Memaparkan catatan dengan label phuket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label phuket. Papar semua catatan

Khamis, 14 Januari 2010

Sawadikapp!!

Waaahh..hi....lama betul aku mengambil masa memuat turun kan gambar2 ketika di Phuket. Tak tahu kenapa kurang berperasaan best di sepanjang minggu ni..

Perkara yang buat aku gembira apabila aku kini sedang mengamalkan pengambilan makanan sihat (kurang kapasiti kalori, kabohidrat--lebih banyakkan protein, sayur dan juga makanan tanpa minyak langsung), serta memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Gym di rumah...woo... baru ku rasa hey.. bermakna hidupku kini...selepas ramai yang bertanyakan 'eh..mengandung ke?'...'eh...dah berapa bulan?'....'eh perut dah besar nampak'...dan aku rasa seperti ingin 'eh....korang ni kenapa? gemuk sangat ke aku?'..kalau lebih lagi 'eh....sibokkkkknyeeee' ....dan barulah kini...'eh....memang aku dah tembam dan buncit secara langsung jika anda di depan ku'

Maka, tidak perlu menjaga hati dengan mengeluarkan ayat 'eh..anil ok..x gemuk la....' ...ouh pelis sayang2 semua... anda tidak berada di keliling hidup saya setiap hari..jadi anda tidak tahu akan perubahan bentuk badanku selepas berkahwin...sekian terima kasih...

Ok berbalik kepada cerita Phuket aku pergi tak lama kerana kami mempunyai tidak kegemaran berada lama2 di negara orang..kerana mengikut pengalaman kami...susah nak sesuaikan keadaan dan makanan orang luar ni...

Jadi pergi selama 4 hari saja
untuk info kami tempah tiket Airasia (seperti biasa lah kan..murah) setahun yang lalu
Pergi-Balik dan muatan beg pergi-balik juga seorang RM165 yang bagi kami murah kerana promosi free seats ketika itu

Hari Pertama

Tiba malam


Suka.... dah sampai terus buka bb


Kami menginap di Chang Residence-lokasi Patong Beach
Tidak memilih hotel mahal dan berbintang2 kerana sepanjang hari menghabiskan masa di luar






Dari balkoni bilik kami


Berjalan di sekitar Bangla Road-lokasi terhangat di Patong


Mereka digelar Lady Boy..cari rezeki dengan hanya mengambil gambar bersama pelancong


Stripper dancers yang sopan..yang tidak sopan berada didalam..hehe




Terkesima kami melihat kedai ini yang mempunyai banyak gileeeee kasut


Sebab semua kedai adalah non halal di sekitar situ, jagung santapan kami..Nasib dah makan dalam flight tadi


dan air kelapa...yay!!


Hari kedua

Adik dan abah baru tiba kerana ada persembahan pada malam sebelumnya
Kami naik tut2..mahal dari teksi biasa di Malaysia okeh...booo



Langsung ke destinasi yang dituju..kawasan masyarakat islam...maka..restoran halal banyak


'Ghadafi Restaurant' paling terkenal di situ kerana pilihan makanan yang banyak
Thai, Melayu, India, Arab dan tak lama lagi France...


Punyalah banyak menu yang diberikan kepada kami...kami tak order..dia hantar apa yang famous..
Semua RM150++ =1500bath rasanya...abah kata tak kisah sebab bukan selalu datang Phuket..hehe



Bersama tauke, isteri dan anak perempuannya (Mereka berasal dari Langkawi dan berketurunan Mahsuri)


Anak tauke, Nui baik hati bawa kami ke Elephant Trekking...yay!
Pondok untuk naik gajah


Mak dan Abah dulu

Kemudian adik dan kakak


Baru giliran kami...Gayat okeh..serius takut sebab tempat ni curam..


Kena marah dengan suami sebab main bb atas gajah..heee


Ayam pun mahu posing


Jalan2 bersama Nui...pencarian pakaian mandi dan lain2


Nui yang baik hati


tak ingat nama tempat ni...heee...tapi cnthek pandangan laut dari atas




Kakak ajak bergambar juga dengan ladyboy2 ini..seorang RM10=100 bath
dengan selambanya dia letakkan tanganku kat buah dada dia..nasib pondan

Di sini memang pondan je lah berleluasa


Careffour(malas nak semak ejaan) dan Robinson


Makan udang bakar dan air buah...gerenti halal
Kami berebut-rebut makan


Selamat datang ke syurga bikini


Hari ketiga

Sedia bertolak untuk jelajah pulau2 seperti Phi2, Maya dan lain aku tak ingat..



Snorkeling time...yay!!


Ikan menari2 saja di sekeliling..tak takut langsung depa






Kemudian ke pulau yang banyak monyet...haha...mereka sangat pelahap
tapi sebab dah muak makan pisang..dia tak mahu pisang itu...sedap tembikai tu lagi katanya




Abaikan pemandangan ya..nasib pembaca semua perempuan (harap2la)



Haa...ni pulau yang ada monyet tu...cantik kan


Iklan sekejap...tak marah kan...? ;P


Kemudian singgah makan di phi2 rasanya....Masyallah..semua tamak tak ingat kerana tukang masak islam dan makanannya halal..slurp...


Sempat main permainan bola pantai ke apa tah..


Maaf..aku feeling sengal disini



Kawasan tsunami di sepanjang pulau


Tak dapat tahan pemandangan


Ia seperti pertembungan dua teluk...canthek sangat


Menikmati udara nyamann


Air sangat cantik..suci dan berkilau seperti langsung tiada pencemaran walau sedikit pun


ha....yang ni Maya Bay..Lokasi filem The Beach


Aksi yang tidak terlampau jika berada di sana...heee


Kemudian ke pulau apa tah ...
Maaf...aku memang sukar mahu mengingati nama2 tempat ni



Rasa seperti beranak jagung dah berada di Phuket ni...


Kembali ke Patong


Wajib setiap kali ke negara luar membeli tshirt hard rock..suami pengumpul
(suamiku sunburn)


Hari keempat

Menunggu teksi pada jam 5 pagi...huuuu


Cuaca pun gelap lagiii...maka gambar pun gelap


Memang terasa ala2 ngantuk saja di pagi hari ni...tunggu..... sehingga dapat berbelanja di zon bebas cukai...yay!



Babai Phuket


Kesimpulan seronok...kerana sesekali dapat bercuti...setiap tahun harus meluangkan masa merehatkan minda berjalan2 di negara orang...tak kisah jika negara jiran sekalipun...
Jauh perjalanan luas pandangan (err....betul ke?)


**Tahniah kepada Shahila dan Shadeq(bunting pelamin sungguh...hehe) kerana sudah pun mengandung 6 minggu..jika tak silap...alhamdulillah