difikirkan kembali...setiap bulan kita bekerja apakah matlamat dan destinasinya ..bagi aku setiap orang lain 'goal' tentang apakah yang membuatkannya bekerja setiap bulan.. 'kerja nak cari makan lah beb'...'kena kerja lah ...kalu tak kerja..nak buat apa' and bla..bla..bla...
aku bekerja sebab kena kerja..kalu tak, buat apa belajar sampai dapat degree n melalot .. sebab lain.. sebab mana nak dapat duit oii... tapi sedar tak sedar..kerja setiap bulan, sebesa mana lagi gaji..besar lgi hutang..percaya x? hidup kita memang x pernah cukup.. sentiasa tak cukup... orang kaya tu??? ingat diorang banyak duit, x de hutang ke??? diorang punya hutang lagilah banyak dari kita.... sebab terlalu banyak aset yang nak 'show off' kan.. pakai kad kredit(itu hutang).. bersyukurlah kita yang tak pakai kad kredit.. orang kata..'eleh... so last seasonnya tak de kad kredit'.. pastu aku cakap dengan dia balik kalau boleh balas...' so new seasonnya banyak hutang'...
dihitung-hitungkan... kadang kadang kita tengok orang tu kaya... bestnya pakai kereta besar... lagi lagi tengok majalah, datuk z,n,o dan dll..bersama keluarga...then tengok pulak ada anak gadis..uih..cemuih jeles aku... mesti dia banyak koleksi hebat kan.. jelesnya tengok dia...hidup jadi anak orang kaya....paling dasyat berlaku.. bila tengok dalam majalah.. beckham dan victoria pun aku boleh panas hati... x puas hati... apa ni ...kaya sangat..dan selalu tak terfikir atau terlintas.... ' eee..duit banyak... duit berjuta juta..bagi aku sejuta pun tak luak agaknya...dan kita mula berangan kalu dapat merasa sejuta tu... pastu buat wish list apa yang kita nak beli..kalau aku kan...aku nak kereta ini...nak beg lv,sv, gv ot, bla..bla.....uhhh... naluri manusia ..sunggoh klise..' nafsu buas manusia tetap sama...jangan bohong dengan menidakkan apa yang aku cuba kata k..kalau tak banyak sikit mesti kena punya...
Setelah hampir setahun aku bekerja..(kelako kan ...).. aku agak ceria.. pertukaran tempat kerja, gaji, keselesaan..tapi pernah ke aku dapat mengerti ayat selesa tu?? setiap kali gaji penah cukup ke?? dulu mase gaji kecik..doa..'uih...kalau lah gaji naik sikit..mesti ok..x sesak camni...' ...bile dah dapat.. ayat yang sama berkumandang...makna nya... apakah yang dapat memuaskan hati aku? hati perempuan tak pernah dapat dipuaskan..letaklah dia anak orang kaya macamana pun... tapi pucuk pangkal..niat seseorang tu...
bila aku hitung kembali..apakah destinasi gaji aku setiap bulan..
secara asasnya:
RM400-RM100 biasiswa dari incik dd= RM300 -kereta
RM200- ASB
RM100- hutang incik dd (dah 8 bulan aku bayar dan tak tahu bila akan selesai..bayangkan lah banyak betul hutang aku terhadap incik dd)
RM150-ibu
RM250-minyak kereta
RM150-insurans
RM100-kutu (10 orang staff)
RM150-makan (secara kasar)
RM400-membabi buta tanpa disedari(aku rasa belanja.. tapi awas..bukan shopping)
dan jumlahnya= kiralah sendiri...
bayangkanlah..apa yang tinggal untuk diri aku sendiri... bagaimanakah aku ingin berkahwin??? pernahkah anda berfikir..berapakah duit yang anda akan bagi pada ibu bapa anda pada ketika tiba masa anda harus berkahwin?...'ooo...ala....mak bapak aku kan ada...' 'uishhh...malas lah nak fikir...' ...ayat ayat yang biasa aku dengar.. habis tu takkan nak berhutang?? biasalah.. nama pun kahwin..berhutanglah....jadi.sendiri fikirlah...
percaya atau tak..dalam masa 3 hari ketika minggu cuti raya haji.. tanpa aku sedari rm500 habis dalam sekelip mata..siap boleh pinjam nenah lagi rm50 untuk isi minyak balik kl dari kampong aku , melaka..wtf.. tapi aku tak berkira orangnya ketika bergembira..(nasib baik incik dd, sama sepertiku..maka kami memahami dari sudut itu).. urghh... nasib baik aku tak perlu bayar sewa rumah, belanja dapur, bil elektrik, bil air... kalau tidak aku mati kering setiap bulan..namun,.. sesengkek mana pun aku.. aku payah untuk menghamburkan kemiskinan dibahu orang tuaku.. usahlah..cukuplah mereka membela aku dari kecil.. takkan lah dah ada pendapatan aku masih nak jadi anak kecil yang mengharap susu lagi..mungkin aku sudah terbiasa dari zaman sekolah tak meminta duit.. apa yang aku dapat.. itu yang aku ada..syukur.. kebuasan aku ketika ini masih boleh dikawal..
tapi i had a great time semasa bergembira ketika kehabisan rm500 dalam sekelip mata..mungkin pada sesetengah orang..'ala amount kecik je tu'..tapi pada aku sangat besar untuk masa yang singkat...aku tidaklah menggelarkan bershopping dengan pembelian 2,3 items pon..
terpulanglah pada pemikiran masing masing bagaimana anda menchorak duit dan belanja bulanan anda asalkan anda tau destinasi dan matlamat anda bekerja setiap bulan sehingga hampir separuh abad nanti..insyallah.. yang penting bahagia... dan elakkan HUTANG... (
ini bukan entri motivasi)
Apa saya pakai tu hari
gaun-forever 21
beg- modern-flashback
anting anting -elo
gelang- hadiah
kasut-vincci
babai