Memaparkan catatan dengan label deko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label deko. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mei 2010

Jemari Halus?


Hai semua... I malu..Serasa mahu lempang lembut terhadap diri sendiri. Anda masih ingat aku lagi ke?? Kalau tak ingat lagi tak mengapa... Memang boleh buat vote A.ingat lagi B. Tak ingat langsung. Lepas tu jika undian berpihak kepada B. Maka sila lempang diri secara lembut..tak mahu kasar2 ok. :p

Ha!! Sabtu lepas, jika sesiapa yang ada buka Berita Harian, ruangan SABTU mukasurat 5, ada ruangan jemari halus. TADAAA.. aku lah yang mengisi ruangan jemari itu. WALAUPONNNN tak berapa halus. Hahahaha... Maka bolehlah menatap ia seminit dua.. 1 jam pon boleh, kalau nak lah. Tapi siapa lah kan yang gila nak tatap sampai sejam kan??... :p Tapi manalah tahu boleh nampak secebis muka ku itu..hehe.. Siyes., aku mintak rakan designer supaya potonglah muka lebor dan tak berapa cun tu di situ. Beb!! itu ruangan jemari halus bukan wajah halus..*erkk

Abaikan bahagian kanan. Tapi jika tak mahu abai. Tiada undang-undang jatuh hukuman pun.


Jika sesiapan diantara anda adalah penggubah bunga handalan. Harap maaf ya. Aku ni tak terror mana. Kakak ku yang terror bahagian gubahan ni. Tapi sebab dia jauh. Maka aku sajalah yang menjadi galang ganti. Ok tak? :p Nama pun ilham ringkas tampak manes...auww!!!


*Bulan Jun berazam menjadi blogger tegar kembali. Esok insyallah ada entri menanti..Doakan aku tak janji tahi ayam je ya..


Khamis, 1 April 2010

Ren-da Bellezza









Ehem..ehem..minta perhatian semua...jangan malu2..sila2 jangan tukar siaran anda, letakkan pen dan tutup tv sebentar (elehh..macam penting sangat saja)

Seperti yang anda ketahui. Jika sesiapa yang hadir pada gathering tempoh hari mesti tahu apakah yang mewakili booth ku. Paling tidak pun tertanya-tanya...

Baiklah dengan ini aku ingin umumkan secara rasmi tentang kelahiran perniagaan baru kami iaitu

Ren-da Bellezza

Ren-da Bellezza?
Bellezza berasalah dari perkataan Itali iaitu cantik
Maka, gabungan dua perkataan itu bermaksud renda yang cantik,

Kenapakah nama ini wujud? dan apakah simboliknya dengan logo yang kami gunakan.
Kerana cantik berkaitan dengan cermin. Kita lihat cantik, kita ingin lihat cermin. Logo pula kami ketengahkan imej cermin berinspirasikan motif victorian. Dan semua tahu cermin victorian itu berkait rapat dengan kecantikan.

Kenapa cantik? Kena ke?
Cantik itu sempurna. Kesempurnaan merupakan prinsip kami. Makanya, sempurna menjadi objektif kami dalam mengendalikan setiap majlis atau perkhidmatan. Dan setiap majlis yang kami kelolai semoga ia menjadi sempurna. Itu harapan kami. Insyallah..

Ok.Mari kita cerita kenapakah ia wujud. Untuk pengetahuan umum. Ia adalah perniagaan keluarga. Sejak tahun lepas, abahku yang tercinta telah memulakan business event planning untuk majlis perkahwinan dan persembahan nyanyian. Antara perkhidmatan adalah:

Penyanyi
Penataan cahaya (lighting)
Kumpulan muzik
Penari
Penataan bunyi (PA system)
Susun atur majlis

Oleh kerana, beliau selalu buat untuk wedding, maka lahirlah idea untuk melibatkan kakakku, aku dan suami.

Kakakku pintar dalam gubahan, selama ni asyik tolong orang, saudara mara buat hantaran, deko. Jadi daripada membazirkan bakatnya. Maka lahirlah rantaian dalam bidang gubahan dan deko ini memandangkan aku sangat sukakan deko to the max

Penglibatan suami pula, pekerjaan beliau banyak melibatkan majlis korporat dan mesyuarat2 serta aktiviti politik dan sang menteri. Maka, memang secara tak langsung terrrrrjoin pula bidang kanopi.

dan abangku mengendalikan perniagaan kecil2an dalam bidang percetakan tanpa pengetahuan kami.

