Memaparkan catatan dengan label chef zainal tg puteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chef zainal tg puteri. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

BBQ Lagi

Yuhuuu...ouh yeah. Aku mungkir janji.. Aku kata 'esok' kan lepas entri hantaran tu?? Hahahaa..well that's me.. suka lambat2an... Entri mmg dah lama yang aku paparkan ni. Agak kebasian. Dah lama pun di upload di Muka buku. Tapi kat sini baru berkesempatan....
Ok buhsan dengan ayat2 basi diatas.. Sekian lama tak bercuti dengan rakan2. Bercadang hendak ke Redang or Perhentian awalnya. Tapi banyak halangan dan ketidaksesuaian berlaku. Biasalah manusia, kita boleh merancang sahaja. maka ke PD sudeyyyy.... Pd..pon pd lah.. Amboi kemain siap lantik pengerusi, ajk sekalian, ada meetingg wey!!! ngengada habesssssss... AJK games yang tahan tak tahan tuu.. Yang tak adilnya kenapa Ciksenah dan Viviana??? Kenapa??? Geram hingga kini.. sebab mereka tak usah main?? Cis. Memang pasti ku bantah bila AJK2 ini dilantik nanti untuk rancangan akan datang..Aku pula AJK penginapan ...puff
Pagi2, dah kena bangun, pengerusi mahu datang ambil kami. Bapak bawak anak anak ayam lah katakan. Suami saya ada kerja, petang baru menyusul keseorangan bersama sepi sekuntum mawar merah ke PD.. Kesian dia


Berpiknik untuk makan tengahhari yang dimasak oleh Encik tertonggeng itu. Hebat bukan? Makan sambil rasa ngeri kerana diancam bunuh oleh Kerengga2


Menginap di Mayangsari Resort. Boleh tahan apartment ini!!

Melompat kijang akibat feeling sunset


Melankolik gaya anda berdua?


BBQ secara manual dan tradisional. Terasa seronok **Yelah tu** haha


Inilah game kelolaan CikSenah dan Viviana. Lihat. bermati2an lelaki2 ini cuba menewaskan pisang


Wahh..lihat pasangan yang jauh di depan itu..Kacak bukan


Tapi aku kalah dicabaran masukkan jarum dalam benang....Grrrr.. Sebab tu den memang tak pandai menjahit


Kemudian acara yang dinanti...Wuhuu... Seprais for besday boy lah weyy


Kek cawan buatan kakak diatas tu dan Tuan Pengerusi.. Auww. manis seperti gula2..**memang cupcakes manes pong*


Loratnya wanita itu...


Waahh..dapat jersi Sepanyol nampak? Ah!!! takde2. Jerman mesti menang. Kalau tak, tidur luar... ;P


Team baru yang layak ke Piala Dunia


Penyampaian hadiah. Tapi aku memang nak curi hadiah ni... Gila wey, aku nak duduk atas bulu merah ni pon sayang.. lagi kan nak kus kus.


Kami dapat tabung..whut? tabung???deyum


Habuan besar untuk semua orangg


tapi bukan semua berpuas hati dengan ganjaran besar ni. Tuan Pengerusi mahu terjun bunuh diri akibat terlalu benci di hujung sana tu, isteri beliau lari tak pakai selipar ke 7E untuk beli plaster kepala bersama kak Haidar, Yuyu layan tv untuk melupakan kekesalan dihati. maka yang ini saja bertuah.

psss..lakiku tak menyedari santapan durian?? jawapan di entri akan datang kalau ada.


Esok paginya. Suasana sungguh indah dari anjung. Indah kerana aku kerja. Great


Posing sikit sebelum pulang


Ini bukan pondok untuk perbualan ini 'Hey?? buat apa ni? dah kahwin belum?'


Rasa kecil diri ini



Tak sempat pun nak bercanda di pasiran kolam


Senyummm bang


Pagi buta ni wuuuu

Walaupun 1 hari saja. Tapi oklah dapat lari dari kesibukan kota yang melemaskan tu (cit..ayat novel).. Cuti tak dapat ambil sebab mahu simpan untuk yang lebih gumbira lagi. Walau apa pun, suami kelasss dapat menyambut harijadi seperti ku sebanyak 3 kali. 3 kali makan kek. woww.. Sekali dari ku hanya untuknya, kedua seprais party oleh keluargaku di Tanjung Puteri, Hartamas. Open table stemboat tu.. ramai juga sedara dapat hader. terkejut den. Terima Kasih Abah sebab belanja. Akhir sekali, oleh rakan rakan kami. Wuuu.. Suami terharu gitewww.

Bahek. Sekian saja buat kali ni. Nanti sambung lagi

ADUH!

OK2.. janganlah baling kasut, sakitlah...Ye!!!! aku tak tipu..nanti hapdet lagi...SUMPAH!! **crossing fingers** DUSH! @_@ mata lebam.

Isnin, 8 Februari 2010

Adikku 22th

OMAGAA!! tidak suka bila hakikat terbaru adalah sekali seminggu saja aku muatkan entri terbaru. Gila tak best..tak mahu.. T_T

Bahek. dengan sedihnya aku muatkan entri yang tak baru habess..tapi tak peduli lah kan. janji ada dalam folder yang sedang dalam list.menanti untuk dipaparkan di sini.

Bulan lepas harijadi adikku. Sperti biasa, akan ada sambutan, agak2 paling sederhana berbanding tahun2 terdahulu.

Atas jasa baik Chef Zainal, beliau menawarkan diri untuk mengadakan di restoran beliau. Tiada tema sebab beberapa hari saja merancangnya selepas pulang dari Phuket. Tetamu pun batas2kan.

