Sabtu, 14 Mac 2009

Warna saya

Perbincangan bersama Pak Engku sabtu lepas telah mendapat kata sepakat bahawa tema majlis ku adalah LILAC....weee.. Sesungguhnya aku sangat menggemarinya...walaupun aku bukanlah peminat warna ungu ..tapi why not?? inilah adalah idea dari mak dan abah...pada mulanya aku membantah keras..sebenarnya cadangan asal..aku hanya inginkan warna putih dan ada sedekit merah..kerana ouh..sesungguhnya aku tidak mempunyai kekuatan nak menggunakan warna2 terang ni..takut lain jadinya... Tapi setelah membuat sedikit research..maka apa salahnya kan..



Tona




LILAC merupakan tona warna violet ataupun lebih cenderung ke 'light purple'.. namun, ada 2 jenis iaitu.. Lilac itu sendiri dan Lailac gelap..Pak Engku pula menggelarnya Lavender..hurm..apa2 saja..aku tak kisah..


Lilac


Lilac gelap


Tona-tona yang lebih tepat
(bukan cik tona ok)


Transformasi menjadi tema sebuah perkahwinan

Syahdu dan menggugat perasaanku


Kalau saya banyak duit, saya akan merealisasikan menjadi begini juga





Direalisasikan ke bentuk kad..

ringkas dan suwit







Bahan-bahan untuk buat tag



Tag-kalau anda ada penyambut tetamu di meja sambut tetamu atau boleh jadi Thank You tag




Ah...aku ingin jadikan album kahwin nanti ..DIY..extra pic kan banyak..



Kek







Cenderahati-sesiapa?





Bunga tangan


Ada juga mockup atau ini untuk Barbie punya majlis perkahwinan


Kesimpulannya... aku mendambakan ia menjadi realiti..tapi seperti biasa.. pada waktunya nanti tak semua akan menjadi seperti yang diinginkan... Kata Pak Engku..semuanya nanti akan berwarna ini..sehingga ke air akan berwarna ungu..ahak...Itu persembahan dari beliau..hurmm..not bad..
Tapi aku bersedia kalau ia tidaklah begitu Lilac asalkan sedap mata aku memandang.. Kadangkala..aku takut untuk over expectation terhadap sesuatu..takut aku akan kecewa..biarlah ia terjadi dengan natural..

**Aku bukan ke ujibakat lakonan ok....hak..



Selasa, 10 Mac 2009

Segala macam!

Cuti maulidur rasul adalah cuti dinanti oleh seluruh umat islam...Kalau di Johor dulu, kami menyambutnya dengan sangat meriah.. Akan ada ceramah, makan2, sambutan yang hebat lah. Tak kira di sekolah masjid atau kampung. Aku merasa duduk di kampung selama 7 tahun kerana mengikut abah bekerja.. Selama itu, aku bergaul dengan orang sekeliling dan mengikut cara hidup mereka. Sangat seronok kerana setiap kali ada apa2 sambutan, kami akan bermarhaban, berkenduri, bertakbir, berewang..yang paling tak boleh lupa..makan ramai2 dalam satu dulang... paling ramai, 5-6 orang..Setahu aku tak banyak kawan2 aku merasa pengalaman zaman kanak-kanak sebegitu..hehehe...Makanan tak cukup lah..tapi seronok sebab berebut2..Ahak..i miss kluang..



Ok..berbalik kepada masa kini...Mungkin ramai yang tahu ataupun ramai yang tak tahu.Aku mempunyai perniagaan kecil2lan.. A'xteqs ..my online shop .. sila2 melawat.. Bawah ni adalah contoh koleksi terbaru...Tapi saya mengambilnya satu sebab saya suka lah..hehe.. Boleh buat macam-macam dengannya. Rujuk A'xteqs untuk pelbagai gaya...kepada yang bertudung dan ingin tampil seperti Dato' CT pun boleh mencuba gaya ini..Tak menyesal ok...




Sabtu lalu, aku bersama bff ku mendapat jemputan kahwin rakan sekolah lamaku, Nana..beliau sungguh manis dan santek. Tema warna pink..Tapi saya hanya sampai sekitar jam 3, sebab kediaman beliau di Seremban, sampai disana hujan ..ya ampun..dan tak sangka Seremban habis majlis awal..masa nak makan-makan pun orang dah kemas..uhuk sedey..hi..
Tapi makanannya sedap..alhamdulillah kenyang..

Abaikan saya yang semakin menggemuk



Sesampai di kl, balik rumah ,salin baju kerana saya amatlah tidak selesa dengan baju kurung moden saya yang sudah ketat tu.Maka membuat keputusan ke The Garden untuk mencari serba sedikit barang-barang hantaran. Malas nak ke kl, sebab lokasi amatlah berdekatan dengan rumahku.

