Memaparkan catatan dengan label rainbow. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rainbow. Papar semua catatan

Ahad, 24 Januari 2010

Rainbow vs Mexican

Sehari sebelum berangkat ke Phuket, yuyu telah menganjurkan BBQ sempena tahun baru dan House Warming rumahnya di Puncak Jalil.. Tema dikenakan sangat bersesuaian dengan mood tahun baru iaitu Rainbow Connection and Mexican Affair... Lazat bila mendengar kerana kami memang gemarkan tema.. kali ini memang meriah sakan kerana warna warni pun dah melambangkan keseronokan dan keceriaan...

pada mulanya ada diantara kami pening dan agak kelabu bagaimanakah mahu menggayakannya... tapi alah...pakai baju warna warni sudey...kan...

Menu agak kena tema habess... apabila semuanya makanan orang eropah... Sandwiches, Pasta, Grilled Chicken n squib, Nachos, grilled vege, Salad, Mash potato, Carbonara

Permulaan majlis dikala kaum lelaki sibuk membakar sana sini...maksod aku ayam dan sotong...Kaum perempuan sibuk mendeko...haha..Macam mahu menanti ketibaan warga penting tapi..tinggal 2,3 orang lagi rakan yang belum hader padahal... yang pasti tema Mexican dan Rainbow itu berjaya di kombinasikan... Yeehaa

Jejaka pemikir permainan, Megat pula telah menyusun aktiviti seperti teka dan lukis.... Permainan ini seingat aku popular ketika aku masih kecil lagi... Selalu muncul di tv pada petang hari... Dua kumpulan, dan satu papan lukisan...memang agak haru biru apabila kami kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan bertemu... Dengan kebijaksanaan wanita... lelaki kalah teruk iaitu 19 berbalas 3...
Mereka kata lelaki tak menonton Channel E.. AH! siapa suruh bagi tajuk filem, lagu dan drama... For surelah perempuan lebih bijak..tetapi kategori simpulan bahasa pun tak boleh bidas kami...
Adoi...tak dapek lah nak nolong kan... hahaha


Poster rekaan Megat


Amboi laki ku..eksen je ni...


Grilled Vegetables..siyes sedap


Sandwiches buatan Kak Haidar..yang hebat tu..2 jam saja beliau buat bendera kecil dengan jumlah yg sangat banyak tu ...so chomell!!


Rembatan ku dari Selayang..


Idea yuyu yang ni memang menarek..M&M sendiri pun dah berwarna warni


Slurppp




Kekreatifan dari kaum wanita..


Hidangan menggugat perasaan aku yang lapar ketika menaip blog ni


So kiut dari Yuyu


Helium belon inspirasi dari Sabby


Kalau tak ada lilin dari aku tak sah bukan... ;P


Berdiri tegak selepas terkulai layu macam daun kena pijak dek hujan


Rumah tuan tanah...eh...bukan...gila tuan tanah...rumah tuan rumah...


kegigihan dari suamiku...rajin suami melayan karenah isterinya


Ini pun...hehe... i lap u darling


Sempat nok bisnes tudung...hantu punya nurul...sudahnya Yuyu beli 7 pasang...hambekkk


Seperti biasa..pasangan paling over...


pasangan les... (dalam dunia khayalan ja..tak payah nak masuk Oh Bulan pulak)


heart <3



Pengumuman secara langsung wanita mengandung pertama di kalangan kami..yay!!


Sidang media kauu!


Gelak sakan kak haidar bila Megat lukis bunga api untuk tajuk Harry Potter and The Goblet Of Fire...hahahaha...


Tiada lagi ku dengar kidungmu...bagai nak rak memikior bagaimana mahu berlakon


Melompat sakan Intan bila dikalangan kami memang cerdik belaka


Konon2 Megat menang Pakaian terbaik ...WHUT??? biar benar...haha...rupanya seprais harijadi beliau....apalagi kena sembur lahh


Tak cukup kena sembur...tambah lagi Krim2 tu atas kepala Megat....
Tiup megat..haa...harijadi sebagai bakal bapa...weehuu




Pasangan bakal ibu dan Bapak


Sesuai lah tu hadiah dengan anak bakal lahir nanti...


Ibu....mahu kek...


Lengkapp...


Haru....bila poster pun mahu pose skali


Mahu pose sesempit yang mungkin


Siapa punya idea tah suruh pose laga pipi dengan belon...bantai saja labuu


Jejaka 4 orang...


Parti Bbq berakhir jam 1.30 pagi...bila jiran mula hempas2 pintu....sesekali lah nok...Padahal kami bukan bising sangat...gelak2 jerit je...haha...

Majlis mesyuarat kami sentiasa berlangsung untuk menganjurkan apa saja aktiviti..dalam fikiran mahu ke pulau2 di Malaysia..tapi memandangkan ibu2 mengandung belum lepas trimester pertama..kami tangguhkan dulu...

**AMARAN: Abaikan aku bertembamam sesuka hati ketika ini... Adegan sebelum mengamalkan pemakanan sihat ok...heheehe