Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

BBQ Lagi

Yuhuuu...ouh yeah. Aku mungkir janji.. Aku kata 'esok' kan lepas entri hantaran tu?? Hahahaa..well that's me.. suka lambat2an... Entri mmg dah lama yang aku paparkan ni. Agak kebasian. Dah lama pun di upload di Muka buku. Tapi kat sini baru berkesempatan....
Ok buhsan dengan ayat2 basi diatas.. Sekian lama tak bercuti dengan rakan2. Bercadang hendak ke Redang or Perhentian awalnya. Tapi banyak halangan dan ketidaksesuaian berlaku. Biasalah manusia, kita boleh merancang sahaja. maka ke PD sudeyyyy.... Pd..pon pd lah.. Amboi kemain siap lantik pengerusi, ajk sekalian, ada meetingg wey!!! ngengada habesssssss... AJK games yang tahan tak tahan tuu.. Yang tak adilnya kenapa Ciksenah dan Viviana??? Kenapa??? Geram hingga kini.. sebab mereka tak usah main?? Cis. Memang pasti ku bantah bila AJK2 ini dilantik nanti untuk rancangan akan datang..Aku pula AJK penginapan ...puff
Pagi2, dah kena bangun, pengerusi mahu datang ambil kami. Bapak bawak anak anak ayam lah katakan. Suami saya ada kerja, petang baru menyusul keseorangan bersama sepi sekuntum mawar merah ke PD.. Kesian dia


Berpiknik untuk makan tengahhari yang dimasak oleh Encik tertonggeng itu. Hebat bukan? Makan sambil rasa ngeri kerana diancam bunuh oleh Kerengga2


Menginap di Mayangsari Resort. Boleh tahan apartment ini!!

Melompat kijang akibat feeling sunset


Melankolik gaya anda berdua?


BBQ secara manual dan tradisional. Terasa seronok **Yelah tu** haha


Inilah game kelolaan CikSenah dan Viviana. Lihat. bermati2an lelaki2 ini cuba menewaskan pisang


Wahh..lihat pasangan yang jauh di depan itu..Kacak bukan


Tapi aku kalah dicabaran masukkan jarum dalam benang....Grrrr.. Sebab tu den memang tak pandai menjahit


Kemudian acara yang dinanti...Wuhuu... Seprais for besday boy lah weyy


Kek cawan buatan kakak diatas tu dan Tuan Pengerusi.. Auww. manis seperti gula2..**memang cupcakes manes pong*


Loratnya wanita itu...


Waahh..dapat jersi Sepanyol nampak? Ah!!! takde2. Jerman mesti menang. Kalau tak, tidur luar... ;P


Team baru yang layak ke Piala Dunia


Penyampaian hadiah. Tapi aku memang nak curi hadiah ni... Gila wey, aku nak duduk atas bulu merah ni pon sayang.. lagi kan nak kus kus.


Kami dapat tabung..whut? tabung???deyum


Habuan besar untuk semua orangg


tapi bukan semua berpuas hati dengan ganjaran besar ni. Tuan Pengerusi mahu terjun bunuh diri akibat terlalu benci di hujung sana tu, isteri beliau lari tak pakai selipar ke 7E untuk beli plaster kepala bersama kak Haidar, Yuyu layan tv untuk melupakan kekesalan dihati. maka yang ini saja bertuah.

psss..lakiku tak menyedari santapan durian?? jawapan di entri akan datang kalau ada.


Esok paginya. Suasana sungguh indah dari anjung. Indah kerana aku kerja. Great


Posing sikit sebelum pulang


Ini bukan pondok untuk perbualan ini 'Hey?? buat apa ni? dah kahwin belum?'


Rasa kecil diri ini



Tak sempat pun nak bercanda di pasiran kolam


Senyummm bang


Pagi buta ni wuuuu

Walaupun 1 hari saja. Tapi oklah dapat lari dari kesibukan kota yang melemaskan tu (cit..ayat novel).. Cuti tak dapat ambil sebab mahu simpan untuk yang lebih gumbira lagi. Walau apa pun, suami kelasss dapat menyambut harijadi seperti ku sebanyak 3 kali. 3 kali makan kek. woww.. Sekali dari ku hanya untuknya, kedua seprais party oleh keluargaku di Tanjung Puteri, Hartamas. Open table stemboat tu.. ramai juga sedara dapat hader. terkejut den. Terima Kasih Abah sebab belanja. Akhir sekali, oleh rakan rakan kami. Wuuu.. Suami terharu gitewww.

Bahek. Sekian saja buat kali ni. Nanti sambung lagi

ADUH!

OK2.. janganlah baling kasut, sakitlah...Ye!!!! aku tak tipu..nanti hapdet lagi...SUMPAH!! **crossing fingers** DUSH! @_@ mata lebam.