Kebosanan akibat menunggu barang di'wrapping'


Terima kasih incik dd, saya amat menghargainya.. ;D



Kemudian, semasa mahu pulang, singgah lah di kawasan rumah ku, Bandar permaisuri sangat padat dengan pelbagai lot perniagaan..juga restoran dan kedai makanan. Lantas singgah di restoran ni..aku tak ingat namanya apa (dan tak mahu ingat langsung), Makan ikut kepala..oklah..sebab stemboat, dan boleh menggoreng lah pulak di sekeliling...Dah lah lama ikan-ikan tu nak masak, jenuh lah tunggu nak makan.. dan harganya ya ampun...MEMANG TAK BOLEH BLAH... muktamad memang tak makan situ dah.... bagi aku kalau ia berada di Pavillion ke, Klcc ke, memang berbaloi lah..tapi ia berada di taman perumahan...hello...dahlah dekat situ banyak kedai makan. sangat lah tidak sesuai, kedai anda dan harganya berada disitu.. Sila move ya! Maaf..saya dilanda emosi..

Perasaan seronok mahu makan pada mulanya



Hari Isnin, aku bercuti..yay!!! Ingat senang nak dapat cuti...Pertama kali incik dd keluar bersama keluargaku..Nampak sedang cuba membiasakan diri..Ternyata beliau seronok..hikhik...
Pergi ke Jakel, sebab abah terpaksa tukar kainnya..Untuk pengetahuan umum, oleh kerana persalinan bersanding nanti adalah warna putih silver, maka kami memutuskan...oops salah..aku yang memutuskan untuk keluargaku turut memakai silver..uish..punyalah susah nak carik kain warna silver yang menepati citarasa..pilihan mereka semua haruslah silk..akhirmya abah memilih silk ape tah..aku pun kurang pasti..

Incik dd hanya tersengih je..


Inilah kain yang akan dipakai anggota lelaki keluargaku..

........
...


Sesi mencari samping abah pula...Abah dahlah hantu samping...di level ni lawa2 juga tapi beliau macam tak puas hati je, Lantas naik ke tingkat 4....terima kasih kepada En.Fairuz dan isteri iaitu Puan Farah, owner Jakel yang sgt humble dan selamba kerana sudi entertain kami terutama abah yang cerewet yang amat..tingkat 4 itu, lenggang.. tetapi kami sempat bertembung dengan Jovian Mandagie yang sedang cari material untuk koleksi terbaru mungkin..Aku hanya duduk di sofa menanti pengakhiran pencarian abah, Puan farah kadangkala terpaksa menjadi model samping abah...hehehe.. dah macam pakai gaun keras katanya.. Akhirnya abah dapat samping idaman...huh...patutlah En.Fairuz dan isteri setia melayan beliau...harga samping boleh buat down payment kereta...bisik aku pada mak...'baju kahwin anil pun x sampai harga samping abah mak' ...Mak hanya mampu ketawa kecil....

Baju-baju untuk dipakai oleh keluargaku sudah selamat disediakan..Sudah pun dihantar tempah...

Ini adalah untuk anggota perempuan keluargaku..siapa je lah yang ada..ibu dan kakak ku je..


French lace dan satin silver


Untuk pengapit juga sudah aku sediakan, kebaya bermanik putih dan juga satin silver..


oops sebelum lupa...Ini kain untuk baju nikahku,
normal lace with beads and chiffon..

..........
.......

Semua diatas sudah pun selamat dihantar ke Dzul De Classique...amin..

Akhirnya, meeting bersama Pak engku dari Kuzie Catering (cerita tentang beliau di ada di entri lepas) telah berjaya dilakukan pada malamnya..uhuk...Banyak juga yang telah dicapai..Namun, ia baru di peringkat permulaan..tentang berapa kanopi diperlukan, warna tema, pelamin, PA system, band asli, hiasan, makanan dan sedikit perkara lain.Mungkin akan ku sentuh di lain entri.. (jam sudah 3.40 pagi..)..and i need a rest..tengkiu..


Lihatlah muka aku...tak mudah membuat persiapan kahwin.. ;P


..................................

Khamis, 5 Mac 2009

Aik..Gembira lagi!!!


Setelah lama tidak bersamaan rakan yang tercintak..Aku bangkit dinihari pada jam 8.15 hari minggu lalu... Itu adalah mimpi ngeri pada seorang yang bernama aku..Jujur aku katakan bahawa aku tidak bangun sepagi itu, malah waktu kerjaku juga bermula pada jam 4 petang, maka andaikan sajalah waktu perdana aku setiap hari..uhh..aku tidak mampu mengandaikan ia..ahak..Bangun dengan gigih untuk mengambil stok baru untuk A'xteqs..Begitu bersemangat waja. Sesampai ke tempat yang dituju, tempat tersebut hening kerana belum pukul 10 pun, wahh..itu satu pencapaian hebat..

