Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

BBQ Lagi

Yuhuuu...ouh yeah. Aku mungkir janji.. Aku kata 'esok' kan lepas entri hantaran tu?? Hahahaa..well that's me.. suka lambat2an... Entri mmg dah lama yang aku paparkan ni. Agak kebasian. Dah lama pun di upload di Muka buku. Tapi kat sini baru berkesempatan....
Ok buhsan dengan ayat2 basi diatas.. Sekian lama tak bercuti dengan rakan2. Bercadang hendak ke Redang or Perhentian awalnya. Tapi banyak halangan dan ketidaksesuaian berlaku. Biasalah manusia, kita boleh merancang sahaja. maka ke PD sudeyyyy.... Pd..pon pd lah.. Amboi kemain siap lantik pengerusi, ajk sekalian, ada meetingg wey!!! ngengada habesssssss... AJK games yang tahan tak tahan tuu.. Yang tak adilnya kenapa Ciksenah dan Viviana??? Kenapa??? Geram hingga kini.. sebab mereka tak usah main?? Cis. Memang pasti ku bantah bila AJK2 ini dilantik nanti untuk rancangan akan datang..Aku pula AJK penginapan ...puff
Pagi2, dah kena bangun, pengerusi mahu datang ambil kami. Bapak bawak anak anak ayam lah katakan. Suami saya ada kerja, petang baru menyusul keseorangan bersama sepi sekuntum mawar merah ke PD.. Kesian dia


Berpiknik untuk makan tengahhari yang dimasak oleh Encik tertonggeng itu. Hebat bukan? Makan sambil rasa ngeri kerana diancam bunuh oleh Kerengga2


Menginap di Mayangsari Resort. Boleh tahan apartment ini!!

Melompat kijang akibat feeling sunset


Melankolik gaya anda berdua?


BBQ secara manual dan tradisional. Terasa seronok **Yelah tu** haha


Inilah game kelolaan CikSenah dan Viviana. Lihat. bermati2an lelaki2 ini cuba menewaskan pisang


Wahh..lihat pasangan yang jauh di depan itu..Kacak bukan


Tapi aku kalah dicabaran masukkan jarum dalam benang....Grrrr.. Sebab tu den memang tak pandai menjahit


Kemudian acara yang dinanti...Wuhuu... Seprais for besday boy lah weyy


Kek cawan buatan kakak diatas tu dan Tuan Pengerusi.. Auww. manis seperti gula2..**memang cupcakes manes pong*


Loratnya wanita itu...


Waahh..dapat jersi Sepanyol nampak? Ah!!! takde2. Jerman mesti menang. Kalau tak, tidur luar... ;P


Team baru yang layak ke Piala Dunia


Penyampaian hadiah. Tapi aku memang nak curi hadiah ni... Gila wey, aku nak duduk atas bulu merah ni pon sayang.. lagi kan nak kus kus.


Kami dapat tabung..whut? tabung???deyum


Habuan besar untuk semua orangg


tapi bukan semua berpuas hati dengan ganjaran besar ni. Tuan Pengerusi mahu terjun bunuh diri akibat terlalu benci di hujung sana tu, isteri beliau lari tak pakai selipar ke 7E untuk beli plaster kepala bersama kak Haidar, Yuyu layan tv untuk melupakan kekesalan dihati. maka yang ini saja bertuah.

psss..lakiku tak menyedari santapan durian?? jawapan di entri akan datang kalau ada.


Esok paginya. Suasana sungguh indah dari anjung. Indah kerana aku kerja. Great


Posing sikit sebelum pulang


Ini bukan pondok untuk perbualan ini 'Hey?? buat apa ni? dah kahwin belum?'


Rasa kecil diri ini



Tak sempat pun nak bercanda di pasiran kolam


Senyummm bang


Pagi buta ni wuuuu

Walaupun 1 hari saja. Tapi oklah dapat lari dari kesibukan kota yang melemaskan tu (cit..ayat novel).. Cuti tak dapat ambil sebab mahu simpan untuk yang lebih gumbira lagi. Walau apa pun, suami kelasss dapat menyambut harijadi seperti ku sebanyak 3 kali. 3 kali makan kek. woww.. Sekali dari ku hanya untuknya, kedua seprais party oleh keluargaku di Tanjung Puteri, Hartamas. Open table stemboat tu.. ramai juga sedara dapat hader. terkejut den. Terima Kasih Abah sebab belanja. Akhir sekali, oleh rakan rakan kami. Wuuu.. Suami terharu gitewww.

