Memaparkan catatan dengan label Shantong silk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shantong silk. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2009

Aik..Gembira lagi!!!


Setelah lama tidak bersamaan rakan yang tercintak..Aku bangkit dinihari pada jam 8.15 hari minggu lalu... Itu adalah mimpi ngeri pada seorang yang bernama aku..Jujur aku katakan bahawa aku tidak bangun sepagi itu, malah waktu kerjaku juga bermula pada jam 4 petang, maka andaikan sajalah waktu perdana aku setiap hari..uhh..aku tidak mampu mengandaikan ia..ahak..Bangun dengan gigih untuk mengambil stok baru untuk A'xteqs..Begitu bersemangat waja. Sesampai ke tempat yang dituju, tempat tersebut hening kerana belum pukul 10 pun, wahh..itu satu pencapaian hebat..

Setelah ia dibuka, kami memilih stok dengan gumbira dan senang hati..Kemudian incik dd pun dtg menjoin...guess what, daku telah berjumpa dengan satu gaun yang sangat canthek ok...wa...mereka kata persis gaun pengantin...ia tidaklah kembang, tirus seperti pensil skirt tapi cuma labuh, dan bahagian atas persis lace namun ia cotton...ah..dan bahagian pinggang ke bawah ditaburi mutiara.....uuuuhhhhh...dan ia membuatkan aku tidak mampu menolaknya..Walaupun ia tidak sesuai untuk majlis kahwin melayu, tapi aku nak ambil juga...manalah tahu, untuk parti ke apa ke..Tapi aku tak bersedia nak tunjuk kat sini...mungkin suatu hari nanti...hikhik...

Kemudian kami ke butik Saidatulnisa untuk selesaikan sedikit masalah tentang baju..ada lagi yang belum sempurna...weehuu...




Lantas...pergi ke tempat yang kini seperti rumah kedua untuk orang2 sekategori dengan ku...ia kan?kan?kan? Baju incik dd belum selesai lagi, katanya warna baju itu tak menarik maka, carilah kain light gold untuk beliau, ..(Kalau nak tahu...baju nikah kami pun belum tempah lagi ok)..huhu...berbalik dari cerita tadi.kami ke Jln Tar untuk mencari kain yang sesuai, cadangnya mahu ke Jakel, tapi warna yang kami cari tidak ada yang berkenan di hati..Oh sebelum itu, incik dd mahukan kelainan sedikit untuk baju melayu pada hari persandingan nanti, beliau tak mahu baju melayu satin seperti kebiasaan yang akan dipakai...mahu kain shantong silk (aku tak pasti ejaan sebenar) katanya...Potongan pun agak sedikit berbeza..


Ini menjadi pilihan beliau...Contoh terbaik

Potongan baju sedikit kecil dibahagian badan


Gambar Ihsan The wedding Diaries


Potongan ini nampak agak sesuai untuk persandingan..Segak katanya..aku pun berkenan, tapi untuk nikah, eloklah mengikut tradisi kita, baju melayu satin, lebih afdal.. bukan begitu?


Kami terus ke kedai yang memang aku dah aim untuk mendapatkan shantong, warnanya pun tak kurang canthek, dan agak murah berbanding Jakel..kain nya pun tebal dan bermutu..AKu tak pasti nama tempat tu apa.. Alinas rasanya..tapi dia berhadapan Sogo...ia seakan Jakel..bertingkat2, setiap aras ada bahagian masing2, tingkat bawah fabrik, 2-hiasan dalaman dan katil pengantin, 3- aksesori, langsir dll....Kalau di Jakel, Shantong berharga RM33semeter tapi di tempat tersebut hanya RM26semeter...untuk baju melayu lelaki memerlukan 4meter (jika bidang 6)...maka anggarkan sendiri perbezaan harga tersebut..banyak juga kan?

Incik dd tampak gembira dengan pembelian kain tersebut..huyay!!!




Nonet sedang test power angin


Kualiti masa bersama nenah dan nonet




Berkejaran ke sana sini tapi sempat berposing yang agak keterlaluan kan...Yelah..aku kerja jam 4 ok...Tapi harus menyinggah SUngei Wang dulu, mahu beli hadiah untuk harijadi ibu tercinta, kata incik dd, belikan mak jam...Bahekla, aku ikut sahaja....dan ini hasilnya....yay!!!


Ilebiu mom!!!Ternyata mom suka...incik dd yang pilih kerana mom memang bertangan kecil dan tali kulit amat sesuai dengannya...


Gembira lagi...!!!