Rabu, 31 Disember 2008

An awesome christmas nite!!





Misha suka lipstik saya dan kanan saya bersama abg sam editor XY sabtu (outfit kami sepadan kan?!)




Team grafik bh





Apa saya pakai ketika ini

Anting-anting~BB plaza
Jaket~Rahshia ;P
Rantai~ Forever 21 n elo
Belt~ A'xteqs
Top~ Cat whiskers
Bag~Modern Flashback
Legging~Sg wang
Booties~A'xteqs

Malam kilat barat yang memang terbarat. Rasanya bagus sebab kali pertama dapat turut serta. Tapi motif utama pergi sebab nak cuba nasib dengan hadiah yang sangat tak boleh blah bestnya. Sampai je daftar, goodie bag menanti dengan 2 garnier mosturizer, 1 gel mandian, boucer kasut, baucer victoria station dan ape tah lagi...cemburu bila melihat yang lain2 menatang rice cooker, mp3, dan barang-barang lain..aku cuma berpuas hati dengan apa yang aku dapat lah.

Paling semua orang nantikan adalah cabutan bertuah, yang aku maklum sebelum ni hadiah hadiah yang mereka dapat..mai aih... diantaranya peti ais, penghawa dingain, kipas, laptop, tv lcd, dan beraneka barangan elektrik lagi..jiji dengan impian besarnya.nak dapat tv lcd katanya. aku masih tak terfikir lagi..aha!! aku tau semua yang datang tu mempunyai impian masing2..jangan tipu..satu demi satu hadiah yang disenaraikan untuk dmenangi, Tv lcd sudah pasti, notebook, telefon bimbit sony ericson, jam tangan jenama yang aku tak pernah dengar dan bernilai RM8ribu..(ayo!!), barang kemas habib jewel bernilai ribuan ringgit.uhh..percutian ke perth(ini yang paling aku nak!!!! tapi menganga je la), percutian ke jakarta(tahniah abg jijoy), percutian ke bandong dan hadiah2 ngeri yang lain2 ..aku pun dah tak ingat..dek kerana ingin melupakan kesedihan tak benasib baik..

dan aku gembira dengan pengalaman malam itu..!! thanks berita harian dan metro!




Isnin, 29 Disember 2008

saya


Berjalan2 sambli menonton

Apakah saya pakai ritu
Anting2-vincci accesorries
Scarf-S.wang
vest-S.wang
Dress-baci
Bag-bangkok
kasuit-the shoplifters


Sabtu, 20 Disember 2008

kadang kadang tak kena

difikirkan kembali...setiap bulan kita bekerja apakah matlamat dan destinasinya ..bagi aku setiap orang lain 'goal' tentang apakah yang membuatkannya bekerja setiap bulan.. 'kerja nak cari makan lah beb'...'kena kerja lah ...kalu tak kerja..nak buat apa' and bla..bla..bla...

aku bekerja sebab kena kerja..kalu tak, buat apa belajar sampai dapat degree n melalot .. sebab lain.. sebab mana nak dapat duit oii... tapi sedar tak sedar..kerja setiap bulan, sebesa mana lagi gaji..besar lgi hutang..percaya x? hidup kita memang x pernah cukup.. sentiasa tak cukup... orang kaya tu??? ingat diorang banyak duit, x de hutang ke??? diorang punya hutang lagilah banyak dari kita.... sebab terlalu banyak aset yang nak 'show off' kan.. pakai kad kredit(itu hutang).. bersyukurlah kita yang tak pakai kad kredit.. orang kata..'eleh... so last seasonnya tak de kad kredit'.. pastu aku cakap dengan dia balik kalau boleh balas...' so new seasonnya banyak hutang'...