Bahek. Sekian saja buat kali ni. Nanti sambung lagi

ADUH!

OK2.. janganlah baling kasut, sakitlah...Ye!!!! aku tak tipu..nanti hapdet lagi...SUMPAH!! **crossing fingers** DUSH! @_@ mata lebam.

Isnin, 8 Februari 2010

Adikku 22th

OMAGAA!! tidak suka bila hakikat terbaru adalah sekali seminggu saja aku muatkan entri terbaru. Gila tak best..tak mahu.. T_T

Bahek. dengan sedihnya aku muatkan entri yang tak baru habess..tapi tak peduli lah kan. janji ada dalam folder yang sedang dalam list.menanti untuk dipaparkan di sini.

Bulan lepas harijadi adikku. Sperti biasa, akan ada sambutan, agak2 paling sederhana berbanding tahun2 terdahulu.

Atas jasa baik Chef Zainal, beliau menawarkan diri untuk mengadakan di restoran beliau. Tiada tema sebab beberapa hari saja merancangnya selepas pulang dari Phuket. Tetamu pun batas2kan.

Tapi kerana restoran Chef Zainal yang sangat syahdu dan klasik. Maka mood tu sangat best.


Sehari sebelum majlis. Singgah di restoran Chef Zainal dulu untuk makan-makan.
Maka, hadiah tiba tepat pada harijadi beliau..
Haha.. baju bb yg bersilikon dengan banyaknya daripada aku dan suami.. :D



hari majlis..suasana di restoran Tanjung Puteri


Penghibur malam tersebut (Diah.anda pasti kenal).. ;P



Sebahagian sajian



Menu utama Steamboat..nyum



Menari2 Chef Zainal diiringi seksofon



Potong pulut kuning. tradisi harijadi..tapi selalunya aku yang potong tang pulut kuning ni.


Kemudian 2 hari selepas itu, dapat undangan daripada Pak Engku untuk majlis harijadi beliau dan tak lupa juga untuk adikku dan beberapa orang lagi yang lahir pada bulan 1. Murah rezeki beliau. Tema Tradisional, Diraja Melayu, Kampung

Kek ke 2, ada 5 buah kek tak silap aku untuk setiap seorang
tsk..tsk..




Kak limah dan abang kasim



Agak ramai juga tetamu..



Deretan makanan yang tidak berjaya menggegarkan amalam pemakanan sihat ku..



Mila duduk depan kami. Hai..nyanyi kau dan aku sikit



Game kelolaan Jaafar Onn, aku dapat merembat hadiah..yay! beg laptop isinya.



Kena pedajal dek Jaapor



Cikgu Senah.kelas.


Entri akan datang..majlis Sha dan Mira insyallah.doakan cepatan ya.. :p


Isnin, 9 November 2009

Harijadi dan kesahnya

Minggu yang hectic baru saja berlalu. Puas, gembira, seronok..semuanya yang baik2 belaka. Yuyu@azney tlh pun selamat bergelar isteri kepada haikal..Alhamdulillah...

juga...

Terima kasih semua diatas semua ucapan harijadi. Aku amat menghargainya.. Terharu pun ada..

Khamis lalu, pulang dari kerja, memang aku bercadang mahu singgah di rumah keluarga di Cheras kerana sudah lama tidak berbuat demikian. Tapi aku perasan suami berperangai pelik. Tapi ah..biarlah.

Tetapi kepelikan itu menjadi2..dan aku agak ada seprais mungkin.. Setibanya di rumah keluargaku, jam hanya melintas ke angka 11.55 rasanya. Konon aku kira ada seprais berikutan suamiku berperangai pelik kan. Tapi hampa bila ku buka pintu rumah..semua orang seperti biasa seperti tiada yang berlaku. Abah dan mak didepan tv, adik ku tergedik2 di depan pintu.