Setelah ia dibuka, kami memilih stok dengan gumbira dan senang hati..Kemudian incik dd pun dtg menjoin...guess what, daku telah berjumpa dengan satu gaun yang sangat canthek ok...wa...mereka kata persis gaun pengantin...ia tidaklah kembang, tirus seperti pensil skirt tapi cuma labuh, dan bahagian atas persis lace namun ia cotton...ah..dan bahagian pinggang ke bawah ditaburi mutiara.....uuuuhhhhh...dan ia membuatkan aku tidak mampu menolaknya..Walaupun ia tidak sesuai untuk majlis kahwin melayu, tapi aku nak ambil juga...manalah tahu, untuk parti ke apa ke..Tapi aku tak bersedia nak tunjuk kat sini...mungkin suatu hari nanti...hikhik...

Kemudian kami ke butik Saidatulnisa untuk selesaikan sedikit masalah tentang baju..ada lagi yang belum sempurna...weehuu...




Lantas...pergi ke tempat yang kini seperti rumah kedua untuk orang2 sekategori dengan ku...ia kan?kan?kan? Baju incik dd belum selesai lagi, katanya warna baju itu tak menarik maka, carilah kain light gold untuk beliau, ..(Kalau nak tahu...baju nikah kami pun belum tempah lagi ok)..huhu...berbalik dari cerita tadi.kami ke Jln Tar untuk mencari kain yang sesuai, cadangnya mahu ke Jakel, tapi warna yang kami cari tidak ada yang berkenan di hati..Oh sebelum itu, incik dd mahukan kelainan sedikit untuk baju melayu pada hari persandingan nanti, beliau tak mahu baju melayu satin seperti kebiasaan yang akan dipakai...mahu kain shantong silk (aku tak pasti ejaan sebenar) katanya...Potongan pun agak sedikit berbeza..


Ini menjadi pilihan beliau...Contoh terbaik

Potongan baju sedikit kecil dibahagian badan


Gambar Ihsan The wedding Diaries


Potongan ini nampak agak sesuai untuk persandingan..Segak katanya..aku pun berkenan, tapi untuk nikah, eloklah mengikut tradisi kita, baju melayu satin, lebih afdal.. bukan begitu?


Kami terus ke kedai yang memang aku dah aim untuk mendapatkan shantong, warnanya pun tak kurang canthek, dan agak murah berbanding Jakel..kain nya pun tebal dan bermutu..AKu tak pasti nama tempat tu apa.. Alinas rasanya..tapi dia berhadapan Sogo...ia seakan Jakel..bertingkat2, setiap aras ada bahagian masing2, tingkat bawah fabrik, 2-hiasan dalaman dan katil pengantin, 3- aksesori, langsir dll....Kalau di Jakel, Shantong berharga RM33semeter tapi di tempat tersebut hanya RM26semeter...untuk baju melayu lelaki memerlukan 4meter (jika bidang 6)...maka anggarkan sendiri perbezaan harga tersebut..banyak juga kan?

Incik dd tampak gembira dengan pembelian kain tersebut..huyay!!!




Nonet sedang test power angin


Kualiti masa bersama nenah dan nonet




Berkejaran ke sana sini tapi sempat berposing yang agak keterlaluan kan...Yelah..aku kerja jam 4 ok...Tapi harus menyinggah SUngei Wang dulu, mahu beli hadiah untuk harijadi ibu tercinta, kata incik dd, belikan mak jam...Bahekla, aku ikut sahaja....dan ini hasilnya....yay!!!


Ilebiu mom!!!Ternyata mom suka...incik dd yang pilih kerana mom memang bertangan kecil dan tali kulit amat sesuai dengannya...


Gembira lagi...!!!


Isnin, 2 Mac 2009

Semuanya tentang gembira!!!!

(Tak tahu kenapa hari dekat atas ni, lambat sehari..siapa2 tahu cara membetulkan ia?)

Tok..tok...huaa... hari minggu yang sangat padat dan seperti biasa sebab aku kerja pada hari ahad..Maka, apalah sangat yang dapat dibuat dalam masa 1 hari setengah..Bangun pagi2 untuk orang yang tak bangun pagi seperti aku ni..payah yang amat sebenarnya..tapi terpaksalah kan...banyak perkara yang harus dilakukan dikala cuti ni.. Sabtu memang sentiasa hebat berada di hati aku...(ayat kelam kabut, ampon !) Pagi sabtu ade appointment dengan Mike, dia orang yang bertanggungjawab menyelesaikan kad kawin kami (sebenarnya incik dd, tapi aku tumpang sikit untuk memudahkan hand made card aku nnti),.. Mike ni org yg brkerjasama dgn sykt Evergreen..oleh kerana incik dd banyak kerjasama dgn bos syarikat ni..maka kad nya telah disponsor..wahh..aku pon join sekakik sikit. Yelah memang lah buat sndiri..tapi kalau boleh kad sekeping yg dalam tu mahu diprint sesantek yang mungkin..kalau print pakai printer sendiri, x boleh masuk art card..maka, tumpang ye incik dd...