dihitung-hitungkan... kadang kadang kita tengok orang tu kaya... bestnya pakai kereta besar... lagi lagi tengok majalah, datuk z,n,o dan dll..bersama keluarga...then tengok pulak ada anak gadis..uih..cemuih jeles aku... mesti dia banyak koleksi hebat kan.. jelesnya tengok dia...hidup jadi anak orang kaya....paling dasyat berlaku.. bila tengok dalam majalah.. beckham dan victoria pun aku boleh panas hati... x puas hati... apa ni ...kaya sangat..dan selalu tak terfikir atau terlintas.... ' eee..duit banyak... duit berjuta juta..bagi aku sejuta pun tak luak agaknya...dan kita mula berangan kalu dapat merasa sejuta tu... pastu buat wish list apa yang kita nak beli..kalau aku kan...aku nak kereta ini...nak beg lv,sv, gv ot, bla..bla.....uhhh... naluri manusia ..sunggoh klise..' nafsu buas manusia tetap sama...jangan bohong dengan menidakkan apa yang aku cuba kata k..kalau tak banyak sikit mesti kena punya...

Setelah hampir setahun aku bekerja..(kelako kan ...).. aku agak ceria.. pertukaran tempat kerja, gaji, keselesaan..tapi pernah ke aku dapat mengerti ayat selesa tu?? setiap kali gaji penah cukup ke?? dulu mase gaji kecik..doa..'uih...kalau lah gaji naik sikit..mesti ok..x sesak camni...' ...bile dah dapat.. ayat yang sama berkumandang...makna nya... apakah yang dapat memuaskan hati aku? hati perempuan tak pernah dapat dipuaskan..letaklah dia anak orang kaya macamana pun... tapi pucuk pangkal..niat seseorang tu...

bila aku hitung kembali..apakah destinasi gaji aku setiap bulan..
secara asasnya:

RM400-RM100 biasiswa dari incik dd= RM300 -kereta
RM200- ASB
RM100- hutang incik dd (dah 8 bulan aku bayar dan tak tahu bila akan selesai..bayangkan lah banyak betul hutang aku terhadap incik dd)
RM150-ibu
RM250-minyak kereta
RM150-insurans
RM100-kutu (10 orang staff)
RM150-makan (secara kasar)
RM400-membabi buta tanpa disedari(aku rasa belanja.. tapi awas..bukan shopping)

dan jumlahnya= kiralah sendiri...

bayangkanlah..apa yang tinggal untuk diri aku sendiri... bagaimanakah aku ingin berkahwin??? pernahkah anda berfikir..berapakah duit yang anda akan bagi pada ibu bapa anda pada ketika tiba masa anda harus berkahwin?...'ooo...ala....mak bapak aku kan ada...' 'uishhh...malas lah nak fikir...' ...ayat ayat yang biasa aku dengar.. habis tu takkan nak berhutang?? biasalah.. nama pun kahwin..berhutanglah....jadi.sendiri fikirlah...

percaya atau tak..dalam masa 3 hari ketika minggu cuti raya haji.. tanpa aku sedari rm500 habis dalam sekelip mata..siap boleh pinjam nenah lagi rm50 untuk isi minyak balik kl dari kampong aku , melaka..wtf.. tapi aku tak berkira orangnya ketika bergembira..(nasib baik incik dd, sama sepertiku..maka kami memahami dari sudut itu).. urghh... nasib baik aku tak perlu bayar sewa rumah, belanja dapur, bil elektrik, bil air... kalau tidak aku mati kering setiap bulan..namun,.. sesengkek mana pun aku.. aku payah untuk menghamburkan kemiskinan dibahu orang tuaku.. usahlah..cukuplah mereka membela aku dari kecil.. takkan lah dah ada pendapatan aku masih nak jadi anak kecil yang mengharap susu lagi..mungkin aku sudah terbiasa dari zaman sekolah tak meminta duit.. apa yang aku dapat.. itu yang aku ada..syukur.. kebuasan aku ketika ini masih boleh dikawal..

tapi i had a great time semasa bergembira ketika kehabisan rm500 dalam sekelip mata..mungkin pada sesetengah orang..'ala amount kecik je tu'..tapi pada aku sangat besar untuk masa yang singkat...aku tidaklah menggelarkan bershopping dengan pembelian 2,3 items pon..

