



Ehem..ehem..minta perhatian semua...jangan malu2..sila2 jangan tukar siaran anda, letakkan pen dan tutup tv sebentar (elehh..macam penting sangat saja)
Seperti yang anda ketahui. Jika sesiapa yang hadir pada gathering tempoh hari mesti tahu apakah yang mewakili booth ku. Paling tidak pun tertanya-tanya...
Baiklah dengan ini aku ingin umumkan secara rasmi tentang kelahiran perniagaan baru kami iaitu
Ren-da Bellezza
Ren-da Bellezza?
Bellezza berasalah dari perkataan Itali iaitu cantik
Maka, gabungan dua perkataan itu bermaksud renda yang cantik,
Kenapakah nama ini wujud? dan apakah simboliknya dengan logo yang kami gunakan.
Kerana cantik berkaitan dengan cermin. Kita lihat cantik, kita ingin lihat cermin. Logo pula kami ketengahkan imej cermin berinspirasikan motif victorian. Dan semua tahu cermin victorian itu berkait rapat dengan kecantikan.
Kenapa cantik? Kena ke?
Cantik itu sempurna. Kesempurnaan merupakan prinsip kami. Makanya, sempurna menjadi objektif kami dalam mengendalikan setiap majlis atau perkhidmatan. Dan setiap majlis yang kami kelolai semoga ia menjadi sempurna. Itu harapan kami. Insyallah..
Ok.Mari kita cerita kenapakah ia wujud. Untuk pengetahuan umum. Ia adalah perniagaan keluarga. Sejak tahun lepas, abahku yang tercinta telah memulakan business event planning untuk majlis perkahwinan dan persembahan nyanyian. Antara perkhidmatan adalah:
Penyanyi
Penataan cahaya (lighting)
Kumpulan muzik
Penari
Penataan bunyi (PA system)
Susun atur majlis
Oleh kerana, beliau selalu buat untuk wedding, maka lahirlah idea untuk melibatkan kakakku, aku dan suami.
Kakakku pintar dalam gubahan, selama ni asyik tolong orang, saudara mara buat hantaran, deko. Jadi daripada membazirkan bakatnya. Maka lahirlah rantaian dalam bidang gubahan dan deko ini memandangkan aku sangat sukakan deko to the max
Penglibatan suami pula, pekerjaan beliau banyak melibatkan majlis korporat dan mesyuarat2 serta aktiviti politik dan sang menteri. Maka, memang secara tak langsung terrrrrjoin pula bidang kanopi.
dan abangku mengendalikan perniagaan kecil2an dalam bidang percetakan tanpa pengetahuan kami.
Maka, hasil dari kata sepakat. Lahirlah Ren-da Bellezza
Demikian adalah perkhidmatan2 yang kami sediakan

Alhamdulillah..sepanjang gathering tersebut, sudah mula nampak perkembangan positif dimana terdapat dikalangan anda yang sudi memberikan kami peluang.
Maka, bakal-bakal pengantin. Sesiapa yang sudi, silalah email saya di a.xteqs@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan. Sokongan anda sangat kami hargai. Peluang anda tidak akan kami sia-siakan
***LAMAN WEB MASIH BELUM DIAKTIFKAN LAGI. INSYALLAH IA AKAN DILANCARKAN SECEPAT MUNGKIN BERGANTUNG KEPADA KONDISI PEREKA WEBNYA YANG KINI AKAN BERKAHWIN.










































