. Oleh yang demikian,
kini aku berharap anda2 kawanku selama 2 tahun di blog ini sudi2kan beri email untuk invitasi.

Aku terpaksa letak ciri-ciri dibawah ini sebagai inisiatif keselamatan agar tiada beruk-beruk yang akan terlepas. HELL TO THE NO!!!!!

Sila berikan email anda di ruang komen
berserta link (penting untuk ku tahu blog anda)
dan aku perlu tahu pekerjaanmu (penting juga..jika malu, email saja padaku)

emailkan
a.xteqs@gmail.com

PS: DALAM MASA SEMINGGU BLOG INI AKAN DIPRIVASI KAN!!! WUHUUU!! HAMEK KO BERUK BERUK SEKALIAN. KO TAK BOLEH STALK, GANGGU DAN MENGGUGAT KETENTERAMAN AKU LAGI!!!!! GET A LIFE LAH WEYHHHH!!!!

Selasa, 8 Jun 2010

RUGI IF TAK BACA II VOTE PULAK



OK..Aku memang saja nak bakar lagi kisah LBS ni... Hahahahahahahahahaha... Apa kata kita buat sistem VOTE ataupun SARANAN ke untuk watak-watak yang terdapat dalam LBS. Kita gantikan watak itu kepada mereka-mereka yang mungkin dirasakan lebih layak dan sesuai

Aku nak buat ikut kategori.. Alang-alang dia kata ni, dia kata tu.. Pelakon ni tak best, Pelakon tu tak best. Mari kita buat sesi ujikaji... Haaaaa.. Saja mahu menambahkan keseronokan.. YEEHAAAAA

Farid Kamil (Kasyah)
A. Shamsul Yusoff
B. Remy Ishak
C. I memang mahu Farid Kamil lagi
D. Aaron Aziz
E._________________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku- Remy Ishak

Lisa Sughihani (Ayu)
A. Lisa Sughihani (die hard fan)
B. Fasha Sandha
C. Diana Danielle
D. Tiz Zaqyah
E________________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku-Diana Danielle

Que Haidar (Azmi)
A. Zul Huzaimy
B. Saya peminat setia Que Haidar kak!
C. Saheizy Sam Adnan Sempit
D. Fizz Firuz
E_______________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku-Que Haidar lagi

Amelia (Pengganti ayu selepas plastic Surgery)
A. Sazzy Falak
B. Scha Alyahya
C. Liyana Jasmay
D. Sharifah Amani
E_______________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku- Sazzy Falak (tetiba je kan...hahaha..diana danielle tu kan tinggi..kahkah)

Fazura (Katherina)
A. Maya Karin
B. Rozita Che Wan
C. Melissa Maureen
D. Fazura juga
E______________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku-Maya Karin

Raja Farah (Suzana)
A. Mila
B. Dira Abu Zahar
C. Cheryl Samad
D. Raja Farah la beb
E_____________sesiapa yang disarankan

Pilihan Aku_Cheryl Samad

Maka, mari kita main-main perasan dan teka siapakah mengikut kesukaan anda dan kenapakah?
dan font aku tiba-tiba jadi annoyed dan haru macam ni..maaflah ya..
Enjoyyyy

Isnin, 7 Jun 2010

RUGI IF TAK BACA



Hahahahahahahahahahahahaha... Kepada yang belum menonton LBS ni..bolehlah baca review tanpa kasihan langsung yang tertera di bawah ini.

sebelum tu nak gelak lagii.....hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha...ok cukup kot...hahaha..ok enoughhh anilll!!!

ok..sebelum tu review di bawah ini bukan tulisan ku okeh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN

see. CAPS. maksudnya aku tengah emosi. maka, filem ini akan direview oleh aku dengantanpa kasihan langsung.

cinema almost full. siap diorang bukak panggung first lagi and itu lah cinema paling besar dalam GSC tu. and aku macam dapat rasa aura semua ada high expectation untuk filem LBS ni. tapi, in the end serius aku rasa frust gila babi. semuanya tak berkesan kat hati aku. semuanya tak seperti yang aku harapkan. mari review para pelakon dulu.

