Memaparkan catatan dengan label wed. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wed. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2009

Kisah kek

Dah lama sebenarnya aku nak memuatkan entri kek hantaran ku ni...Sungguh asyik tak kesampaian.. Maaf jika bosan dengan kategori2 perkahwinan ni.. Tapi jika suka, teruskan skrol..hek..
Kek beg ni memang jadi idaman aku sejak dahulu lagi..Dalam entri ketika bujang dulu pun ada aku nyatakan tentang hasrat hati cik kiah ni..

Maka, akibat penggoogelan di merata-rata. Aku berjumpa dengan cik anis ke puan ke aku tak pasti.. yg penting..bila dah ambil kek bagai. Rupa-rupanya dia kawan kakak aku...lerr...kalau tak mesti dapat diskaun..Nasib badan...

ANis ni empunya Anis Magic fingers ....memang magik pun.. dan kek beg tangan ni pertama kali yang dihasilkannya. Beliau siap minta tolong rakan untuk menyiapkan kek ini..

Yang kelakarnya, beberapa hari sebelum tarikh pengambilan, anis hubungi ku, 'awak...saya nak gemukkan sikit kek ni boleh tak?' aku tak ingat puncanya tapi mungkin sebab dia kena gemuk baru boleh bentukkan kot.. hehehe...aku tak kisahlah...gemuk ke kurus ke...janji dia canthek..


Sungguh bertungkus lumus pembuat kek
Pssst--gambar dicilok dari blog beliau



Tengok sahaja pun dah kagum


Yang paling aku teruja, buckle tu...ya ampon...hingga kini aku tak berpeluang tanya, dimanakah beliau dapat..Aku simpan dalam kotak aksesori kahwinku hingga kini...sayang...


Saat mahu dijamah...uwaaaaa


Hari ketiga menjadi pengantin


Penuh semangat..dalam jantung dan hempedu...coi...


Panggil makcik2 ku yang ada, mari kita buat sesi potong kek yang menyedihkan


Kejamnya aku ketika memotong..
(lihat badanku yang kurus kering ketika kahwen...kini tidak lagi..haha)



Tengokk...kulit sudah disiat....


Gambar seterusnya, tak perlulah la kan...aku tak beri peluang sesiapa pun yang menangkapnya...Tak mampu..sangat sayang nak makan...tapi bila makan...WOWW...sedap..isinya perasa oren..nyummy....siap bungkus2 bawa pulang kl...

**Sesiapa yang baru dapat anak buah ke, nak anjur baby shower ke, beliau baru hasilkan kek bentuk badan baby..memang serious canthek, tapi cam sayang nak makan juga..silalah dapatkan

Yang berkenan, email lah beliau, 6019-3004352 ni no untuk dikontak...silalah ya...

Jumaat, 15 Mei 2009

My put's wed

Seperti yang dijanjikan, ini sebahagian dari majlis perkahwinan bff saya. Majlis beliau sangat manis dan cantik. Tema adalah Dusky Pink. Bergumbiralah menatap..tapi ini hanyalah prebiu sahaja. Kena lah tunggu tuan punya badan memuat turun gambar rasmi beliau yang lebih meletop nanti.



Sangatlah manis di malam pernikahan.


Alhamdulillah..dengan rasmi menjadi Mrs Amkhaiz



Hafifi ala2 cuaklah konon nak bersanding


Flower girl yang chumel belaka


Santek! Menawan! Pelamin melets


Suka kek itu...hik...kami tahu sejarah kek ini.



Majlis bertandang yang sangat lah suwit..



Sayang beliau


Persalinan indah buatan Bandong



Dengan secara rasminya saya mengisytiharkan Mr and Mrs Amkhaiz