Isnin, 2 November 2009

Kisah kek

Dah lama sebenarnya aku nak memuatkan entri kek hantaran ku ni...Sungguh asyik tak kesampaian.. Maaf jika bosan dengan kategori2 perkahwinan ni.. Tapi jika suka, teruskan skrol..hek..
Kek beg ni memang jadi idaman aku sejak dahulu lagi..Dalam entri ketika bujang dulu pun ada aku nyatakan tentang hasrat hati cik kiah ni..

Maka, akibat penggoogelan di merata-rata. Aku berjumpa dengan cik anis ke puan ke aku tak pasti.. yg penting..bila dah ambil kek bagai. Rupa-rupanya dia kawan kakak aku...lerr...kalau tak mesti dapat diskaun..Nasib badan...

ANis ni empunya Anis Magic fingers ....memang magik pun.. dan kek beg tangan ni pertama kali yang dihasilkannya. Beliau siap minta tolong rakan untuk menyiapkan kek ini..

Yang kelakarnya, beberapa hari sebelum tarikh pengambilan, anis hubungi ku, 'awak...saya nak gemukkan sikit kek ni boleh tak?' aku tak ingat puncanya tapi mungkin sebab dia kena gemuk baru boleh bentukkan kot.. hehehe...aku tak kisahlah...gemuk ke kurus ke...janji dia canthek..


Sungguh bertungkus lumus pembuat kek
Pssst--gambar dicilok dari blog beliau



Tengok sahaja pun dah kagum


Yang paling aku teruja, buckle tu...ya ampon...hingga kini aku tak berpeluang tanya, dimanakah beliau dapat..Aku simpan dalam kotak aksesori kahwinku hingga kini...sayang...


Saat mahu dijamah...uwaaaaa


Hari ketiga menjadi pengantin


Penuh semangat..dalam jantung dan hempedu...coi...


Panggil makcik2 ku yang ada, mari kita buat sesi potong kek yang menyedihkan


Kejamnya aku ketika memotong..
(lihat badanku yang kurus kering ketika kahwen...kini tidak lagi..haha)



Tengokk...kulit sudah disiat....


Gambar seterusnya, tak perlulah la kan...aku tak beri peluang sesiapa pun yang menangkapnya...Tak mampu..sangat sayang nak makan...tapi bila makan...WOWW...sedap..isinya perasa oren..nyummy....siap bungkus2 bawa pulang kl...

**Sesiapa yang baru dapat anak buah ke, nak anjur baby shower ke, beliau baru hasilkan kek bentuk badan baby..memang serious canthek, tapi cam sayang nak makan juga..silalah dapatkan

Yang berkenan, email lah beliau, 6019-3004352 ni no untuk dikontak...silalah ya...

Jumaat, 17 April 2009

Wajib mahu!

Mata hampir tertutup, ngantuk yang amat. Hinggalah aku teringat kek...bolehke?? Tak patut betul ia muncul di kala ini. Orang lain dah nak bangun Subuh dah..tapi aku tidur pun belum..Bila teringat kek, ada 2 jenisan yang aku ingin kan..tak peduli..tak peduli..

Oleh kerana hantaran dari kedua-dua kami tersenarai objek kek, aku ingin mencari kek yang mungkin akan aku gemari lantas tidak membenarkan sesiapa makan atau menyentuhnya...Kejamnya! Kek untuk dimakan bukan untuk dilihat dengan sakit hati..haha...Maafkan saya dengan niat itu.

Saya telah membuat keputusan untuk menghadiahkan Incik dd kek jenisan ini

Fondant mini cakes with fondant roses.
Kredit untuk Seafrost


Pada mulanya, memang aku ingin menghadiahkan beliau kek fondant 1 tier lah..as usual..tapi seperti alasan kejam diatas, maka cari sesuatu yang mungkin suwit untuk dilihat..

Dan dengan tidak malunya, aku mahu ini untuk aku ...Incik dd..wajib ok..

Ouh...
Kredit untuk Miracookis


Tapi aku tak mahu jenama tersebut, mahu Chanel boleh??? haha... ntah termakbol atau tidak..Sekali mahal...mampuih tak proceed... kalau tak proceed, secara automatisnya aku akan menonton Seducing Mr Perfect dan dengan berangannya mahu mendampingi Daniel henney...(atas dasar tujuan protes)....

Kek dimasa resepsi ku, tidak terbayang langsung kerana aku membuat andaian bahawa Pak Engku akan menyediakannya...Pasrah saja apa2pun, pulut kuning pun bolehlah labu...Pasrah seperti pelamin anganku..

*****Kad tidak berganjak kerana aku memang sibuk dan hakikatnya aku tak tahu apa yang sedang aku sibukkan sekarang ****Toink~