Maka, hasil dari kata sepakat. Lahirlah Ren-da Bellezza

Demikian adalah perkhidmatan2 yang kami sediakan



Alhamdulillah..sepanjang gathering tersebut, sudah mula nampak perkembangan positif dimana terdapat dikalangan anda yang sudi memberikan kami peluang.

Maka, bakal-bakal pengantin. Sesiapa yang sudi, silalah email saya di a.xteqs@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan. Sokongan anda sangat kami hargai. Peluang anda tidak akan kami sia-siakan

***LAMAN WEB MASIH BELUM DIAKTIFKAN LAGI. INSYALLAH IA AKAN DILANCARKAN SECEPAT MUNGKIN BERGANTUNG KEPADA KONDISI PEREKA WEBNYA YANG KINI AKAN BERKAHWIN.


Selasa, 23 Mac 2010

Flora Etc

Kisah sebelum ke Ipoh tempoh hari, sempat singgah di Flora etc untuk ambil bunga. Minta tolong my uncle sebab benda yang dicari dah tiada di merata. Maka, singgah ke sana buat pertama kali adalah sangat jakun ok. Memang dah lama nk menyinggah tetapi tidak berkesempatan. Suami sudah pernah kesana (tapi tak masuk) ketika ambil gubahan bunga untuk pelamin aku dulu.

Mari lihat hasil kejakunan aku.


Ni belum tengok rumah Razak lg..haishh


Sindrom kependiks'an..maaf..yang penting belakang meletopp kan..
**Lupa nak kredit baju dari butik Jai (one of committee of our gathering).. Butik Bajoo




Feeling sebagai customer..haha..motiff kan.


Ruang diskusi...erk..kerusi itu... humphh


Uncle Muzs saya ada juga mengutarakan supaya belajar gubah bunga dan kerja part time di situ bila kelapangan...woww... itu adalah peluang jongkong emas yang tidak bisa ditimbangkan lagi. Mahu sangat. Bila aku sudah sihat fizikal, memang mahu. Mungkin setiap Sabtu ke. Insyallah. .jika diizinkan.

Cerita lain
Aku tidak sempat mahu mengkabarkan berita gembira. Ada beberapa di kalangan kita sudah menghidu tetapi aku berdiam diri hanya kerana keadaan yang tidak berapa mengizinkan. Tapi kini bolehlah diberitahu bahawa aku mengalami keguguran baru-baru ini ketika kandungan mencecah 4 minggu. Tapi hanya tahu mengandung ketika 3 minggu dan sempat berasa seronok selama seminggu saja.

Tapi tak mengapa, tiada rezeki dan tuhan belum izinkan lagi. Aku dan suami mengambil langkah positif dan tidak mahu terikut-ikut oleh emosi. Insyallah, kami akan cuba lagi 'bila sudah boleh'..hehe...

kepada yang pernah tahu dan ucapkan tahniah..terima kasih ya. dan yang merisik2 ..aku tak menjawabnya,,aku minta maaf. Cuma diminta doakan supaya kami murah rezeki lagi ya... Temkiuk <3

Rabu, 17 Mac 2010

Deko di Ipoh

Yuhuuuuu..Haiyah...hiarghh..Saya kembali..Sorilah! Macam tak biasa saja dengan keadaan chipsmore aku ni. Cak.kejap ada.kejap tak ada.

2 Sabtu yang lepas. Lebih tepat 7Mac hari itu. Kami semua naik ke Ipoh untuk hadir ke majlis perkahwinan Kak Azean iaitu kakak yuyu. Bukan hanya jemputan tapi memenuhi peluang yang diberi oleh Kak Azean. Iaitu mendeko. Seronok, tapi penat sebab...boleh kan wujud dewan yang mempunyai 2 majlis pada hari yang sama, iaitu siang dan satu lagi malam. Majlis kak Azean ni pada malam hari. Anda ada terfikir sesuatu tak? Iaitu. Bilakah masa nak buat setting bagai? cuba cerita sikit.. Hello...nasib baik tiada pelamin ok. kalau ada tak haru? Memang Tamak bin Pelahap management dewan tu okeh.

Jadi segala kerja amatlah kelam kelibut dan cepat sebab kami hanya ada masa 3 jam sahaja untuk buat dekorasi. Huh. gila tak gila.