terpulanglah pada pemikiran masing masing bagaimana anda menchorak duit dan belanja bulanan anda asalkan anda tau destinasi dan matlamat anda bekerja setiap bulan sehingga hampir separuh abad nanti..insyallah.. yang penting bahagia... dan elakkan HUTANG... (ini bukan entri motivasi)




Apa saya pakai tu hari

gaun-forever 21
beg- modern-flashback
anting anting -elo
gelang- hadiah
kasut-vincci


babai

Selasa, 16 Disember 2008

kejadian baru tak baru ini


Selamat...uh...belum..belum...saya masih bujang lagi... 29nov tu hari..saya telah dekenenkan dengan jejaka pujaan.. setelah 67 bulan berdetim dengan dengan jayanya..maka akhirnya saya dicop... sah oleh cop mohor bapaku.. terima kasih pada semua yang membanting tulang tak kurang juga yang rasa tulang tak terbanting langsong.. dilakukan di rumah tpt teduh saya iaitu secara rasminya milik adikku..




Ini saya


Tempat bersemayam


telah ditunangkan bersama beliau


Hei..bangun..itu tempat beta!



maka...haderlah sepupu sepapi ku.. namun...



Mereka buat onar di bilik aku... grrr..



Sementara ituuu...


Onar lagi.... uiihhh...



eh..uik...sedar x ade tembel di bawah mata saya..



Temkiuk far dear.....alexander.. jap g saya nak cubit awak..



alhamdulillah..


Aminn....



kenapa tengok saya.. ya..gigi saya jarang..


Excuse me..saya bukan artis..


keluarga saya banyak terbanting tulang



terutama mak juga abah



Sila langkah bendol mcm saya..



semua saya punya..oh..bahekla..yee..separuh beliau punya..uhh..



jangan curi sangkar saya tau..



Ada je mereka-mereka ni..


hah...aku ober? tak bahek tau..



Dilakukan beberapa jam sebelum majlis...x percaya? aku pun x percaya...


DIY oleh beliau..x percaya jugak? yg ini aku percaya..


Jamulah..sila-sila


Duzt selaku bilal bidan terjun.. (yeke?)


Saya tidak perlu cuba ditinggikan..



BFF..saya membontoti awak..


Shadeq...sila jangan meninggalkan bentok mulotmu di pipiku..


Batch terakher


terima kaseh...semoga jumpa lagi..

Selasa, 25 November 2008

Kenapa Begini lagi



Celaru, bingung, x boleh blah.. klise nya ayat daku... segala macam yang berlaku dalam tempoh ini... huh... ok... dalam pada bingung-bingung ni, paling tak boleh blah ialah kena tanggung rugi rm500 kepada pihak yang tak berwajib...hellllloooo..... aku percuma lah kan nak bagi duit kat ko.. huish... ok..titik... malas mahu cerita perkara yang tak bes langsong...

Sejak 2,3 bulan kerja di tempat baru, hidup daku seperti diperhamba oleh kerja..huah... tiada kegiatan sosial...kerja jam 4 hingga 12 malam, atau 12tghari hingga 12 malam... bagaimana dengan incik dd... huh..alamat..hari sabtu lah kita berjumpa ya..takpe kan..kan..kan... ari ahad pon daku bekerja...wa..betapa hebat perhambaan ku terhadap opis baru ku... mereka bilang aku dan gee bangla...(gee..kita bangla daerah mana??)..tapi mungkin itu harga yang haros aku bayar untok menampong hutang2 sebgai manusia setiap bulan.. daripada tempat kerja lama aku..selesa yang amat...gaji pon "best" yang amat...huhu... setimpal lah dgn keselesaan yang melampau... tidak2...tak boleh..aku tak boleh hidop dalam zon selesa.. haha..nenah... cepat keluar dari zon itu...aku menunggumu... pulangan yang bagos sedang menanti mu...