Aku pun ke ruang tamu dan berbual seperti biasa. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang. Rupa2nya kakak dan mak sedang menyanyi sambil kek di tangan dan keluar dari dapur...Hohohoho....aku tercepat sampai rupa2nya..hehhehe..dan aku memang pelik kerana ternampak kakak ku...pandai dia menyorok...

Namun, aku bising2...mana kamera? ala...ambillah gambar...(ada ke patut aku yang memerintah)..haha

Sebab semua dok leka ingin cover2 seprais...itulah jadinya...

Akhirnya upacara tiup lilin dilakukan semula...' Permaisuri penat lah asyik kena ulang tayang tiup lilin ni' hehehehe


Sajian hebat dari ibu...sehingga kini mak tak pernah miss menghasilkan pulut kuning setiap kali harijadi setiap tahun...i lebiu ibu


Tiup lilin kali kedua dan secara rasmi


Aphal adik aku kat belakang tu?


Angka tercatit pada kek tak sama bilangan dengan lilin..ahak...i perasan muda lah...


Our family's friend from brunei, Asyraff sibuk mahu overshadow besday girl ok




Terimas kak wati untuk baju comel itu....


Ibu...untuk kain kapas...saya suka ....lawaaaaa....


Yang ini aku bengang pasal adik aku tak mahu dedahkan lagi hadiahnya..ini hadiah palsu ok!!


dan rupa2nya adik beruang besar ini...


saiz dia lebih besar dari aku ok...posak aku cuba memeluknya...

***adik aku ingat aku kakaknya yang dahulu agaknya...sewel dan bujang...sebab tu dia masih boleh beri aku adik beruang ni...tapi hakikatnya kakak dia ni sudah menjadi isteri orang dan tidaklah patut memeluk adik beruang ini ketika tidur..maka..tempatnya adalah di sofa saja ya.



Ok...dan...tak jangka sekali lagi...pada hari nikah Yuyu di ipoh.. serentak lah pula kan......ahak... aku memang tak minta atau duga yang akan ada seprais kedua ke? alahai...kenapalah aku rasa seperti ingin terbang tinggi2 hingga keluar dari planet (jeles lah kau burung)... Masa tu macam mahu pergi peluk suami...sebab tahu dialah dalang puncanya...hehehe...sibuk loghat2 kepoh berborak , tiba2 nampak staf restoran tersebut, india tua tak tua dok pegang kek berlilin...adoi...lagi ke??? aku siap berkata...'aik ..berapa banyak nak potong kek ni?' ade ke patut...haha..kemudian dengan tersengih-sengih kera...ehehehe...tiup itu lilin....
Makasih kawan-kawan...bila masa mereka beli kek pun aku tak tahu..dan aku boleh tanya soalan cerdik 'er...Johnny ni ada jual kek sendiri ke?' ....suami boleh kata 'aah' ....pastu diorang pakat gelak...
kemudian aku buang pelekat di pisau pun aku masih tak sedar ia bukan dari restoran tersebut...sehinggalah, ketika mahu pulang...staff itu bawak keluar kotak untuk dibungkus...suami boleh kata ..'alamak kantoi'....ohh alaaa....Secret recipe rupanya....tiba2 terfikir..bukan aku buka ke pelekat dia dekat pisau tadi??? huh...makcik lem tul aku ni....



Inilah moment dimana aku sedang buka pelekat secret recipe tu...boleh tak sedar


Iloike...dapat 2 kek pada hari sama...


kawan-kawan yang pandai menipuku...


suka....buat selalu2 boleh??? krkkk....


Senah dah kebulur...kau tak boleh sorokkan nafsu mu itu


Kek ini sedap sungguh...siyes tak tipu....mahu risik apakah namanya...tapi kena sisat dahulu...siapa tuan pembeli...


Mulut aku pecah kang gamaknyaaa


Heart anda2


.........

................................





.................................................


...................................................................



.....................


............................


....................


.................................


.........................................................................


..

..................




.............


dan suami memahami kehendak daku yang memerlukan telefon bimbit baru...

tapi ouhh...tidak ku pinta hadiah yang ini...



erkkkk*****

dan untuk beberap hari kebelakangan ini...aku seperti dalam dunia lain (kata mereka) hik!

Terima kasih Darl!!!!