Farid Kamil (Kasyah)

well, macam yang aku cakap sebelum ni. aku memang tak berkenan si FK ni jadi Kasyah.aku cuba cintai watak dia. CUBA ye. CUBAAAAA lihat dia sebagai Kasyah! malangnya, tiada aura Kasyah pun weh. seriusly. ni untuk aku lah. si FK ni tak baca novel dulu ke before lakonkan watak Kasyah tu ha? ke memang dia tak layak langsung jadi Kasyah? bila aura Kasyah dah hilang, apa lagi yang kau nak harapkan dalam filem ni?

Lisa Surihani (Ayu)

beliau menjayakan watak Ayu dengan agak baik. memang sesuai gila lah watak Ayu dengan dia. lemah lembut, ayu. cantik apa semua. MALANGNYA, she was trying soooooooooooooo hard bila part sedih-sedih, marah-marah malangnya 1 pun tak berkesan kat hati aku. kalau ye pun air mata kau tu palsu, kasi real la weh. bengang gila. ni dah la air mata palsu, nangis pun macam buat-buat. nasib beliau lawa. lawa gila!

Que Haidar (Azmi)

watak mamat ni asyik menjerit je ha. hahaha. tapi memang berkesan lah watak Azmi ni. memang pemarah, kaki pukul semua. terbaik lakonan dia. lagipun watak-watak jahat semua tu memang dah biasa beliau lakonkan. so, tiada apa yang luar biasa.

Shikin apaentahnamadia (Ayu-2)----Amelia (anil yg tulis ;p)

beliau ni pelakon baru. sorry to say, lakonan beliau hanya men-spoilkan watak Ayu yang telah diperbaharui wajahnya. macam kaku. macam tak menjiwai watak Ayu yang mencintai Kasyah. dan watak dia masa hilang ingatan tu lagi tak boleh blahhhhhhhhhhhh!

Fazura (Katherina)

dia ni lah watak yang paling lekat dalam otak sebaik saja aku habis tengok movie ni. sebab dia lawa gila hahaha. tapi aku tak pandang fazura sebagai Kate. aku nampak dia sebagai “dia sendiri”. tiada elemen Kate pun yang dia jayakan.

Raja Farah (Suzana)

LOL. minah ni menangis fake gilaaaaaaaaaa! tak banyak yang aku nak huraikan watak dia sebab ada beberapa slot je pun scene dia. tapi watak dia biasa-biasa ja lah.

boring.

mengantuk.

watak semua tak berkesan.

fake.

masa mula-mula cerita, aku macam rasa best sikit part Kasyah letakkan cicak dalam coke,part diorang kenakan cikgu Loga dan Siti. masa tu ja aku rasa best. dan 2 part tu saja yang menunjukkan KESETENAN si Kasyah. hoi! 2 peristiwa saja okayyyyy! jadi apa motif kau buat filem LBS kalau benda2 setan kau buat 2 je? 80% semua plot cinta. mana elemen2 persahabatan antara Kasyah, Sapi, Man dan Cincai? dan aku hampir-hampir lupa Kasyah ada 3 orang kawan dia. plot diorang sama sangat sangat sangat sikit! siapa Sapi, siapa Man, siapa Cincai pun aku tak tahu! dalam movie ni, semua berlakon pakat tak sebut nama.

ada 1 part agak tak logik.

part Ayu bagitau Kasyah yang dia dah terlanjur dengan Azmi. suppose moment itu jadi sedih sebab Ayu memang nak tinggalkan Kasyah sebab Azmi datang balik. TAPI dalam movie tu, lepas je Ayu cakap dia pernah terlanjur blablabla kat Kasyah, terus diorang dating bercinta-cinta, peluk2. doesnt make a sense! ikutkan, masa tu memang Ayu dah tinggalkan Kasyah. surely lah part sedihhhhhhhhh. tapi jadi kelakar pulak.

part muka Ayu terbakar.

sumpah lawak time niiiiiiiiiii! padahal, masa dalam novel nangis2 aku baca part Ayu nak ubah wajah dia. masa ni, muka Ayu memang teruk terbakar dan habis berbalut muka dia. plus dia mcm pakai shawl kat kepala dia. tak tahu apa motif. aku yang tengok muka dia pun punya gelak gilaa T________T. mamat-mamat yang duduk depan aku semua cakap”macam hantu bungkus” hahaa. lawak muka Ayu time tu. dan aku rasa moment tu patut jadi antara moment yang tersedih. malangnya,aku ketawa tengok muka Ayu macam hantu bungkus dah.

plot-plot cerita.

inilah yang paling berbaloi untuk menitiskan air mata berdarah. messy gila jalan cerita dia. kalau kau tengok movie ni, kau akan dapat rasa semua plot ada tiba-tiba.