Tapi kerana restoran Chef Zainal yang sangat syahdu dan klasik. Maka mood tu sangat best.


Sehari sebelum majlis. Singgah di restoran Chef Zainal dulu untuk makan-makan.
Maka, hadiah tiba tepat pada harijadi beliau..
Haha.. baju bb yg bersilikon dengan banyaknya daripada aku dan suami.. :D



hari majlis..suasana di restoran Tanjung Puteri


Penghibur malam tersebut (Diah.anda pasti kenal).. ;P



Sebahagian sajian



Menu utama Steamboat..nyum



Menari2 Chef Zainal diiringi seksofon



Potong pulut kuning. tradisi harijadi..tapi selalunya aku yang potong tang pulut kuning ni.


Kemudian 2 hari selepas itu, dapat undangan daripada Pak Engku untuk majlis harijadi beliau dan tak lupa juga untuk adikku dan beberapa orang lagi yang lahir pada bulan 1. Murah rezeki beliau. Tema Tradisional, Diraja Melayu, Kampung

Kek ke 2, ada 5 buah kek tak silap aku untuk setiap seorang
tsk..tsk..




Kak limah dan abang kasim



Agak ramai juga tetamu..



Deretan makanan yang tidak berjaya menggegarkan amalam pemakanan sihat ku..



Mila duduk depan kami. Hai..nyanyi kau dan aku sikit



Game kelolaan Jaafar Onn, aku dapat merembat hadiah..yay! beg laptop isinya.



Kena pedajal dek Jaapor



Cikgu Senah.kelas.


Entri akan datang..majlis Sha dan Mira insyallah.doakan cepatan ya.. :p


Selasa, 9 Jun 2009

Aku wanita besi

Ya..itulah perkataan yang agak bertepatan denganku pada waktu kini. Kerana aku mulai biasa dah.

Jadual seminggu ini sangat padat..Semalam (isnin)..berjumpa dengan penggubah bunga
pada majlis nanti iaitu Uncle Muszku dari Flora etc...sambil mengintai isterinya Aunty Mida menyiapkan bunga Pahar yang sangat tradisional dan kaya dengan bunga-bungaan untuk ku..Aku lihat seimbas pun dah telan air liur..Aduh...Terimas sangat-sangat Aunty..jerit perih kalian sangat saya hargai. Kemudian terus bergegas ke Hartamas untuk sesi sedikit perbincangan dengan Chef Zainal Tg. Puteri .. Beliau ini juga sangat lah baik hati kerana insan yang turut menaja (ayat ini macam tak sesuai je--aku bukan artis k) mini pelamin dan kek di malam nikah dan resepsi...Ahak...Chef Zainal ini memang agak dikenali kerana multi bakatnya. Kostum teater P.Ramlee, majlis rakan-rakan artis (baru-baru ini Yatt), dan anda semua harus ke teratak hebatnya di Hartamas. Sekali datang memang akan terpesona dengan keihkhlasan beliau dalam memartabatkan dunia seni klasik---sila rujuk entry ini---
Bila berbincang, sungguh banyak idea-idea yang bernas...aku yang konon banyak idea(sambil datang bawak contoh-contoh) pun agak tekebelakang..hik

Dan Hari ini sangatlah menduga segala mala kesabaran.. Aku harus ambil baju resepsi dari Sitti--empunya Rumah Kebaya ... diwaktu juga kakakku dimasukkan ke hospital..Aduh..memang agak kelam aku. Sedih kerana...di waktu aku akan menuju kegembiraan..Kakak aku merana kerana terpaksa dibedah hari ini juga..Hancur luluh aku bila mengetahuinya.. Dengan kesesakan dan salah jalan ke sana sini..aku memang sangat lah tak boleh tahan..mengejarkan kakak aku yang menderita di hospital.. Aku harus ada di sampingnya...Mak berada di Melaka, Abah di Negeri 9 ...Tapi sesampainya aku di Ampang Puteri .. (dari Kl-Shah Alam-Kl semula) kecewanya aku bila tengok katilnya kosong dan dia telah pun dibawa ke bilik pembedahan. Aduhh!! serba salahnya tak dapat dibendung. Aku tunggu di ruangan menunggu berseorangan. Jururawat bilang pembedahan akan mengambil masa sekitar 2 jam. Oleh kerana aku ada temujanji dengan orang tentang hal kahwin ni, aku bergegas ke sana ..nasib di Ampang jua... dan kemudian mengisi perut yang tidak diisi sejak pagi dengan incik dd yang hadir menemani...Tup-tup sampai di bilik pembedahan...jururawat kata..pembedahan kakak aku telah selesai..dan beliau telah pun dibawa ke biliknye...Adus!! sekali lagi...aku macam orang hilang arah dah...kesana-sini...sudahnya..kakak aku mesti ingat dia sorang-sorang tanpa ada sesiapa yang menunggunye...'Anil ada lah sebenarnya'...

Sesampai di bilik beliau ditempatkan...dia dapat buka mata..dan aku berbual dengannya walaupun suaranya perlahan... Kemudian beransur-ansur adiknya dan rakannya hadir memeriahkan suasana... Kemudian aku harus beredar kerana harus kerja...walaupun sudah minta izin datang lewat......uuu....

Entahlah...sedangkan kakak aku ini akan jadi tunjang pada majlis perkahwinan aku nanti..Sedikit sebanyak, aku dan mak harus mengambil alih dan menyiapkan apa yang tidak siap di tangannya..Tak mengapalah..yang penting dia dapat berehat dan segera pulih... Ouh...tak kena lagi ke tajuk diatas dengan aku sekarang ni........