Isnin, 31 Mei 2010

Jemari Halus?


Hai semua... I malu..Serasa mahu lempang lembut terhadap diri sendiri. Anda masih ingat aku lagi ke?? Kalau tak ingat lagi tak mengapa... Memang boleh buat vote A.ingat lagi B. Tak ingat langsung. Lepas tu jika undian berpihak kepada B. Maka sila lempang diri secara lembut..tak mahu kasar2 ok. :p

Ha!! Sabtu lepas, jika sesiapa yang ada buka Berita Harian, ruangan SABTU mukasurat 5, ada ruangan jemari halus. TADAAA.. aku lah yang mengisi ruangan jemari itu. WALAUPONNNN tak berapa halus. Hahahaha... Maka bolehlah menatap ia seminit dua.. 1 jam pon boleh, kalau nak lah. Tapi siapa lah kan yang gila nak tatap sampai sejam kan??... :p Tapi manalah tahu boleh nampak secebis muka ku itu..hehe.. Siyes., aku mintak rakan designer supaya potonglah muka lebor dan tak berapa cun tu di situ. Beb!! itu ruangan jemari halus bukan wajah halus..*erkk

Abaikan bahagian kanan. Tapi jika tak mahu abai. Tiada undang-undang jatuh hukuman pun.


Jika sesiapan diantara anda adalah penggubah bunga handalan. Harap maaf ya. Aku ni tak terror mana. Kakak ku yang terror bahagian gubahan ni. Tapi sebab dia jauh. Maka aku sajalah yang menjadi galang ganti. Ok tak? :p Nama pun ilham ringkas tampak manes...auww!!!


*Bulan Jun berazam menjadi blogger tegar kembali. Esok insyallah ada entri menanti..Doakan aku tak janji tahi ayam je ya..


Selasa, 11 Mei 2010

BBQ Lagi

Yuhuuu...ouh yeah. Aku mungkir janji.. Aku kata 'esok' kan lepas entri hantaran tu?? Hahahaa..well that's me.. suka lambat2an... Entri mmg dah lama yang aku paparkan ni. Agak kebasian. Dah lama pun di upload di Muka buku. Tapi kat sini baru berkesempatan....
Ok buhsan dengan ayat2 basi diatas.. Sekian lama tak bercuti dengan rakan2. Bercadang hendak ke Redang or Perhentian awalnya. Tapi banyak halangan dan ketidaksesuaian berlaku. Biasalah manusia, kita boleh merancang sahaja. maka ke PD sudeyyyy.... Pd..pon pd lah.. Amboi kemain siap lantik pengerusi, ajk sekalian, ada meetingg wey!!! ngengada habesssssss... AJK games yang tahan tak tahan tuu.. Yang tak adilnya kenapa Ciksenah dan Viviana??? Kenapa??? Geram hingga kini.. sebab mereka tak usah main?? Cis. Memang pasti ku bantah bila AJK2 ini dilantik nanti untuk rancangan akan datang..Aku pula AJK penginapan ...puff
Pagi2, dah kena bangun, pengerusi mahu datang ambil kami. Bapak bawak anak anak ayam lah katakan. Suami saya ada kerja, petang baru menyusul keseorangan bersama sepi sekuntum mawar merah ke PD.. Kesian dia


Berpiknik untuk makan tengahhari yang dimasak oleh Encik tertonggeng itu. Hebat bukan? Makan sambil rasa ngeri kerana diancam bunuh oleh Kerengga2


Menginap di Mayangsari Resort. Boleh tahan apartment ini!!

Melompat kijang akibat feeling sunset


Melankolik gaya anda berdua?