  • tiba-tiba Kasyah jumpa Ayu terus bercinta.
  • tiba-tiba lepas kahwin, terus Ayu kena pukul dengan Azmi,then Ayu terus accident.
  • tiba-tiba mak Ayu-2 (merujuk Ayu yang telah berubah wajah) datang rumah nak duduk dengan Ayu,then Azmi datang pukul Ayu, terus hilang ingatan.
  • tiba-tiba jumpa Kate,kerja dengan Kate and masa wedding Kasyah dengan Ayu, Kate datang siap sedih-sedih! masalahnya,sebelum tu takde pun tunjuk part Kate suka Kasyah?
  • tiba-tiba Kasyah kena pukul dengan Hisyam then Kate marah Hisyam.sedangkan Kasyah dengan Kate takde tunjuk aura-aura bercinta pun. jadi, mana relevannya Hisyam nak pukul Kasyah?

TIBA-TIBA kat sini maksudnya, out of nowhere tiba-tiba ada plot ni. tak sempat nak feeling yang sebelum tu pun.

aku agak director filem ni (Sharad Sharan) dah bajet agaknya semua orang pernah baca novel Lagenda Budak Setan. macam kawan aku tadi, dia agak tak berapa faham dengan jalan cerita ni. bila aku dah terangkan macam dalam novel, baru dia faham. kalau tak, dia sendiri tak tahu yang Ayu saja reka-reka cerita dia dah terlanjur dengan Azmi sebab taknak Kasyah taruh harapan pada beliau. kalau tak, kawan aku takkan tahu yang Kate dan Kasyah pernah suka satu sama lain and that’s why Kate sedih masa Kasyah kahwin dengan Ayu. dan siapa yang tak baca novel ni takkan tahu yang Ayu sebenarnya dah pulih ingatan balik sebelum dia meninggal (masa dia tumpah darah lepas lahirkan anak dia)

aku tahu bila filem diadaptasi dari novel, memang tak mungkin 100% sama. tapi, aku rasa disebabkan 100% tak samalah, aku frust gila bila tengok. sejam pertama pun dah boring gila. mungkin sebab larut sangat dengan novel dia :) sayang, karya Ahadiat hancur macam tu ja. filem ni tak boleh dijadikan Lagenda langsung sebagaimana novel diaT_____________T

FK gagal menjiwai watak Kasyah sebagai pencinta wanita yang paling setia. gagal menjiwai watak setan Kasyah. gagal jadi gangster. gagal jadi presiden dalam group kawan-kawan diorang yang anti perempuan. dan yang pastinya, FK memang gagal untuk menjadi the real Kasyah dalam novel Lagenda Budak Setan.

ini review ikhlas dari aku. aku tak reti nak review dari segi gambar ke, penataan cahaya ke, apa menatang ke. yang pastinya, 3 tahi bintang untuk filem LBS dari 10 tahi bintang. jangan terpedaya dengan review emosi aku. (sila abaikan title entry hahaha) korang pergi tengok sendiri. kalau sependapat dengan aku, boleh lah share dengan aku ok? :)

setakat ni aku tak jumpa lagi review yang cakap LBS ni best gila sampai kena tengok 8 kali kat wayang LOL. walau apa pun, OST dia memang terrrrrrbaik!oh ya, durasi filem ini 2 jam ye. selamat menonton! :)

Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kredit kepada DIA NI

Aku banyak bersetuju dengan minah ni punya review.. tulus dan ikhlas walaupun kejam

Tapi ada jugak sesetengah yang aku tidak bersetuju.. seperti adegan Kate menangis bila Kasyah beritahu beliau akan berkahwin. Hurm. Secara rasionalnya, tak perlulah semua adegan hendak ditonjolkan seperti Kate suka pada Kasyah. Faham-faham sendiri sudah. Sebab Kate memang tunjuk sangat yang dia ambil berat pada Kasyah dan jelas-jelas suka lah kan. Tak kan lah pi basuh kencing Kasyah tu konon nak buat kerja amal bukan??