Lagi beberapa
hari...satu kejadian akan berlaku...persiapan pun ala kadar ... uuhh... belum bersedia nak cerita apa2 pasal itu.. harap maklong...


nak menyimpang sket...haha..ini adalah ahsil buah tangan tonet cipan...skarang ni...dia memang gemar buat kerja kebajikan..kebajikan untuk menampal muka2 kita kat mana2 yang dia rasa suka malah gemar.. dan yang menjadi mangsa adalah kami2 yang malang ini...terima kasih tonet... tapi pujian untuk dia kerana kreatif yang melampaui batas...(aku bitau cik lan...ko buat keje tak berpekdah di hopis...kalu x lot..aku bitau mem)..


Cube teka di mana aku...siapa yang tergolong friendlist dalam facebook aku tak perlu turut serta..


Sabtu lepas, aku dengan peliknya mengikut familiku ke majlis yang aku sendiri memang tak tahu menahu siapakh yang harus diraikan..kata mak, anak dara berusia 21 tahun.. mula-mula, aku nak pakai tee n jeans saja..tapi mengenangkan tak menghormati majlis lah pulak... ada ke dia kisah... aku pun pakai proper outfit.. bagi konteks aku lah... sampai sana...nasib baik aku tak tersalah teka..memang lah hai.. dress semua bagai..tak kisahlah....asal aku kenyang, bahagia dengan keenakan makanan di intai2 cik bahar..ampang
(Wajar di singgah..memang superb.. google sendiri kalau nak pergi)

Kemudian sambung ke Mount kiara .. restoran chef zainal...ini satu lagi tempat yang aku akan kenang sampai bila2..aku memang sangat mencintaik apa yang chef zainal cintaik itu..sesungguhnya..satu hari mungkin kalau ade rezeki aku mahu jadi sepertinya..walau tak pandai masak..tak pe.. aku upah tukang masak hebat..asalkan orang tahu apa yang aku ingin kongsikan...seperti perasaan terkongsi aku oleh restoran chef zainal itu..



Restoran beliau


lihatlah gambar2 tu..hua...bikin aku sakit jantung..

lauk pauk yang dimasak untuk makan malam..bukan siang ok..


semua gambar2 itu adalah asli yang dibeli sejauh hingga kampung glam, singapura


Akuu sangat teruja dengan gambar remi dan sally..


Gambar2 tersebut sampai ada yang dah terhakis dek kerana lama dan berpuluh tahun...aku ingat baju aku je yang dah cukup klasik..tapi gambar2 ni ..ikhlas memang klasik sangat..


rm80-rm300 harga gambar2 tersebut yang dibeli daripada orang2 lama singapura.

Disamping layan gambar2 tersebut, pelanggan disajikan dengan lagu2 memang gila klasik..aku pun tak pernah dengar..lagu wajib restoran ni..makaroni..hahaha..memang kelakar habis..susu lah..apelah... dan kami semua mencintaik klasik fm ...

pukul 1 pagi, pak engku bawak kami ngeteh..tapi ngeteh pak engku bukan di warung mamak..rupa2nya holiday villa..bahekla...ngeteh kat coffee house..aduhai sampai pkol 3 ..pasrah je lah...


Apa saya pakai??

Headband~ trendyconfession
blouse~A'xteqs
tee~ seed
bag~6teas
ankle boots~The shoplifters
belt~ vintageousss
Casio databank watch~Urban-retro

hey...sedar tak..kebanyakannya dari online blog..kalau anda penggemar online blog lah... aku pun dah lama tak pergi mid valley, one utama, dan rakan2nya yang lain... kecuali pavillion..aku slalu singgah sana untuk tujuan yang tak pasti....tapi yang penting..online blog kini satu shorga membeli belah yang sangat
happening.. ok.. harga 2 hingga 3 kali lebih rendah dari harga yang butik2 tu letak...what a bargain right???..


ok.. babai...