Syarikat Evergreen, untung berdekatan... ;P




Incik dd yang serius menulis data2..
(sambil Mike melihat dengan perasaan ~Whuteverrr~)
ahakk...
Kenapa rambut incik dd perang dilanda lighting??


Aku hanya tersengih menonton...wee...



Mock up kad aku dah pun dibuat 2 minggu lepas, abah dan mak kate setuju, suwit katanya...(yoko?) ahak..semuanya bantuan kakakku... aku ni idea merembes..tapi tak tahu nak realisasikan...aku draw n then tunjuk pada kak wati, dia otai kad kawen handmade ni.. Setakat ni dah 8 kad kawen telah disempurnakan oleh beliau. tapi beliau je yang belum buat kad kawen sendiri..belum sampai jodoh... Oleh kerana telah diinspirasikan oleh beliau, aku tabah ingin buat sendiri kad tersebut, segala peralatan udah dibeli..tapi...jeng...jeng...jeng... mana tah nak cari kertas murah untuk menghasilkan 1000 keping... dari info yang diperolehi, di jalan brickfield dan jln brunei..huahh..kak wati dah bising, kata dah kena start sekarang...ah..tensi... malam ini..dah kena buat design text utk kad dalam..mahu dihantar ke Mike lusa...yakin boleh.....inspirasi---kad kahwin linda jasmine..aku suka kerana ia simple dah suwit (itulah tema yang dicari)..tapi pepatung itu tidak akan ditampilkan sekali kerana.....hello!! kan ke tema dia pepatung...ade ke pepatung dalam tema aku...? ihik...


Mujur kerja di bh dapat curik pic ni..


Satu lagi perkhabaran gumbira bagi ku... akhirnya aku dapat juga mendapatkan khidmat make up artist yang menjadi pojaan aku ini (selain Saidatulnisa, Sue cantik dan Nurul Syukor) iaitu Tiar Zainal...Setelah lama berdiam diri sambil mengusha harga sana sini, akhirnya beliau sudi meluangkan masa ke majlis aku...Perasaan agak sedikit cuak dah..sebab bulan 6 ramai yang ingin dicantomkan hati..aku takut nak book and then full...itulah yang terjadi pada photographer( yang ini pon cite bes..tapi entry akan datang...aku janji...)...Maka...sebab tak boleh tahan hati dan perasaan..aku pun menitahkan adikku supaya menghubungi Tiar...

Anil: Cepatlah ko gi mesej Tiar tu..(hati ..hanya tuhan je yang tahu)
Adikku: (dia kat luar sebenarnya) ye2....

Selang tak beberapa lama..telefonku pun berbunyi..

Adikku: Dia tanya budget berapa...
Anil: Alah tak kisahlah.... (tapi tetap gak bagi jumlah RM*** untuk test power)..ok RM*** sekali tol and transport
Adikku: Dia up lah kak RM***...
Anil: oklah..jalan je lah labu
Adikku: Apa kata kita naik takat RM*** ni je dulu...
Anil: sukati ko..
kemudian....
Adikku: Kak...Dia kata dah murah dah tu...dia kata kalau orang lain biasanya RM**** tapi sebab ajiq..dia bagi RM***
Anil: ok lah..setuju je lah...
Adikku: Kak..dia kata jangan tak jadi pulak

Gile tak jadikkkkkk.....????!!!!


Maka...berjayalah aku mendapatkan khidmat beliau....weee...

Dengan rasminya..MY official makeup artist~Tiar Zainal (sorry..to happy!)



Ini antara hasil2 solekan beliau

Kenapa Linda Jasmine lagi..aku pun tak tahu..(Linda..kad awak menawan kalbu saya)



Tema beliau sungguh pinkish..suwit..


Aku suka bahagian mata..


Daring nye nox mekap ko...mak suka..Tiar...bagi saya macam ni satu!



Fida


Ah..hari tersebot terlalu banyak gumbira dalam hidup daku....semua yang diingini alhamdulillah terlaksana....Harap2 hari2 yang mendatang jua... Lala...la...la....la....(ingin menyanyi lala ini persis saloma ketika dingorat p.ramlee dalam p.ramlee d musical)..weeeee......