Apa2 pun tayang bunga tangan dulu. Ehem.. :D



Alhamdulillah. Kak Azean suka benooo..hee


Kumbang si penghisap madu



Bunga penghias meja beradap


Tidak ku perasan seekor bunga telah jatuh sebelm berjuang...haha



Dekorasi ringkas dari team kami



Centerpiece daripada Yuyu. Inspirasi dari Amy.. ;p

Juga yang ini. Permintaan pengantin. Pada mulanya ingin mewarnakan sepit kayu itu warna pink, tapi tak jumpa, putih pun jadilah labu.
(padahal di rumah aku ada warna pink tu) T_T


Perasan tak wardrobe di meja beradab tu tak siap pasang lagi. Memang bertekak dengan si katering itu. Apsal ya, memang katering sekarang ni...haishh


Bunga orkid hiasan di kerusi2

Ringkas kerana kesuntukan masa T_T



Our favourite part


Sedikit hiasan untuk ruangan potong kek dan bergambar



Rangkaian gambar dan tag nama di Arch


Sebenarnya kami hasilkan ia banyak tapi tak sempat nak gantung di merata2 tempat
Mari T_T lagi
Kesimpulannya, tak berapa puas hati sangat. Jikalaulah diberi cukup masa..Uhukk..
Insyallah..Perasankanlah kehadiran kami di Gathering itu nanti ya. Nama kami bakal diumumkan kelak. Hehehe

Rabu, 16 Disember 2009

Deko, deko, deko II

**maafkan kerana tidak dapat mengemaskini blog selalu..kawan-kawan pun tidak dapat aku kumen buat sementara ni...sangat sibuk dengan macam2 hal dan perkara....insyallah...aku akan marathon...

baiklah..mari ke entri tertangguh


Shadeq meminta aku mendeko meja beradabnya dengan sangat suntuk dan terkezut...2, 3 hari sebelum majlis..memang aku tidak dapat fikir banyak berbanding majlis yuyu tempoh hari iaitu kami dapat berbincang dan tukar beberapa kali idea...

Yang ini, aku malas nak fikir banyak-banyak. Nasiblah Floristika belakang pejabat sahaja...Huu...tang tu sangat bernasib baik..manalah tahu selepas ni , sudah berbisnes ke, dapat job sehari sebelum..hak..kan senang...ehem...insyallahh... ;P~

Aku berdeko berseorangan, dan agak mati kutu sebab tiada orang sudi membantuuu....uwaaaa....
dan kerja sangatlah lembab....pasrah

maka...lihat sajalah...



Terkial-kial daku


Menunggu masa untuk disusun


buncit seksi kan...lalalala


Potpouri time...boleh tak patel tertinggal kat peti ais rumah


Masa ni hujan lebat, angin kuat telah gagal meniupkan lilinku




di bahagian meja pengantin, ada bekas lilin dan berwarna maroon serta pink


aku salah fokus..nak tembak bekas lilin panjang tu...


Abaikan bunga besar tengah2 tu...itu datang dari mak andam





sebelum makanan diletak


Selepas dan lengkap


Maafkan kombinasi warna gold itu...itu bukan kerja aku...makcik shadeq tak proceed napkin purpleku katanya kecit...sob..sob...pasrah...

**Kredit untuk aku dan Mohd Razali

Selasa, 17 November 2009

Deko, deko, deko

Aku tak pernah buat deko untuk sesiapa yang berkahwin. Selama ni hanya kakak ku sahaja yang terang-terangan pereka dalaman, maka dia mempunyai semua tempias itu.. Tapi minat tak usah cakap lah...aku selalu lorat bila kakak aku bercerita tentang wed stuff.. sebab dia belum kahwin lagi, maka memang banyak sungguh idea maha waha bangsawan dia..haha..ok lupakan...

Aku memang ingin sangat turut sama terlibat dalam sesiapa sahaja orang sekelilingku yang berkahwin. Itu kesukaanku, tapi belum tentu orang suka kan. Dan aku suka sibuk nak tahu tema, konsep orang itu..dan diam2 aku akan merencana dalam kepala ni apa yang cantik..tetapi kalau orang itu sukalah...

