Memaparkan catatan dengan label bff. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bff. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2009

My put's wed

Seperti yang dijanjikan, ini sebahagian dari majlis perkahwinan bff saya. Majlis beliau sangat manis dan cantik. Tema adalah Dusky Pink. Bergumbiralah menatap..tapi ini hanyalah prebiu sahaja. Kena lah tunggu tuan punya badan memuat turun gambar rasmi beliau yang lebih meletop nanti.



Sangatlah manis di malam pernikahan.


Alhamdulillah..dengan rasmi menjadi Mrs Amkhaiz



Hafifi ala2 cuaklah konon nak bersanding


Flower girl yang chumel belaka


Santek! Menawan! Pelamin melets


Suka kek itu...hik...kami tahu sejarah kek ini.



Majlis bertandang yang sangat lah suwit..



Sayang beliau


Persalinan indah buatan Bandong



Dengan secara rasminya saya mengisytiharkan Mr and Mrs Amkhaiz

Khamis, 30 April 2009

Dedikasi untukmu




Esok, sahlah bff menjadi isteri kepada Encik Amkhaiz.. Aku akan berasa kehilangan teman yang telah sebati dengan diriku sejak 12 tahun lalu. Bukanlah aku kehilangan seperti aku tidak berjumpa beliau lagi tapi ini adalah perkara perempuan dan kebujangan. Mungkin tiada lagi sayam's day out, sebab lepas ni wifey's day out dan etc. Mungkin tiada lagi, putri ini disebelahku mengejot..uitt..bangunlah adeq dah call2 ni..nak pergi makan roti bakar tak?? --ia adalah merujuk kepada Kluang Station..Tempat tersebut adalah wajib jikalau ketiga kami balik ke Kluang. Tapi aku selalu mengelat sebab malas nak bangun pagi. Makanya adeq dan put akan meninggalkan aku dengan jayanya.

Juga tiada lagi sesi karaoke pecah rumah berlaku---lokasi Taman kasih dan Kg rahman Yassin. Dimana, tak peduli lah pukul 1, 2 pagi ke, kami akan melalak seperti dunia ini kami saja yang ada. Lagu wajib beliau adalah lagu-lagu Siti Nurhaliza..beliau dari dulu memang kami samakan dengan Siti..hik..dan lagu aku adalah Siti Sarah..Kalau di pusat karaoke pula..Sejak 2,3 tahun ni, lagu-lagu kegemaran beliau adalah Rossa. Aduh..tak perlu dicerita cara menyanyi hafifi...dia sampai di key yang tinggi k ..tapi disusuli gelak tawanya..hahaha

Hurm..tiada lagi nasi goreng ujang, kerang goreng ajib.. bila kita curi-curi keluar ke kedainya. Tiada lagi sesi bentang tilam depan tv rumahmu dan marathon tidur dari petang ke malam dan layan filem apa2 tah..

Kerana putri yang kusayangi akan menjadi ratu kepada ahmad muzammil pula..


Putri--Nur Hafidza (panggilan aku padanya kerana beliau saling tak tumpah seperti Putri dalam GOl dan Gincu)


Ketika zaman suka conteng-conteng


Kesal ketika ini kerana setelah 5 jam beliau ditunangkan baru aku dapat hadir


Pengalaman pertama kami ke Kenko


Ah..sangat geli masa ni..memang habis ikan-ikan itu disepak kami



Harijadi Shadeq



Beberapa minggu sebelum put ditunangkan




Kampung Pengantin di majlis perkahwinan Kamal (sila tonton beliau di Majalah 3)


Tengok belakang saja dah tahu di waktu bila



Kami akan bergelar isteri di usia 26. ;P



Putri saya


'Put sedihnya melepaskan kamu sebagai kawan bujangku. Aku sangat lorat bila asyik hubungi kamu dan bertanya itu ini, sedang buat apa.. sedangkan kamu sedang sibuk di kampung. Dan buat kali terakhir sebelum kamu pulang ke Kluang tempoh hari, kita dapat tidur bersama dan cit-cat sehingga tertidur seperti waktu dahulu kala.. Kini kamu akan ditemani suami tercinta hingga ke akhir hayatmu'

SELAMAT BERKAHWIN FYFY MY DEAR... LOVE U!



***Ko tak marah kan aku curik gambarmu sekeping, dua diatas..