Dan juga semua orang seperti tidak boleh terima kenapalah si Sharad Sharan ni buat filem ni???? Yelah helloooo... DIVA dan Tipu kanan kiri tu memang hahahaha ok!! FYI, mamat ni lah yang offer diri pada Ahadiat untuk arahkan filem ini??? SO... suka atau tidak, kalau tak...tiada siapa pun mahu arah filem ni.. ataupun novel ni akan terus berkubur hingga ditelan zaman.

Bak kata aku..... kalau tak kerana Sharad Sharan ni.... tak siapa tahu pasal LBS ni kepada mereka tak baca novel.. Maka.. salahkan Kabir Bhatia kenapa dia tak pernah baca novel LBS dan tawar diri untuk arahkan filem ni... Aku kata begitu sebab sungguhlah ramai manusia yang persoalkan kenapalah bukan Kabir yang direct...BTW u should thanks to Sharad.. Walaupun filem ni memang gagal dari jalan cerita... FAILEDDD WEY!!!!!!!!

Maka, aku faham dengan rayuan minah itu---Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!

Tetapiiiiiiiiiiii.. LBS ini sedang menjalankan penggambaraan drama pulak!!!

NANGISSSSSSS T_____T

pssttt: AMARAN KERAS kepada anda berumur 25 tahun ke bawah yang ingin mengatakan..Aku tak baca novel dia pun!!!!Ada aku kisah! FYI, novel ini aku baca ketika aku berumur 13 tahun dan sekarang aku berumur 27 tahun. Maka, mustahil kanak-kanak berusia 11 tahun kebawah baca novel cinta remaja ini ok. Kalau baca pun besar rahmat... So, tak perlu tunjuk cool!


Khamis, 3 Jun 2010

JUNE: THE LOVE MONTH


JUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN is here. OMG bulan yang dinantikan tersangat lah terlalu lama seolah menunggu 20 tahun lamanya.


Terlalu banyak perkara gembira dan indah yang berlaku dan akan berlaku pada bulan ini.

Salah satunya :

Setelah sekian lama tidak pulang ke Kluang tercinta. Kali ini akan bermaraton bersama bff ku Hafifi dan Shadeq pusing Kluang untuk sesi MAKAN tanpa batasan. Ala2 Warung Kita dan Jalan Jalan Cari Makan.

Tetapi malang dan tidak malangnya. Shadeq ada kenduri lenggang perut katanya. Maka, mungkin aku dan Hafifi akan bermaraton menjelajah ke segenap pelusuk Kluang untuk menikmati keindahan dan kesedapan makanan JOHOR. Almaklumlah wanita 6 bulan pregger itu memang gilakan makanan buat sementara ini.. Hehe.. sindrom wanita mengandung.



3 Wanita pelahap unggul tetapi bukan beruang kutub



Aktiviti mungkin seperti ini. Ini pun sopan kiranya. Jika makan boleh insert bunyi cengkerik kerana terlalu khusyuk.



Kemudian seminggu selepas itu pula . JENG... JENG...JENG..

Ulangtahun perkahwinan kami yang pertama akhirnya tiba. Yeehaaaaaa. Ku pernah bilang bahawa daku teringin hendak ke satu tempat yang terakhir kali jejakkan kaki iaitu pada umur 5 tahun weyyyy!!!! Aku mahu ke LANGKAWI!!!!! HONEYMOON kali kedua.. yay!! babymoon pun boleh tak?? hehehe

dan akhirnya dapat guna kupon percutian percuma 4hari 3malam iaitu hadiah kahwin dulu. Dengan rela hati dan pedal, gua pilih Langkawi. Serius no regret.
WEEEEHUUUU!!! dan pertama kali dengan JAKUNNNYA!!!! Gua naik MASSSSSSS... Hahahaha..Astaga... Penulisan yang sungguh naik tinggi melangit adrenalin ku. Eksaited pening lalat aku ni. Sebab selalu naik Air Asia saja. Ok! Sila sumpah seranah saya..Hahahaha..aku tak marah pongg!! Sila..sila..Hahaha..

Dan juga dengan sperti malu-malu kucing ketika marah pada anjing busuk tepi rumahnya. Bahawa inilah Piriud terakher beta sebelum boleh mencuba lagi.. Hehehe.. lamakan ???