Yuyu tak pernah kisah kalau aku bertanya itu dan ini tentang majlisnya. Sesetengah orang tak suka.. yelah majlis orang kan...sebab musababnya..manalah tahu aku boleh menambah garam dan gula ke..Tetapi aku akan bertanya dan beri pendapat dahulu. Kalau ada pengantin telah mempunyai idea lain atau lebih cantik, lagi ok kan..Sekarang ni, motif utama adalah mahu cantik dan cantik. . tak kisah siapa yang punya.

Kepercayaan oleh yuyu aku hargai..di tambah pula dengan yuyu agak kreatif dan bijaksana....Beberapa hari sebelum majlis aku banyak bertanya tentang idea deko khemah vip beliau. dan bila digabungkan itu dan ini, maka kita buat yang ringkas saja tapi manis..namun, setelah masih lagi tak kenal lelah, menggode2...aku ketemu yang ini



si cantik dari Flora etc...


Penggunaan gelas dan pasu panjang itu memikat kalbu, warna putih yang aduhai sucinya..juga lampu ikea itu..(yuyu beli lampu ikea itu, tapi lupa nak pasang..huwaaa...jom nanges)


tapi oleh kerana kami tidaklah berkewangan besar. Majlis yuyu pula ringkas dan minimal..Hanya mengambil keputusan untuk menjadi inspirasi, Bunga pilihan kami hanyalah orkid sahaja untuk memberikan kelainan dan sifat minimal. . oleh kerana tema beliau adalah gold, white dan hijau epal juga sikit2 cherry pink...kami memikirkan apa yang patut untuk hiasan yang bersesuaian.



Ketika jam hampir ke angka 11. Lihat tak pasang apa pun.. Pihak katering habis kena hamun dengan pengantin...hambek kau


keadaan agak kelam juga kerana pihak kanopi dan katering tidak berapa bijak.. sesampainya aku di rumah yuyu, beliau dan kakaknya dah letak sikit2 centrepiece..maka aku dengan tidak berlengah membuat apa yang patut. Yuyu dah botbet2 bengang pada orang kanopi tu...


Aku sibuk buat apa yang patut...kesian pengantin.,kemudian tak lama beliau kena masuk untuk mekap.
(abaikan perot buncitku..seksi tak...hahahahaha)



.............................
......................................................

dan kemudian...beserta sedikit usaha

............................
.................................

ini hasilnya..




Gelas tinggi pembelian yuyu sangat membantu...


Suami saya dok pasang lampu lilin


Burung dan sangkar hantaran ketika aku bertunang dulu tidak aku sia2kan..


Suami..terima kasih ya... i lap u...lilin itu sukar terpadam kerana suamiku yang ikhlas..hehe


Memilih untuk meletekkan lilin2 kecil itu di hadapan untuk memberikan mood romantik...romantik ke?..hehe


Bunga hiasan besar di tengah meja itu dapat dihasilkan dengan kadar segera dan robot oleh yuyu dan dibantu aku...Serius aku tak pandai gubah2 bunga ni. psss(pengantin juga buat hantaran sendiri)...aku cocok2 saja mana patut di bunga itu. .




Potpuri warna coklat dan hijau hasil rembatan di Semua house dicampur dengan kelopak bunga palsu warna hijau epal dan juga bunga bunga kecil jasmin kot(aku pun tak pasti kerana mamak bangla floristika tu memang gagal habes dalam menglafaz bahasa melayu)



Centerpiece di meja Vip..yerla sebab tak pakai dome kan..
tapi ala...lilin ini dah terpadam apinya...sebab aku yang nyalakan sendiri.. Jadi kuranglah indah syahdunya...



dan akhir sekali

Aku memberi cadangan supaya pasu panjang itu dimasukkan warna emas agar menonjolkan ia di pelamin, jika hari nikah ia berwarna putih suci kerana diletakkan air (sesuai lah dengan nikah), maka hari persandingan, tema adalah gold, jadi apa salahnya kita menggunakan warna gold juga kan memandangkan pelamin sudah berwarna putih gading..dan hasilnya juga boleh tahan lah...nak tahu aku letak apa? ... 2 botol besar minyak masak okeh...hahaha..suamiku gigih layan karenahku dan beli pada jam 11 pagi itu..


Walaupun pertama kali, ringkas dan minimal, kami puas hati daripada tak ada dan berserah kepada orang kanopi ye tak??? (seperti majlis ku..hahaha)
dan hampir jam 12 aku pulang ke hotel dan bersiap setelah badan busuk...hahaha

**esok akan muatkan entri persandingan yuyu...