BBQ secara manual dan tradisional. Terasa seronok **Yelah tu** haha


Inilah game kelolaan CikSenah dan Viviana. Lihat. bermati2an lelaki2 ini cuba menewaskan pisang


Wahh..lihat pasangan yang jauh di depan itu..Kacak bukan


Tapi aku kalah dicabaran masukkan jarum dalam benang....Grrrr.. Sebab tu den memang tak pandai menjahit


Kemudian acara yang dinanti...Wuhuu... Seprais for besday boy lah weyy


Kek cawan buatan kakak diatas tu dan Tuan Pengerusi.. Auww. manis seperti gula2..**memang cupcakes manes pong*


Loratnya wanita itu...


Waahh..dapat jersi Sepanyol nampak? Ah!!! takde2. Jerman mesti menang. Kalau tak, tidur luar... ;P


Team baru yang layak ke Piala Dunia


Penyampaian hadiah. Tapi aku memang nak curi hadiah ni... Gila wey, aku nak duduk atas bulu merah ni pon sayang.. lagi kan nak kus kus.


Kami dapat tabung..whut? tabung???deyum


Habuan besar untuk semua orangg


tapi bukan semua berpuas hati dengan ganjaran besar ni. Tuan Pengerusi mahu terjun bunuh diri akibat terlalu benci di hujung sana tu, isteri beliau lari tak pakai selipar ke 7E untuk beli plaster kepala bersama kak Haidar, Yuyu layan tv untuk melupakan kekesalan dihati. maka yang ini saja bertuah.

psss..lakiku tak menyedari santapan durian?? jawapan di entri akan datang kalau ada.


Esok paginya. Suasana sungguh indah dari anjung. Indah kerana aku kerja. Great


Posing sikit sebelum pulang


Ini bukan pondok untuk perbualan ini 'Hey?? buat apa ni? dah kahwin belum?'


Rasa kecil diri ini



Tak sempat pun nak bercanda di pasiran kolam


Senyummm bang


Pagi buta ni wuuuu

Walaupun 1 hari saja. Tapi oklah dapat lari dari kesibukan kota yang melemaskan tu (cit..ayat novel).. Cuti tak dapat ambil sebab mahu simpan untuk yang lebih gumbira lagi. Walau apa pun, suami kelasss dapat menyambut harijadi seperti ku sebanyak 3 kali. 3 kali makan kek. woww.. Sekali dari ku hanya untuknya, kedua seprais party oleh keluargaku di Tanjung Puteri, Hartamas. Open table stemboat tu.. ramai juga sedara dapat hader. terkejut den. Terima Kasih Abah sebab belanja. Akhir sekali, oleh rakan rakan kami. Wuuu.. Suami terharu gitewww.

Bahek. Sekian saja buat kali ni. Nanti sambung lagi

ADUH!

OK2.. janganlah baling kasut, sakitlah...Ye!!!! aku tak tipu..nanti hapdet lagi...SUMPAH!! **crossing fingers** DUSH! @_@ mata lebam.

Rabu, 5 Mei 2010

Maaf> Mari cuci mata

Wooooooooooooooooooooooooooooooooo...maaf!!!!! inilah pertama kali aku tinggalkan blog secara berabad2 lamanya. Sebelum ni dok kata zaman batu lah apa lah.. Sekarang sudah terbukti yang blog aku memang ketinggalan seperti zaman mesolitik kunonya..

Aktiviti memang banyak beb!! serius.. tapi ku tak punya masa untuk berblog. Nafsu pun semakin kurang lantaran lambakan kerja yang macam2.

dan di bawah ini juga salah satu kerjaku jua untuk Ren-da Bellezza

Mari tonton 5 dulang hantaran dari Fendi kepada Sarah untuk majlis pertunangan mereka.


Sirih Junjung





Sirih Junjung Sarah untuk Fendi


Telekong





Buah-buahan


Maaf tetiba terkecil..haha



Gelang Ac wuuuuuu




dan Mekap




Sekian saja..Insyallah, jika ada rezeki lagi, akan dipaparkan update2 terkini daripada Ren-da Bellezza..

Jika ada yang berminat boleh email ke a.xteqs@gmail.com

*** Esok, insyallah...akan update tentang dunia realiti daku k.. Wassalam